Heart Rate : Dengan Suunto Pt 2

Petang tadi saya lari pakai HR Belt, sync dengan jam. Sepanjang larian saya asyik tengok jap dan tengok Heart Rate saya berubah-ubah ikut speed.

Sekarang saya nak buat analysis dan tengok apa yang saya boleh belajar dari exercise tadi.

1. Pakai HR Belt Suunto
HR Belt ni ikat kat badan. Rasa macam pakai bra. Sekarang saya sangat bersyukur menjadi seorang lelaki. Kalau saya seorang perempuan, mungkin agak tak selesa asyik nak kena betulkan bra macam saya betulkan HR Belt ini.

So far larian 5.7 KM ini HR Belt tak pulak londeh. Ada sekali tu je macam terslide mungkin sebab peluh. So kalau lari HM maybe 4 kali slide dan FM 8 kali slide. Boleh jadi tak ketat sangat atau licin peluh. Di bawah adalah gambar contoh pemakaian HR Belt.

Suunto-ANT-Heart-Rate-Belt-2130

2. HR Rate pada jamĀ 
Actually kita boleh setting nak display yang macam mana. So yang ni depends pada runner nak set. Apa yang boleh diset?

Dari Movescount anda boleh set Heart Rate (current) dan juga Avg Heart Rate. Anda boleh letak kat mana anda suka dan boleh campur dengan yang lain misalnya Pace atau seumpama.

Screen Shot 2016-02-11 at 10.24.21 PM

Ini contoh screenshot rupa Heart Rate display dalam jam. 64 tu current manakala 61 tu avg.
Suunto-Ambit2-Watch-Starting-Heart-Rate

Oleh kerana setting saya ikut percentage, ghupa dia lain sikit lah sebab saya malas nak hafal ikut heart rate bpm. So ghupa dia macam kat bawah ni. Sorry ni model lain bukan ambit 2. Tak jumpa gambar. Tapi lebih kurang macam ni la ada %.

Bila saya lari paling tinggi saya tengok 97% masa sprint naik bukit. Lepas lari tu rasa nak pingsan. 97% tu maksudnya lagi 3% nak cecah Maksimum Heart Rate.

Suunto-Quest-Watch-6

3. Battery Life
Saya dapati bila pakai HR Belt ni battery jam agak kuat makan. Biasa cam 2 – 3 hari tak charge tapi hari ni macam kena charge dah. Mungkin jam nak bercakap dengan jantung banyak pakai energy gamaknya.

4. Sync dengan Movescount
Bila saya sync dengan Movescount dan tengok detail, saya dapati ada graph Heart Rate sepanjang larian. Ada average Heart Rate (149) dan paling tinggi (179).

Screen Shot 2016-02-11 at 10.41.38 PM

Satu lagi saya perasan, ada graph VO2. Aiii… ini macam tak payah pergi lab la nak check. Anyway graph2 lain saya tak letak sebab saya tak berapa faham lagi.

Screen Shot 2016-02-11 at 10.43.43 PM

Seterusnya ada graph yang saya rasa macam Training Zone. Tapi macam tak berapa nak faham sangat. Nantilah bebila saya belajar.

Screen Shot 2016-02-11 at 10.48.12 PM

5. Sync dengan Strava

Ok. Bila data dah ready di Movescount dan sync ke Strava, saya rasa baru macam nak faham sikit. Ada training zone yang lebih friendly.

Screen Shot 2016-02-11 at 10.51.12 PM
Basically saya lari tadi mungkin tak cecah pun Anaerobic Zone walaupun rasa macam nak putus nafas. Majority lari Moderate, sahaja selebihnya Tempo.

Ada Suffer Score, yang ni nanti saya kaji lagi apekebenda.

Anyway, jangan lupa set Maximum Heart Rate dekat Strava sebab walaupun dah set dekat Movescount, dia tak sync pun. Pergi kat Settings > My Performance

Screen Shot 2016-02-11 at 10.54.44 PM

Kesimpulan
Bila pakai HR Belt ni baru nampak yang training saya tu ada manfaat ke tidak atau selama ni dok lari syok sendiri. Boleh nampak larian sebenarnya banyak kat mana dan kat mana yang nak kena push lagi.

Antara analysis Movescount dengan Strava, saya rasa saya stick tu Strava. Sebab yang penting saya nak tahu training zone sahaja yang lain buat geli je. Graph Strava dengan Graph Movescount macam jauh beza dan saya tak reti nak baca Graph Movescount.

Kongsi di :