Heart Rate : Heart Rate Recovery

Heart Rate Recovery adalah pengurangan di dalam degupan jantung pada waktu kemuncak senaman dan kadar degupan dikira selepas masa cool down dalam waktu yang tetap. Dalam bahasa normal, ia Heart Rate Recovery adalah keupayaan jantung untuk kembali kepada kadar degupan yang normal selepas senaman.

Ia adalah tempoh berapa lama jantung nak kembali normal atau kepada resting.

So macam ni.

Sebelum lari, Heart Rate kita rileks. Resting. Masa lari, Heart Rate kita makin laju. Makin degup kuat sebab nak pam darah. Then kita stop lari, berhenti. So Heart Rate kita slowing down, sebab darah dah tak banyak nak pam ke seluruh badan.

Pengurangan kadar degupan jantung ini adalah Heart Rate Recovery. Macam mana nak kira?

Sebaik sahaja sebelum stop lari, means, masa tengah lari tu, amik nilai Heart Rate. Katakanlah 128. Then tunggu 2 minit, tengok balik berapa. Katakanlah 67.

So Heart Rate Recovery = 128 – 67
= 61

Makluman

1. Lebih cepat heart rate recover, atau degupan menjadi lebih perlahan dengan cepat, maksudnya kita lebih fit dan lebih sihat jantung kita.

2. Lebih besar nilai perbezaan, lebih bagus dan lebih sihat dan lebih muda anda dari umur kalendar anda.

Ini adalah panduan Heart Rate Recovery untuk tahu umur fit anda.

  • Kurang dari 22: RealAge lebih tua dari Calendar age. Anda dah tua gila sebenarnya.
  • 22–52:  RealAge hampir sama dengan Calendar age. Anda OK. SAMA. Tak risau sangat.
  • 53–58: RealAge muda sikit dari Calendar age. Anda rasa seronok. Muda sikit dari kengkawan yang lahir sama tahun.
  • 59–65: RealAge agak muda juga dari Calendar age. Anda rasa anda Wolverine. Sebab anda fit dan sihat dan muda, tak tua-tua.
  • 66 atau lebih:  RealAge muda gila dari Calendar age. Anda rasa anda Benjamin Button. Tak tua-tua sebaliknya makin muda.
_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_