Heart Rate : Heart Rate Reserve

Bila Maximum Heart Rate tolak Resting Heart Rate, kita dapat Heart Rate Reserve. Kira baki dia la. Gunanya HRR ini adalah untuk menyediakan training zone untuk seseorang.

HRR = HRmax – HRrest

Kalau saya punya,

HRR = 183 – 67
= 116

So, apa gunanya dah tahu ini?

Ok. Melalui pembacaan saya, ada satu fomula carnival ni. Eh, bukan. Karvonen Formula. Apakah?

Screen Shot 2016-02-10 at 8.37.06 PM

So ada satu fomula ini namanya seperti yang disebut tadi membantu kita untuk menentukan training zone yang lebih tepat untuk mendapatkan target heart rate yang betul. Tapi bukankah sudah ada training zone yang diceritakan pada posting yang lepas? Ok yang lepas tu adalah berdasarkan % dimana 50% – 90%. Boleh rujuk disini.

Manakala melalui Karvonen Formula, target heart rate didapati dengan dua parameter iaitu Min Intensity (60%) dan Max Intensity (70%).

So kalau guna 2 parameter ini untuk kiraan saya bagi mendapatkan Target Heart Rate yang paling tepat,

Diketahui, Heart Rate Reserve saya adalah 116. Maka, melalui Karvonen Formula,

HRR x .60 (Min Intensity) + HRrest
= 116 x .60 + 67
= 136.6

Dan

HRR x .70 (Max Intensity) + HRrest
= 116 x .70 + 67
= 148.2

Maka,  training heart rate zone saya adalah 136 – 148 beats per minute. Apa kejadahnya ini? Maksudnya, kalau saya lari dan cuba capai heart rate 136 – 148 beats per minute, intensity larian saya adalah 60%-70%.

Kongsi di :