Heart Rate : Kesimpulan

Ok, first kena tahu Heart Rate Resting – Rate Jantung masa tengah rileks. Nak tahu ni kena check nadi kat tangan atau leher, atau pun pakai mesin hospital tu pun boleh. Then, kena tahu Maximum Heart Rate – Rate jantung paling maksimum. Yang ni, rumus dia 220 – umur kita.

Lepas dah tahu dua ni, kita boleh buat training zone kita untuk kita tahu Target Heart Rate. So melalui semua yang diatas, saya telah buat saya punya seperti dibawah. Kalau nak tahu 50%, kira dia 0.5 x Maximum Heart Rate tu yang dapat jadual ni :

Screen Shot 2016-02-10 at 11.14.18 PM
Ada cara kedua untuk dapatkan training zone yang lebih tepat iaitu menggunakan Heart Rate Resting. Sebab jadual di atas tu tak guna pun Heart Rate Resting untuk bina training zone. Yang atas cuma kiraan melalui Maximum Heart Rate. So ini datangnya Karvonen Formula dimana dia menggunakan Heart Rate Resting dan Heart Rate Reserve yang lebih personalised kepada kita sebab Heart Rate Resting setiap orang berbeza. Yang jadual atas tu main taram 220 tolak umur, so basically hampir sama untuk semua orang yang sebaya dengan saya. Bila kira guna Karvonen Formula, ini jadual training zone yang lebih tepat personalised untuk saya kerana Heart Rate Resting saya tak sama dengan orang yang sebaya dengan saya. Dikatakan ini adalah method paling baru berbanding yang diatas tadi.

Screen Shot 2016-02-11 at 11.44.38 PM

Ini ada kalkulator untuk kira semua kalau malas nak kira manual. Klik sini.

Last sekali adalah Heart Rate Recovery iaitu nak tahu kita punya jantung betul-betul fit atau tidak. Melalui kiraan perbezaan Heart Rate tengah active tolak 2 minit lepas berhenti aktif, kalau nilai dia besar means kita fit. Kalau nilai kecik, means kita tak berapa fit.

***

Kita hidup kerana kita ada jantung, dan kerana itu kita bernafas. Nafas kurniaan ini rupanya sangat power dan sangat berguna bagi yang tahu mengiranya dan tahu pengiraannya untuk apa. Mungkin zaman dulu zaman tak ada calendar, orang kira umur seseorang pakai nadi. Mungkin zaman hulubalang istana dulu kalau nak kira umur kena lari satu kampung then berhenti, then amik Heart Rate Recovery dan kemudian baru tahu umur sebenar berapa.

Mungkin kerana mengetahui umur sebenar seseorang boleh hidup lebih lama daripada yang lain. Adakah semua orang mati pada umur sebenar berdasarkan Heart Rate Recovery?

Saya teruja nak tahu umur sebenar saya.

Kongsi di :