Heart Rate : Maximum Heart rate Pt 1

Maximum Heart rate adalah degupan jantung kita yang paling tinggi dia boleh pergi. Misalnya resting heart rate 67, tapi dia boleh pergi lagi tinggi misalnya 183.

Bagaimana nak kira Maximum Heart Rate ini?

1. Guna Formula Basic

Ada banyak formula rupanya tapi yang paling glamour adalah :

  • HRmax = 220 – Age

OK. Umur saya tahun ini adalah 37 (mak aiii dah dekat 40 dah). So Maximum Heart Rate saya adalah 220 – 37 = 183

2. Guna Formula lain

Ada banyak lagi cara nak tentukan Maximum Heart Rate. Macam-macam nama. Kalau tanak pakai yang basic, nak pakai yang lain, boleh baca sendiri di sini.

3. Buat Stress Test

Yang ni kena usaha sikit buat stress test. Lari panjang bukit lah atau lari 800 meter lah itulah inilah. So the complicated. Since kita bukan nak pergi taraf Usain Bolt lagi so saya suggest cukup pakai formula basic. Bila dah mahir ilmu Heart Rate baru saya study yang stress test ini.

UPDATED 2020.

Ini stress test panjat bukit untuk tahu berapa maksimum Heart Rate kita. First, cari bukit yang kita rasa boleh lari dalam masa 2 minit. Kendian, daripada flat surface, lari dalam effort 85% menuju ke bukit ni. Sampai nak naik bukit, maintain speed melalui menambah effort (ye la sebab naik bukit so effort kena lebih skit kalau nak maintain speed). Kesan dia, HR kita akan mendadak dangdut naik dan kita akan letih. Masa letih ni kita tengok berapa HR max kita. Take note ia akan berubah-ubah tapi berapa paling tinggi jantung kita pergi itulah HR max dia.

4. Guna data last race berapa

Cara yang lebih senang adalah dengan merujuk kepada data race kita yang lalu. Tempoh race ini mestilah tidak lebih daripada 6 bulan. So tengok HR naik paling tinggi berapa, itulah HR max kita.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comment 1

  1. Pingback: Heart Rate : Ada berapa jenis Heart Rate yang kena tahu?

Comments are closed.