Heart Rate : Maximum Heart rate Pt 2

Maximum Heart Rate sama ada tinggi atau rendah, bukan satu asas untuk mengatakan seseorang runner itu hebat atau tidak, fit atau tidak. Dan lagi, rupa-rupanya, Maximum Heart Rate ini adalah hasil genetik dan ia diwarisi turun temurun dalam keluarga kita.

Bila dah tahu Maximum Heart Rate, apa gunanya pada larian?

1. Dalam Race
Kalau kita lari dalam race, (provided kita ada gadget untuk monitor Heart Rate kita), kalau Heart Rate kita semakin hampir dengan Maximum Heart Rate, maka, tempoh untuk kita lari pada pace Maximum Heart Rate itu semakin pendek.

Dalam erti kata lain, bila kita sprint, Heart Rate kita makin cepat. So, kita takkan dapat maintain pada pace yang sama dengan kita sprint tu dalam jangkamasa yang lama.

Ini berguna masa nak potong runner lain, atau nak sprint ke finishing line. So kalau kita tahu Maximum Heart Rate kita, kita boleh bajet berapa lama kita boleh bertahan untuk sprint sama ada sampai tak ke finishing line atau pancit.

Maksudnya, kita kena tahu relation pace Maximum Heart Rate kita  (tak semestinya tepat, tapi dah nak hampir pun ok, kang pengsan pulak) dengan jarak yang kita boleh lari.

100 meter? 200 meter? 300 meter? 800 meter?

2. Dalam latihan
Bila dah tahu Maximum Heart Rate, kita boleh cipta target training zones untuk improves keupayaan kardiovaskular kita. Dalam erti kata lain, bila kita tahu tahap paling tinggi, so kita boleh buat training berdasarkan apa yang kita nak dan target. Kita nak kurus? Kita nak stamina makin power? Atau kita nak maximize performance kita?

Yang ni bersambung next posting.

 

Kongsi di :