Heart Rate : Target Heart Rate Pt 1

Target Heart Rate atau Training Heart Rate (THR) adalah Heart Rate yang kita nak capai semasa senaman aerobik dimana membenarkan jantung dan paru-paru menerima faedah terbaik / keuntungan tertinggi daripada aktiviti senaman itu.

Dalam erti kata lain, kita kena ada benchmark atau tahu level Heart Rate kita.

Kenapa nak kena tahu tentang Target Heart Rate ini?

1. Cukup atau tidak cukup
Mengetahui Target Heart Rate, membantu kita tahu sama ada senaman yang kita buat itu, cukup atau tidak. Adakah sikit sangat, atau ngam-ngam, atau dah terlebih. Mengetahui Target Heart Rate, membantu kita buat senaman, TEPAT dengan objektif yang kita mahu.

2. Membantu kita decide, What’s Next?
Dalam larian, misalnya ia membantu kita faham, bila untuk berubah dari larian aerobik kepada larian anaerobik. Ia membantu kita untuk estimate bila nak sprint atau bila nak slow atau bila nak recovery. Ia membantu kita untuk tahu, apa yang kita patut buat semasa kita perlu buat.

So macam mana nak arrive kepada Target Heart Rate ini?

1. Dapatkan Resting Heart Rate anda.
Bagaimana nak check heart rate Pt 2 – Resting Heart Rate

2. Dapatkan Maximum Heart Rate Anda.
Heart Rate : Maximum Heart rate Pt 1

3. Rujuk carta zon Heart Rate.
Yang ini saya dah letak dalam posting sebelum ini. So ideanya adalah, berdasarkan carta zon Heart Rate tersebut, kita kena tahu berapa Heart Rate yang patut kita capai agar kita capai zon tersebut.

heart_rate_chart

Cadangan saya :
Buat satu jadual untuk memudahkan diri kita sendiri. Sebagai contoh, yang dibawah ini saya buat untuk saya supaya saya senang rujuk sementara nak tunggu hafal. Lemah betul minda. Nak hafal a few nombor pun lembab. Mesti selalu makan semut ni.

Screen Shot 2016-02-10 at 9.37.03 PM

Kongsi di :