Heart Rate : Target Heart Rate Pt 3

Ok. Kita dah tahu apa Target Heart Rate, tapi bagaimana panduan menggunakannya sayang?

1. Agak-agak

Kalau Heart Rate terlalu tinggi, maksudnya effort kita sangat lebih atau terlebih. So kurangkan sikit. Kalau rasa Heart Rate terlalu rendah, not even 50%, so push sikit supaya berbaloi dan bermakna.

2. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Ini berguna dalam training plan. Minggu pertama lari tu cukup 50% sahaja. Minggu kedua naik sikit. Dan seterusnya sampai achieve 85%. Boleh pilih nak naik 10% seminggu atau 5% ikut suka. Tapi jangan drastik sangat.

Sepatutnya selepas 6 bulan, kita boleh lari pada rate 85% dengan biasa. Katanya lah.

3. Convert pada pace & KM

Yang ni saya just terfikir sahaja. Tak tau betul tidak tapi sekadar teori. Try lari 50% Heart Rate, tengok berapa Pace. Then tengok berapa jauh distance tu. Then try increase 60%, ulang semua sampai 80% Heart Rate.

So bila dah dapat Pace berapa, dan bila dah dapat distance berapa, kita boleh kaji lagi dan rancang perjalanan anda eh, pelarian anda dengan teliti.

Ini teori je tau bukan kebenaran. Macam terfikir….

4. Zone terbaik

Ada macam-macam zon untuk Heart Rate ini kalau google kat internet. Hampir sama, tapi ada lain dia. Agak pelanduk…. Anyway, last sekali saya jumpa yang ini dan saya rasa nak commit pada yang ini sebab macam best.

1433819737372

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_