Hijrah

Hijrah, dalam bahasa inggeris, saya kira boleh kita kata Change, atau Moving Forward, atau apa lagi….. ? Ia adalah, Begin with a step, atau Be the change. Boleh juga kata, A step further.

Hari ini dan esok, umat muslim secara menyeluruh, menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharam. Ia adalah tahun baru, seperti 1 Januari tahun Masihi. Lebih tepat, esok adalah 1 Muharam. Kebiasaan sambutan bermula malam ini dengan doa-doa dan pelbagai ritual bagi yang memilih untuk meraikan ritual.

Namun tidak semua merayakan ritual. Ada yang merayakan “makna”. Dan biasanya yang merayakan “makna” ini sikit. Kerana sikit, yang faham erti Hijrah yang sebenar.

Secara historikal, pada zaman dahulu, Hijrah adalah tentang migrasi Prophet Muhammad dan followers, dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Dari satu sudut yang lain yang lebih realis, ia adalah satu misi melarikan diri kerana tekanan dan “pressure” bagi puak Kota Mekah yang menentang kebangkitan tauhid yang dibawakan oleh Prophet Muhammad.

Seingat saya, seperti yang diceritakan oleh cikgu sekolah agama saya, kemuncak peristiwa hijrah adalah apabila waran bunuh Prophet Muhammad keluar. Itu sahaja cara yang paling baik untuk menghentikan penyebaran agama tauhid. Lalu, Prophet Muhammad dan sahabat, Abu Bakar telah keluar pada waktu malam, melarikan diri.

Ada beberapa checkpoint atau pitstop seperti Gua Thur untuk Prophet dan Abu Bakar berehat, hinggalah mereka bertemu dengan guide penunjuk arah yang beragama Kristian, membawa mereka keluar dari Kota Mekah ke Madinah mengikut jalan yang bukan mainstream bagi mengelak ditangkap puak penentang Kota Mekah.

Kisahnya panjang lagi dan sepatutnya ia ditulis dalam satu buku yang lebih lengkap. Tetapi untuk meraikan “makna” pada malam ini, izinkan saya membawa sedikit perspektif dalam Hijrah Prophet yang saya faham.

screen-shot-2016-10-01-at-10-57-38-pm
Route jalan kaki dari Mekah ke Madinah mengikut Google Map, hari ini

Realitinya, prophet melarikan diri dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Konsep “Hijrah”, adalah satu rebranding yang tepat untuk menunjukkan bahawa, sesuatu revolusi yang positif, kadang kala bermula dengan sesuatu yang boleh dipandang dengan negatif.

Realiti kedua, mereka ditentang oleh non muslim di Kota Mekah, namun sebaliknya mereka dibantu juga oleh non muslim, untuk keluar dari Kota Mekah. Tanpa guide Kristian ini, belum tentu Prophet berjaya keluar dengan selamat. Tanpa guide Kristian ini, belum tentu muslim hari ini boleh mengenal Prophet Muhammad.

***

Peristiwa Hijrah mengajar saya untuk sentiasa berfikiran positif. Hanya dengan berfikiran positif, kita boleh maju ke hadapan. Kita boleh mengubah hidup kita kepada hidup yang lebih baik dan aman. Kita boleh mengubah hati kita yang tidak tenteram, kepada hati yang lebih tenang.

Melarikan diri nampak seperti Negatif. Tapi sebenarnya Positif kerana itu adalah keputusan yang terbaik yang perlu diambil apabila nyawa telah terancam. Mempercayai non muslim sebagai guide, pasti, sangat memerlukan satu pemikiran Ultra Positif, kerana ketika pada waktu yang sama, non muslim juga yang mengancam nyawa Prophet Muhammad.

***

Dalam konteks larian (kerana blog ini blog tentang larian), saya kira “makna” hijrah yang paling boleh saya kaitkan adalah bagaimana kita perlu berfikiran positif, yang satu hari nanti, kita boleh lari lebih jauh dari apa yang pernah kita lari sebelum ini.

Misalnya kalau kita lari 5K, satu hari nanti kita boleh lari 10K. Satu hari nanti kita boleh lari 21 K, dan hinggalah satu hari nanti kita boleh lari 42K. Saya sendiri telah melalui semua fasa ini. Jika saya mengingat kembali pada hari pertama saya lari Fun Run 5K 3 tahun dulu, saya rupanya telah berbual dengan seorang runner lelaki yang lebih muda dari saya hampir 10 tahun yang turut lari dalam acara yang sama. Bezanya dia lari 12 K pagi itu.

Ketika makan sarapan di Equine lepas event larian, runner muda ini mengajak saya untuk masuk lari 12K untuk acara akan datang. Saya katakan kepadanya engkau gila. Lari 5K pun aku nyaris tak meninggal dunia, ini pula nak lari 12K. Kami kemudian semua ketawa saat bahagia. (Terima kasih kepada isteri saya yang mengingatkan kisah ini sebab saya dah lupa sebenarnya)

Hari ini runner muda tersebut telah lari sejauh 21K dan masih belum lagi cuba 42 K. Mungkin minatnya telah berubah kepada sukan lain, atau mungkin 42 K bukan untuk semua orang cuba.

***

“A step further” dalam larian sangat penting. Ia membawa kita kepada satu fasa lain yang lebih baik dari fasa yang sedia ada, walaupun kita terpaksa “terseksa” untuk mencapai fasa seterusnya. Pepatah pun ada berkata, “Jauh perjalanan, luas pemandangan”. Saya kira pepatah ini harus juga di-hijrahkan juga agar lebih ber-“makna”. Ia sepatutnya, “Jauh perjalanan, luas pengetahuan”.

Pandang sahaja tidak memberi apa erti melainkan sekadar menikmati seronok-seronok. Ibarat melihat gambar instagram yang cantik-cantik, tetapi apa faedahnya jika tidak terlihat wisdom disebalik gambar yang cantik itu?

Lalu, untuk saya dan anda pembaca semua. Jangan takut untuk lari lebih jauh dari yang biasa anda buat. Jika 3 – 4 tahun anda masih memilih untuk lari pada jarak yang sama, tidak ada salahnya ada mula lari jauh sikit dari kebiasaan. Anda sebenarnya akan menemui sesuatu bukan yang anda lihat di luar di dalam perjalanan / pelarian anda. Anda sebaliknya akan menemui sesuatu di dalam diri anda.

Jangan takut sakit lutut atau sakit berbagai sakit di waktu tua kelak, kerana hakikatnya, jika kita tua, kita memang sakit pun so why bother? Nama pun tua. Kita semua akan mati sakit juga akhirnya.

***

Esok adalah 1 Januari bagi kalendar hijrah, iaitu tahun baru yang telah bermula. 3 bulan lagi adalah 1 Januari yang sebenar bagi kalendar masihi. Hakikatnya tidak kira bila tahun baru bagi apa jua tahun pun, mula berfikir positif dan mula melangkah lebih jauh boleh bermula bila-bila masa.

Prophet Muhammad memulakan langkah untuk keluar dari kepompong Kota Mekah dan migrate dengan penuh ancaman bahaya mempertaruhkan nyawa, dan akhirnya berjaya mengembangkan satu kepercayaan yang absolute kepada Satu Pencipta, manakala kita yang mengaku beriman kepada Satu Pencipta ini masih lagi teragak-agak dan berfikiran negatif bahawa semuanya bahaya dan boleh mengancam nyawa jika kita lari lebih KM dari apa yang kita biasa buat.

Hmmmm………

Selamat menyambut Hijrah, bagi yang meraikan “makna” tidak kira sama anda muslim atau tidak. Guide Kristian dalam sejarah tadi bukan muslim pun tapi dia juga turut berada dalam siri Hijrah Prophet Muhammad. Dan kalau berbicara tentang hijrah, Siddarta Gautama Buddha juga dalam sejarah hidupnya juga melakukan Hijrah.

P/S A step further Prophet Muhammad, migrate sejauh lebih 500 KM, one shot berapa minggu ntah. Kita pula cuma nak double up beberapa KM sahaja dalam larian kita.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *