Blog : Hikayat Larian Sebuah Kitab

Ramai yang lari dari kebenaran. Sikit yang sanggup lari kearahNya.

Yang paling payah untuk manusia terima adalah kebenaran. Dan inilah satu-satunya jalan untuk sampai pulang pada yang Hak. Lalu, hal kebenaran menjadi mesej utama, dari zaman awal manusia, hingga ke zaman hari ini.

Lari, atau larian, adalah salah satu cara mengenal diri. Dan banyak yang dipelajari dengan hanya “berlari”. Lalu, saya tuliskan sebuah hikayat tentang larian, yang saya namakan “Larian Sebuah Kitab”.

Saya akan cuba terus berlari, selagi mampu, dan selagi ada asa dan esa. Ia bukan kerana mengejar sesuatu, atau meninggalkan sesuatu. Ia adalah tentang mencari diri, sebenar diri.

Jika kamu ingin lari bersama kami, inilah masanya. Kejayaan hanya dicapai melalui cinta bukan pada sesiapa, tetapi sebaliknya cinta pada yang SATU. Maka jangan takut dan risau jika kita diuji bagai hingga terbalik segala ada yang di bumi ini. Jangan sangsi jika jalan yang kita lalui bertentangan dengan jalan majoriti.

Dimana ada kemahuan, disitu ada JALAN LURUS.

Tentang PENULIS

Saya adalah seorang pelari pada petang hari ( dan sedang cuba menukar kepada waktu pagi sekali sekala untuk rasa apakah bahagianya). Saya tinggal di Bandar Kinrara, bekerja di Bukit Jalil dan biasanya lari di Taman Rekreasi Bukit Jalil. Saya dan isteri, seorang anak, mempunyai seekor kucing berwarna putih dan seekor iguana berwarna hijau.

Saya suka menulis. Dan ini adalah sebahagian dari hidup saya yang cuba saya karangkan agar ia ada manfaat bagi yang berminat.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_