Hujung minggu Twincity Marathon

Twincity Marathon baru berlalu. Seperti biasa, saya terlepas untuk join race ini. Ini adalah kali kedua melepas. Mungkin tahun lepas bila dah masuk Q4 tu dah lemau nak tengok race-race, so at the end of the day, tak sempat register.

Walaubagaimanapun, saya terlibat secara tidak langsung dalam race ini. Bukan jadi volunteer apa tak. Tapi sebab En. Udey Pengurus Kelab Conquer mai dari Kedah untuk race ini, secara tidak langsung saya turut serta sebagai walikota merangkap supir.

Flight En. Udey selamat menjunam ke lantai bandara KLIA2 pada jam 3 petang. Delay agak sejam, sepatutnya sampai pukul 2 petang. Oleh kerana saya dah keluar rumah awal, saya tunggu di Petronas otw ke KLIA2 sambil makan roti dan minum air oren.

IMG_3927

Sejurus En. Udey whatsapp kepada iPhone yang dah nak kong batteri, saya merempit ke balai ketibaan dan mengambil En. Udey. Dari jauh, En. Udey yang biasanya bermuka serious dalam photo, tersenyum gembira. Kami bersalaman dan saya cuba menekan pedal untuk merempit ke Dpulze pula bagi race kit collection. Namun, plan ini dibatalkan bila En.Udey bagitau yang ada member dia dah tolong ambik, maka saya menekan pedal laju untuk balik ke rumah.

Sebenarnya hari sabtu itu rumah saya sangat meriah. Selain dari kedatangan mak mertua saya, Ayul dan Echah juga datang melawat. Ayul juga seorang runner manakala Echah adalah classmate isteri saya di MMU dulu. Mereka datang melawat mai disamping Ayul nak self collect Running Poster Log 365/2017 Eye (Blue Edition). Sejurus saya sampai dengan En. Udey di rumah, Ayul pun sampai sama.

Kami berbual macam-macam tentang lari melari. Paling highlight adalah pengalaman Ayul dan Echah ke Great Ocean Road tapi tak jadi nak lari sebab waktu tu Echah baru mengandung anak sulung. Saya katakan kepada Ayul yang masa saya ke sana tahun lepas, saya ada tertinggal barang di Great Ocean. Maka perlukan bantuan Ayul untuk ke sana semula bagi mencari balik barang yang tertinggal itu. Mendengar proposal ini, Echah dan isteri saya memandang dengan muka “Ha iyalah tu”. Kami semua bersetuju yang Great Ocean Road memang cantik dan mesti kena repeat di masa hadapan.

Bila Ayul dan Echah berangkat pulang, saya dan En. Udey membujang ke Sunway Pyramid. Tujuan dia adalah untuk beli power gel sebab En. Udey masuk Full Marathon esok. So kami ke Marathon Shop. Agak berlambak power gel dia berbanding dulu yang selalu habis stock. So En.Udey beli 2-3 das.

Sebelum tu kami ke kedai NIKE tengok kasut dan sebagai brand ambassador NIKE cawangan Kedah, En. Udey menerangkan kepada saya setiap jenis kasut NIKE yang ada di kedai itu hingga akhirnya barulah saya faham, hakikat sebenar kasut NIKE. Kami kemudian langsung terus balik ke rumah untuk En. Udey berehat. Pukul 3 pagi dah nak kena gerak ke Cyberjaya.

***

So, oleh kerana En. Udey akan lari 42K di Twincity Marathon, saya kira, alang-alang saya hantar En.Udey pukul 3 pagi nanti, ada baiknya saya lajak ke Putrajaya terus untuk LSD training saya. Saya bajet, En. Udey start FM kul 4 pagi, habis dalam pukul 7 – 8 pagi, so lepas saya LSD, saya boleh patah balik ke Cyberjaya dan langsung terus balik. Ini adalah perancangan asal. Pukul 4 pagi saya start LSD, by 6 pagi lebih sikit mesti dah habis sebab saya nak buat 20 K sahaja. Maka dengan semangat yang wajar, malam itu saya flatlay segala alatan larian yang diperlukan macam nak pergi race.

Jam 3 pagi saya terbangun, saya mandi dan bersiap. Bila keluar bilik tengok-tengok En. Udey dah siap siaga. Kami keluar rumah dan sampai di Cyberjaya dalam pukul 3:30 pagi. Suasana macam dalam mimpi. Dalam gelap nampak runners berjalan dan berlari menuju starting line. Saya kemudian menurunkan En. Udey selepas mengucapkan “Good Luck”. En. Udey keluar kereta dengan wajah bersemangat lain macam. Misainya yang panjang tidak dapat menutup aura semangat dia dan hanya saya yang nampak cahaya keimanan larian ini malam itu.

Saya tanya En. Udey sebelum dia keluar, bajet habis semua pukul berapa untuk saya datang balik. Dia kata dalam pukul 10 pagi. Saya pun ok.

Saya memandu keluar dari Dpulze dan macam nak menuju Putrajaya untuk LSD. Dalam pada itu saya fikir. Kalau En. Udey habis jam 10 pagi, agak lemau juga saya nak tunggu dalam kereta sebab saya habis LSD jam 6 pagi lebih. Jam 6 ke jam 10 tu agak makan lagi 4 jam. Agak tak logik untuk saya selepas LSD lalu terus ke Masjid Putra solat subuh berjemaah dan solat dhuha bagai. Dalam keadaan khayal kira jam, sedar-sedar setengah jam lepas tu saya dah ada kat rumah atas katil. Isteri saya terjaga lalu tanya saya, “Eh, kata nak LSD kat Putrajaya?” Saya tersenyum lalu saya katakan yang saya takut terjumpa hantu kalau lari subuh-subuh seorang diri di Putrajaya. Isteri saya kemudian reply, “Alasan paling validlah untuk tahun 2017 ni”. Kami pun sambung tidur.

***

Pukul 10:00 saya terjaga. Saya tengok iPhone, En.Udey message dia dah siap. Saya pun kelam kabut bersiap dan menekan pedal kelajuan hingga sampai di Cyberjaya. Kami kemudian breakfast di kedai mamak jamek hujung tu. Saya mengambil peluang untuk berguru dengan En. Udey. Untuk pengetahuan, di negeri Kedah, En. Udey adalah antara runner yang hikmat larian dia peringkat api syurga meragut bendang. Memang laju bak hang.

Saya tanya dia berapa catatan masa dia tadi. Dia kata PB. 3 jam 38 minit. Dasyat bak hang. Memang patutla jadi ketua kelab.

Catatan masa dia yang gojes tu buat saya naik semangat untuk cuba dengan lebih baik di masa hadapan. Kalau saya lari esok dan terasa lemau untuk berusaha dengan lebih kuat, saya akan bayangkan gambar harimau Conquer yang bermisai lebih lebat datang mengejar saya hingga ke neraka.

Habis breakfast kami balik rumah dan bersiap untuk ke Mitsui pula sebelum ke KLIA1 untuk flight jam 6 pulang Kedah. En. Udey nak melawat store NIKE disana pula. Dalam pukul 3 lebih kami sampai Mitsui. Punyalah ramai orang. Mungkin shopping CNY.

IMG_3936

Kami makan dulu di Padi sebelum beratur masuk kedai NIKE. Saya hairan kedai lain orang tak beratur tapi kedai NIKE ni kena beratur. Rasa macam kat sekolah dulu nak makan kat Dewan Makan kena beratur. Macamlah ramai sangat nak masuk, tapi sebabkan itu undang-undang kedai dia, maka redha sahajalah. Menyampah pun ada.

Tapi bila dah dapat masuk tu rasa macam bahagia. Mula nak belek ntah apa-apa dengan kadar yang lama sebagai balasan beratur panjang. End up, saya terbeli sehelai t-shirt hitam dan 2 helai spender kuat. Sebelum ini saya cuma ada satu spender kuat yang diulang pakai sampai kusam.

Oleh kerana saya malas nak bukak seluar untuk test size spender kuat ni, saya terus sahaja tanya brader NIKE tu kalau badan keding macam saya ni size apa. Brader tu dengan yakin cakap size S. Dalam hati saya #harapbenar.

FA16_RN_Olympic_Competition_Collection_LR_Grey_native_1600
Feature: Nike’s Speed Gambit

Kami kemudian usha kasut NIKE Zoom Streak. Kasut ini adalah kasut official untuk Atlit tajaan NIKE pada olympic yang lepas kategori Marathon. Di Mitsui ini dia jual murah. Instead of RM439, dia jual RM259 sahaja. Warna dia saya macam tak berapa nak “in”. Bila tengok warna kasut ni terbayang Dato Vida tengah baca buku rujukan Preston dengan highlighter di tangan.

844796-999-p
Nike Zoom Streak 6 

IMG_3940IMG_3939En. Udey kata dia pernah pakai kasut ni tapi keras. Dia tak berapa suka sangat. FYI, kasut PB FM dia adalah NIKE Flyknit Racer.  

***

Kami ada berbual pasal brand dan kasut. Basically, ada orang yang loyal pada sesuatu brand misalnya kalau pakai NIKE semua mesti mau NIKE. Ada yang pakai ADIDAS, so semua mesti mau ADIDAS. Ada yang tak kisah so asalkan yang terbaik dari semua brand, dia pakai semua yang terbaik tak kira campur ASICS, BROOKS, ADIDAS, NIKE. Ada yang tak peduli brand pun asal kasut, ok saja dan boleh bawa lari.

Bagi saya terpulang pada masing-masing punya preference. Lantaklah nak pakai apa pun sebab akhir-akhirnya duit masing-masing yang keluar untuk beli barang sukan tu. Kita tak boleh nak judge orang dan in fact, sifat judgement itu pun tak boleh ada dalam hati kita sebab yang boleh judge kita hanyalah tuhan semata-mata.

So untuk saya, kalau pakai NIKE nak kutuk ADIDAS atau pakai BROOKS nak kutuk NIKE, agak tak significant langsung. Macam kita minum air jugak. Ada orang suka PEPSI ada orang suka COKE. Ada orang tak minum air tu cuma minum air suam sahaja. Ada orang minum tongkat ali. So ada patut ke kita kutuk orang yang minum air yang tak sama dengan apa yang kita minum? Tak patutkan?

At the end of the day, kita cuma nak berlari dan improve diri kita melalui larian. Tak kira apa brand kita pakai, yang penting, kita bahagia dengan apa yang kita pilih. Dan paling penting, kita tahu kenapa kita pilih brand tersebut asal-asalnya.

Dulu ada sekali isteri saya tanya saya. Katakanlah, tiba-tiba… out of sudden, Bata bagi anda kasut free sponsor untuk lari seumur hidup, anda nak pakai tak?

“Ehhhhhh…. kita pakai….. betul. Kita pakai…..” sambil berjalan laju ke hadapan menambah power.

#patriotismebukandikakitapidihati

Langkah Seterusnya
Nike Unveils New Zoom Streak 6 Marathon Racer
Nike Unveils Innovative Team USA Olympic Track Gear

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *