Inspirasi : Gaban

Gen X mesti biasa dengar ayat ini. Lebih-lebih lagi budak lelaki :

“Tarik Gaban ke ruang angkasa Shetannnnn”

Atau, “Gaban akan bertukar baju dalam masa 0.05 saat….”

gavan

Gaban adalah superhero global yang menjadi cita-cita setiap budak lelaki Gen X. Kalau tak nak jadi Gaban, mungkin nak jadi Kesatria Baja Hitam. Itu siri lain. Namun seingat saya, Gaban lagi popular di kampung saya.

Gaban adalah seorang polis angkasa¬†walaupun semua orang tahu yang dia kerja di bumi. Namun, setiap kali lawan orang jahat, Gaban dan orang jahat seakan ada mutual understanding bahawa, “OK, kita gaduh tapi jangan gaduh kat bumi, so kita buat hal kita dan manusia buat hal manusia”. Lalu Gaban berlawan di ruang angkasa Shetan. Gaban ni boleh kata Ninja elektronik zaman 80-an. Jangan pandang rendah pada Gaban, sebabkan Gabanlah Robocop terhasil. Inspirasi tu.

Gaavan_villains

Orang jahat gaban kebanyakkannya macam makhluk asing yang hodoh. Tidak pernah ada orang jahat yang hensem seingat saya sepanjang Gaban bersama saya dulu. Dan kebanyakkan orang jahat Gaban memakai make-up. Ini ntah kenapa.

mimiandgabanyp9

Seperti jantan lain, Gaban juga mempunyai awek. Tapi saya tak ingat nama awek Gaban ini. Cuma awek dia satu ofis dengan dia. Comel la tu. Tengok muka Gaban. Gembira.

So. Apa kena mengena Gaban dengan blog ini?

keep-calm-and-be-gaban

Saya tengah cari mp3 lagu theme opening Gaban. Nak buat sumber inspirasi untuk next larian tahun depan. ¬†Sumber inspirasi boleh jadi melampaui masa dan masa yang paling kita happy adalah masa kita kecik dulu. Tak peduli yang lain tapi hanya peduli keseronokan diri sendiri. That’s why ada yang nak jadi Gaban. Takde yang nak jadi Perdana Menteri.

Anyway, kalau anda ada mp3 Gaban yang sound dia power nanti share dengan saya.

Ini lagu them song dari cerita Gaban.

Ini pula penyanyi asal Gaban. Thanks to Youtube, boleh tengok sapa yang nyanyi lagu ni sebenarnya. Masa kecik dulu ingatkan Gaban yang nyanyi sendiri.

Ini pula tribute lagu Gaban dari band underground Kedah, Kelembai Band. Yang kelakar siap dia melayukan lagu Gaban tu yang tak tahan.

Kongsi di :

Comment 1

  1. remin November 23, 2015

    aku bole email file mp3 tu kat hang, tapi hang kena habiskan race report Ranau. Tergantung tu…hihi

Comments are closed.