Inspirasi : Kenapa saya lari? – Mo Farah

Lama tak layan youtube pasal lari. Ni dah start balik ni, so nak menten semangat tu kena la bawak-bawak dengor khutbah pasal lari, bacaan-bacaan sebelum dan selepas lari, rukun-rukun larian dan sebagainya. Hari ini saya layan satu docurunning, “Why I Run” oleh Sir Mo.

Now, lepas layan docu ni saya baru teringat. Hari tu dah tengok dah. Tapi hari ni, tengok sekali lagi dengan makna yang lebih dalam.

Kenapa Sir Mo, lari?

Of course bila tengok docu ni, tajuk dia tu dah ada soalan. So bila ada soalan, mesti ada jawapan. Kalau soalan tade jawapan ni memang sakit jiwa dibuatnya. Bayangkan kalau kita ada persoalan, kita cari jawapan dia tapi tak jumpa-jumpa? Makan tahun atau sebahagian daripada hidup kita “dibelenggu” oleh persoalan ini. Tapi kalau the moment kita dapat jawapan, tak kisahlah daripada alam atau daripada seseorang, kita cam…. what???? Ini je jawapan dia? Tapi kita terpaksa terima walaupun kita cuba deny sebab jawapan tu memang make senses dan menjawab persoalan kita.

Berbalik kepada Sir Mo, kenapa Sir lari?

Docurunning ni adalah masa Sir Mo prepare untuk London Marathon 2018. Take note ini adalah moment terpenting dalam hidup Sir Mo sebab London Marathon 2018 merupakan second 42KM bagi beliau. First attempt 42K beliau adalah London 2014, beliau nombor 8, catatan masa 2:08:21. So cubaan kedua beliau ni mesti mau podium.

Mo Farah, atau nama penuhnya Sir Mohamed Muktar Jama Farah, menduduki tempat ketiga dalam race ini manakala Master Eliud champion #1. Sir Mo lambat 2 minit lebih.

Basically, walaupun Sir Mo lambat 2 minit belakang Master Eliud, Sir Mo improves, awal 2 minit tepat dalam cubaan yang kedua ini. Dan menang no 3 serta buat rekod baru PB, selain rekod baru untuk orang British, memang muka ada sinyum. Kata Sir Mo,

“To run a personal best, break the British record and finish on the podium. It can’t get better than that.”

Btw, ini recaps untuk London 2018. Bila tengok balik baru saya perasan, tahun 2018 saya berhenti lari, fokus membesarkan anak kedua saya Nia Ilka disamping belajar benda baru (amik lesen moto dan belajar bawak moto sebab sebelum ni tak reti dan takut bawak moto), so minda saya kat tempat lain. Takde rezeki berada dalam crowd larian masa tu dimana dua hero larian saya berentap dalam satu event. But it’s ok, saya ada heroin baru dalam hidup saya yang sekarang ni asyik nak minum dhushhhh (jus oren).

Sorry ter-throwback jap but anyaway, bagi menjawab persoalan kenapa Sir Mo lari, kalau ikut dalam video youtube tu dia kabo gini,

” What makes it’s worth is that doing well, and is that moment where you know you get that feeling, and you just… you searching for that feeling again.”

6 bulan kemudian Sir Mo dianugerahkan podium bagi perasaan yang dicarinya. Beliau champion #1 dalam 2018 Chicago Marathon.

Kenapa kita lari?

Of course, masing-masing ada jawapan yang tersendiri, namun kadang-kadang, ada baiknya dalam musim MCO ini (sebab banyak sangat duduk kat rumah tak boleh keluar kecuali keluar depan rumah), kita reflect diri kita, kenapa kita lari?

Atau, untuk level makro yang lebih besar, kenapa kita hidup hari ini?

Apa jua persoalan kecil atau besar, dalam larian atau luar larian, yang pasti, kalau kita berusaha dengan sebaik mungkin, fokus, fokus dan fokus dan fokus, Sir Mo telah membuktikan yang kalau kita betul-betul nakkan sesuatu, kita boleh.

Hal lain, Kasut

Masa race London Marathon 2018, Sir Mo pakai kasut Vaporfly Elite.

Master Eliud pulak pakai kasut Nike Zoom Vaporfly Elite Flyprint, prototaip terawal untuk Vaporfly yang ada dalam market sekarang. Kasut ni upper dia 3D printing, codename “Flyprint”. Tapi nampak gaya 3D printing ni macam tak berapa nak pergi sebab hari ni tade pun kasut Nike upper dia Flyprint kat kedai.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *