Inspiration : 40 Marathon by 40 oleh Deorunner

Orang cakap life begin at 40. Tapi untuk Deorunner, (antara salah seorang runner yang saya sangat kagumi di Malaysia ini) mungkin life begin at 40 beliau diraikan dengan lebih “meaningful” dan sangat “inspirational” untuk semua runner di dunia.

Ini adalah kerana, menjelang harijadi Deo yang ke 40 pada December ini, Deo akan selesai cabaran 40 marathon menjelang 40 ( atau #40on40 #birthdaymarathon di IG ). Ini baru namanya, cabaran.

Dan sempena itu, Deo telah melancarkan satu t-shirt  2ndskin vaporlite ‘#BeYou’, yang telah pun dijual sejak Julai dulu. Profit dari jualan t-shirt ini, akan disalurkan kepada CADS Enhancement Centre (CEC). Untuk maklumat lanjut tentang t-shirt atau project ini, boleh baca detail di sini.

deorun3d-1
Gambar dari blog Deo

OK. Habis bab t-shirt. Kalau nasib anda baik, ada lagi dan boleh beli. Kalau tak, kena tunggu Deo buat cabaran #80on80 pulak :D.

So, di belakang t-shirt tu ada list of 40 marathon yang Deo masuk dan akan masuk. Saya ingat tinggal lagi beberapa marathon je kut. Tak silap saya tinggal 3 je lagi. But anyway, analisis saya daripada data yang tertera di t-shirt abang Deo adalah :

1. Jumlah marathon yang Deo lari adalah 40 semuanya menjelang umurnya 40
2. First marathon adalah pada tahun 2011.
3. Jumlah masa untuk habiskan 40 marathon adalah 5 tahun.
4. Berikut adalah pecahan jumlah marathon ikut tahun :

  • 2011 – 7
  • 2012 – 8
  • 2013 – 8
  • 2014 – 6
  • 2015 – 4
  • 2016 – 6 + 1

5. Daripada 40 marathon, ini pula pecahan mengikut negara :

  • Malaysia – 25
  • Singapore – 3
  • Thailand – 4
  • New Zealand – 2
  • Japan – 2
  • Laos – 1
  • Germany – 1
  • Hong Kong – 1
  • Barbados – 1

6. Maka ini bermaksud, 25 Malaysia dan 15 luar negara.

7. Marathon wajib tahunan adalah SCKLM sejak 2011 hingga 2016 (kecuali 2015 sebab batal jerubu)

8. Big 6 Marathon yang Deo masuk adalah Berlin dan Tokyo

9. Marathon kemuncak adalah pada 4.12.2016 (harijadi Deo) dan akan dilarikan oleh Deo di “Run Barbados Marathon 2016”. Baca sini untuk lihat Barbados Marathon.

Barbados ni kat mana? Saya macam pernah dengar tapi tak tahu kat mana (Sorry geografi saya memang out sebab saya minat matematik dan senilukis sahaja). So dengan bantuan google :

screen-shot-2016-09-17-at-8-56-52-am
Dan ini bacaan lanjut :
screen-shot-2016-09-17-at-8-58-21-am
Baca sini

Kalau dalam dunia ni Barbados kat mana?

barbados_world

Tak jauh langsung Deo pilih untuk final marathon dia sebab kalau dia pilih Marathon Kinrara memang saya datang support.

But anyway, pasti Deo ada sebab tersendiri untuk meraikan harijadinya di Barbados. Bukan semua runner ada privilege macam tu. #respect

***
Saya antara runner yang last minute dapat beli t-shirt ini dan saya beli 2 helai. Of course, satu untuk isteri saya. Saya tak pasti sama ada t-shirt ini masih available atau tidak, dan yang itu boleh contact Deo sendiri melalui IG dia sini atau baca dari blog Deo disini. Dalam kiriman baju siap ada poskad, so poskad tu memang wajib kena framelah sebab ada ucapan Deorunner tu :D.

Anyway, saya rasa, apa yang lebih penting yang Deo nak sampaikan adalah “Believe in Yourself” dan “BE YOU”. Ini mesej yang paling penting sebenarnya.

Tak kisah apa pun cabaran dari sekecil-kecil hingga ke cabaran yang besar, asalkan kita percaya kita dapat lakukan dan kita lakukan sebagai kita, itu yang penting sebenarnya.

Kita bukan cabar diri kita sendiri sebab orang lain buat atau pun sebab kita nak compete dengan orang lain, tapi kita cabar diri kita sendiri sebab kita tahu sejauh mana kemampuan diri kita. Dan bila kita tahu had yang ada pada diri kita, melalui itu kita decide sama ada nak buat cabaran apa. Mungkin kita pilih untuk buat sesuatu cabaran yang kita yakin kita boleh capai. Mungkin juga kita pilih untuk buat sesuatu cabaran yang kita rasa 50-50 boleh capai. Mungkin juga kita pilih untuk buat sesuatu cabaran yang beyond logic dan akal, yang memang kita tahu kita tak boleh buat.

Namun, walaupun kita tahu kita tak boleh buat, tapi as long as kita percaya, yang kita boleh buat, (“Believe in Yourself”) saya rasa insya allah, tuhan akan beri kita kekuatan untuk berjaya dengan cemerlang.

Kenapa ini benar dan boleh berlaku?

Sebab kalau kita, kita memang tak boleh buat. Tapi dengan kuasa tuhan, (The One), semua pun boleh berlaku. 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *