Financial : Pt 2, Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan insurans

Ok, sambung hal insurans semalam. Now, persoalan dia, bagaimana dengan berlari (atau men basikal berenang workout etc) boleh maksimumkan pulangan insurans?

Take note posting ni bukan nak promote apa2 brand. Tujuan dia nak bagi contoh, last sekali dah tau context dia terpulang pada anda nak subscribe content (atau brand) mana.

Salah satu insurans saya adalah dengan AIA. Kenapa saya amik AIA adalah kerana agen dia adalah kawan sekolah saya kat Pekan dulu. So basically hal insurance ni sampai satu level kita nak kena ada kawan rapat untuk manage kita punya protection sebab bila dengan kawan ni kita lebih transparent. Salah satu lagi insurans saya adalah GE. GE ni adik ipar saya agen dia.

Kenapa sampai 2 GE ngan AIA? Masing2 ada coverage yang berbeza. Adik ipar saya focus on certain product. Kawan saya focus on certain product. So masing2 punya product tu saya perlukan. Kira, GE cover basic needs saya dan AIA cover need yang lebih detail. Adik ipar saya lak masih muda. So dia tau benda2 basic je. Kawan saya ni sama tua dengan saya. So depth dia tahu tu focus on benda2 yang lain dari basic.  Dia pulak tak cover yang basic. Gitew.

Now, AIA kalau subscribe dia ada program nama AIA Vitality. Kenapa AIA buat Vitality ni adalah bertujuan nak suh kita hidup lebih sihat. Bila kita sihat, kita kurang claim. Bila kurang claim, AIA untung sebab duit remain kat dia dan dia boleh meniaga duit kita. Bila kita sihat, kita la untung. Apa ke bodo ko nak AIA rugi so ko boleh claim tapi ko tak sihat? Ada reti?

So AIA vitality ni dulu bangang jugak. Dulu ada dua apps nak menten. Sekarang depa dah bijak, so jadi satu apps je. Senang manage. Tapi bodo dia kat situ la, bab insurans ok.

Now terus ke AIA Vitality

1. Harga

Untuk subscribe Vitality, kena ada insurans AIA. Kalau ko insurans Takafool tak boleh. Tu kena tanya depa. Nak menten apps ni modal dia sebulan RM10 rasanya kalau tak silap. So sebulan kita bayar ke AIA untuk apps ni sahaja adalah RM120. Saya tak ingat kita ada option ke tidak untuk tanak subscribe, rasanya LA IQRAHA FIDDIN tiada paksaan dalam agama. Boleh tanya agen. Tapi thats why saya berani cakap dulu AIA vitality ni bangang. Ko amik duit aku RM 10 sebulan pastu ko menyusahkan aku. Tapi okla, sekarang apps ko lawa. Tahniah ada improvement. Saya suka.

Now, RM10 sebulan, setahun RM120. Sehari, RM0.32 sen. Apsal nak sembang bab harga sampai pergi satu hari ni? Nanti kita tengok.

2. Level

Dalam AIA Vitality, darjat atau maqam atau level kesihatan kita dibahagikan kepada 4. Memula Bronze, kendian Silver, kendian Gold kendian Platinum. Ini rajah dia.

So darjah atau level ini adalah disebabkan sejauh mana seseorang tu aktif bersenam, selalu buat checking health etc. Now, lagi tinggi level seseorang, lagi banyak rewards dan makin untunglah seseorang itu.

3. Apa untung dia? Short Term

Ada 3, short term, medium term, long term.

Short term adalah kita dapat rewards. Sekarang rewards dia ada 4. Grab, Jaya Grocer, Shoppe, tengok wayang. Tapi tengok wayang ni sorang la, kalau nak berdua ngan awek kena suh dia amik vitality gak lepas tu suh dia bersenam.

Satu contoh katala kita amik Grab, so kita dapat diskaun masa nak beli food. Boleh guna dalam apps grab. Contoh kat bawah ni saya ada 2 voucher tak guna lagi. Setiap voucher takleh simpan kena pakai sebelum due date.

So basically, kos nak menten apps ni tadi RM120. Kalau kita bersenam 2 minggu straight, seminggu 250 point, next weeknya 250 point, kita dapat voucher RM10.

2 minggu, value rewards RM10. 20 minggu, RM100. Tambah lagi 4 minggu, RM20.

So, nak cover RM120, kena aktif bersenam 24 minggu. Cover la kos tu. Cam keluo duit RM120, beli food dari grab, tapi dapat makan free ngan dapat apps vitality. Bonus, kalau makanan tu tak makan sangat tapi belanja Pak Guard yang jaga rumah, kita jadi lagi kurus dan disayangi Pak Guard. Bila pergi vacay, Pak Guard jaga rumah kita extra watch.

Ni contoh screenshot markah mingguan, seminggu patut 250 je tapi ni lebih 50. Sebab last week pun score 250, so minggu ni dapat rewards.

4. Apa untung dia? Medium Term

Medium term contoh dia bagi discount nak beli barang. Misal kata beli Fitbit. 25%. Banyak tu. Kalau ko kena beli 3. Satu ko punya, 2 bini ko, 3 awek ko. Ko punya diskon almost 75%. Kalau beli 4, satu dah free boleh bagi kat Pak Guard rumah gak.

Satu lagi untuk peminat Garmin, diskon 20% gak. Suunto tade ye minta maaf.

5. Apa untung dia? Long Term

Long term pulak adalah besok bila kita dapat duit insurans kita (maturity) , kita dapat bonus. Nama dia signature boost.

So upon masuk Vitality ni dia bagi 20% signature boost. Tapi bila setiap setahun, value 20% ni berubah ikut level. Katala kita level platinum, so dia jadi 21%. Kalau Gold, tak berubah. Kalau Silver, jadi 18%, kalau Bronze, jadi 16%.

So maksud dia, once masuk program ni, memang kena make sure duduk kat darjat platinum kalau nak untung lebih atau paling busuk GOLD level. Kalau duduk kat bronze rugi la sebab 20% value tu hilang dalam masa 5 tahun.

Tapi kalau kita score paltinum tiap2 tahun last sekali signature boost kita jadi 30% ke, dia tetap bayar max 20%. So game dia bukan nak make sure signature boost jadi tinggi, tapi nak kena make sure signature boost maintain 20%.

Satu lagi ending dia masa umur kita 55 tahun, signature boost ni tak berubah. So lock. Kalau waktu tu tinggi sedap la.

Berbalik pada 20% tu, 20% ni adalah dari SUM INSURED COVERED. Kalau kita cover RM 1M, 20% tu 2 ratus ribu bang…. banyak.

6. So canne nak naik level dari bronze ke atas dan seterusnya.

Untuk naik level, kena kumpul point. End game dia nak kena kumpul 30 ribu point setahun. Tahun depan kena maintain 30k gak untuk duduk dalam darjat tertinggi yang telah AIA janjikan.

7. Canne nak kumpul point?

Point adalah berdasarkan kategori. Kategori ni ada yang boleh buat everyday, ada yang buat 6 bulan sekali, ada yang buat setahun sekali. Misalnya exercise everyday, jawab soalan pasal stress 6 bulan sekali, buat fitness test setahun sekali.

Contoh maksimum untuk tidur tu 2000 markah, so sehari kalau tidur cukup, dapat 10 markah. Untuk dapat 2000 markah, kena tidur cukup selama 200 hari.

Untuk point lagi besar misal kata 100, so kena la lari 30 minit at 70% HR. Dapat la 100 markah sehari. Maksimum boleh pergi, 15 ribu.

Atau contoh yang jawab soalan atau book fitness test. Ini markah dia sekali buat lagi tinggi. 500 ke 3000 point.

8. Macam menarik, saya nak cubalah.

Ok, hat ni ko cari sendiri agen AIA ko tanya. Tapi kalau nak tanya kat kawan saya, boleh. Contact dia sendiri. Kalau service dia OK, amik. Kalau tak, cari agen lain. Ni no dia : Rafika S, 0192727122. Kalau contact dia kabo ke dia abiang kitab kemsalam.

9. Ada brochure tak nak paham lagi.

Sial la aku ni dah jadi cam agen lak. Tapi takpelah. Sebab korang suka baca blog ni aku bagi kat sini. 


Lagi catatan berkait

Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan
Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan Pt 2
Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan Pt 3
Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan Pt 4

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *