Financial : Pt 3, Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan insurans

Now sekarang kita nak tengok macam mana yang dikatakan maksimumkan pulangan tu kalau kita berlari.

Mula-mula benefit kecik yang betul2 serve kita untuk support lifestyle sebagai runner.

1. Makan Free

Yang ni adalah kerana rewards mingguan yang di offer tadi. Key dia, aktif berlari 2 minggu, dapat rewards RM10.

Setahun ada 52 minggu, kalau aktif sepanjang tahun, maka nilai rewards yang dapat adalah 26 x RM10 = RM260.

Nilai rewards ni boleh beli makanan level carbo loading dari Grab.

2. Diskaun barang sukan

Yang ni adalah kerana ada offer 25% FItbit, 20% Garmin. So boleh beli jam lari Garmin atau kalau for a start, beli fitbit je.

Ada juga diskaun untuk barang Reebok, 25% di Royal Sporting Gear (tatau kat mana sila cari sendiri).

3. Diskaun Gym

Kalau suka pergi Gym, ada 55% diskaun dengan Fitness First. Saya sebenarnya tak pernah gi gym ni tapi kawan saya kata sedap. Dia kabo badan tak berapa nak sihat tapi mata dia memang sihat. Saya pun tak sure sebab apa.

4. Diskaun fresh fruits, sayur

Ni 10% dari Jaya Grocer. Pagi2 nak minum air buah sendiri buat sebab dah ada juice mixer kat rumah, so okla tu.

Now yang untuk long term pulak, alang-alang kita dah berlari,

1. Signature Boost

Yang ni kalau level kita memang maintain Platinum, so dia bagi 20% of the SUM INSURED. So kalau SUM INSURED kita,

RM100 K > dapat RM20K
RM500 K > dapat RM100K
RM1 M > dapat RM200K
RM5 M > dapat RM 1 M

Now, kita sembang yang sedap la. Tak sedap buat apa. Kalau premium kita RM1 M, dapat 200K. Nak menten RM1 M ni kos dia RM240 K untuk 10 tahun.

Kalau premium RM5 M, maybe kos nak maintain, RM1.2 M 10 tahun. Setahun RM120 K atau sebulan RM10K. Jilake banyak tu.

Tapi sebabkan aktif, sentiasa lari, upon maturity dapat extra 20% which is RM 1 M (SUM INSURED RM 5 M). RM 1 M ni letak kat mana2 investment, let say 12% p.a, ada RM120 K setahun. So, 120 K setahun maksud dia RM 12K sebulan.

Kalau anak ada 2, sorang dah ada gaji RM 6 K sebulan bila bapak ko mati esok.

ERGO, ini adalah pulangan yang paling maksimum, seseorang runner boleh bagi pada anak dia di masa hadapan, itu pun kalau ada modal RM1.2 M sekarang, dan dengan syarat, aktif berlari. Persoalan dia mana nak cari RM1.2 M ni?

Kalau IG follower ada 1.2 M, mintak derma sorang RM1, dapat la RM1.2 m. Masalahnya IG follower saya ada 500 orang je. Lega la.

The idea is this sebenarnya. Tapi kena check ngan agen la betul ke tidak. Yang ni memang betul sebab saya tau kiraaan dia. Ni sebab kawan saya amik premium RM 1 M ni. Untuk premium 1 M. Yang 5 M tu saya estimate je.

Keluar modal RM240 K dalam masa 10 tahun, dapat premium 1 M, dan kalau aktif, dapat extra RM200 K, which is modal sebenar adalah RM40 K sahaja untuk 10 tahun.

Samalah dengan premium 5 M. Keluar modal RM1.2 M dalam masa 10 tahun. Aktif berlari, dapat extra RM 1 M, dimana kos sebenar adalah RM200 K sahaja.

Patutlah orang kaya makin lama makin sihat, lepas tu pulak makin kaya. Sedap la korang. Tapi takpelah… rezeki masing2…. yang penting dapat rezeki tu manfaat dia bukan untuk diri sendiri sahaja.

Semoga kita semua dapat rezeki terpijak AMIN.


Lagi catatan berkait

Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan
Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan Pt 2
Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan Pt 3
Insurans : Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan Pt 4

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *