Financial : Pt 4, Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan insurans

Ok, saya dah tulis semua pasal insurans ni, rasanya kalau saya tak check yang saya punya takat tulis je pun tak guna gak. Now posting ini adalah untuk check saya punya AIA Vitality. Ini mungkin bermanfaat kalau anda pun ada masuk AIA vitality ni. So kalau anda tak berminat boleh skip posting ni. Tak yah buang masa. Masa itu emas.

1. Current Level

Level saya sekarang masih BRONZE, sedang menuju SILVER

2. Current Signature Boost Percentage

Saya dah sign up vitality ni since Mac 2018. Tapi 2018, 2019 saya langsung tak aktif so basically signature boost saya rasanya, tinggal 12%

Mac 2018 : 20%
Mac 2019 : 20% – 4% = 16%
Mac 2020 : 16% – 4% = 12%

3. Target agar Vitality Apps FREE

Kos setahun RM120, so saya target nak contra dengan Grab Rewards. Currently since saya baru aktif dalam usaha plan tindakan mencapai matlamat #siri7M, saya baru ada 2 rewards, which mean dah RM20 kat situ.

Saya perlukan lagi 10 rewards untuk contra apps ni.

4. Bila dijangkakan boleh dapat 10 rewards ni agar apps free?

Kena aktif lagi 20 minggu ( 2 subsequent week active = 1 RM10 rewards). So dijangkakan apps ni free menjelang….. 22 Feb 2020. Which is lagi 20 minggu.

5. Berapa hari lagi nak pergi ke March 2021?

March 2021 ni adalah anivessary AIA vitality saya atau reset date. Ada lagi 167 hari. To be specific, 22 March 2021. In term of minggu, ada 23 minggu lagi.

6. Boleh tak rempit naik ke SILVER sebelum March 2021?

Nak naik SILVER pada March 2021, kena ada 2140 points. Rasanya macam boleh.

Rasa macam boleh la bukan nak cakap besar sebab sekarang tidur pun dah macam ok at least sehari 10 point kalau tidur cukup. So 167 hari dah ada 1670 point. Belum tambah dengan point berlari (bersenam) lagi… so ini bukan persoalan dia. Persoalan dia adalah,

7. Boleh tak rempit naik ke PLATINUM sebelum March 2021?

Target Platinum sebab nak dapat 1% agar Signature boost jadi

Mac 2021 : 12% + 1% = 13%

Siall la turun laju je nak naik, makan tahun beb. Ni kira 8 tahun lagi kena aktif ni babi betul. Takpelah. At least ada usaha dari terus barai. Sib baik sedar tahun ni kalau sedar waktu dah tinggal 0%?

Now, kembali persoalan boleh tak nak rempit PLATINUM by March 2021.

Pertama, berapa point nak kena ada ke arah PLATINUM?

Platinum kena ada 30k points. Sekarang 7860, nak kena cari lagi 22,140. Hmmmm… So nak naik PLATINUM kena ada 22,140 point.

8. 22,140 point dalam masa 167 hari. Boleh ke?

Yang ni nak kena buat kira-kira. Kena tackle by category dulu. Ok first, by tidur. Sebab ni paling senang.

Balance boleh pergi adalah 2000 – 1210 = 790. Sehari 10, so lagi 79 hari penuh la score ni. 790 + 7860 = 8650.

Next, seminggu, saya aktif lari, beskal etc, saya boleh collect 400 point. Ni kira minimum la. 2 rest day.

400 points ni adalah hasil dari,
– rabu, lari 30 minit ( 30 min 70% HR)
– jumaat, lari 30 minit ( 30 min 70% HR)
– sabtu, basikal 10 k ( 30 min speed 4km/h)
– ahad, lari 30 minit ( 30 min 70% HR)

Ini screen shot Strava.

So berapa banyak point lagi boleh sakau dari exercise ni? 15k – 4150 = 10850.

Now let say memang seminggu 400 point, lagi 23 minggu boleh dapat 9200. Ini tak lebih 15K lagi. So 9200 + 8650 = 17850. Nak kena cari 12150.

So basically tidur ngan exercise je tak cukup nak pergi 30k, kena buat assessment.

Balance assessment ni banyak, 18.5k – 2.5k = 16 k. Yang nak cuma 12,150 je.

So apa assessment nak kena buat? First, health check. Yang ni 6000 point.

Apa test nak kena buat?

a. BMI, complete +750, cemerlang BMI 18.5 – 24.9, +750
b. Blood pressure, complete +750, cemerlang <120/80 mmHg +750
c. Blood Glucose, complete +750, cemerlang < 7.8 mmol/L
d. Cholesterol, complete +750, cemerlang < 5.2 mmol/L

Basically, check je confirm dapat 3000. Kalau cemerlang semua, +3000.

So, katalah semua tak cemerlang, baru dapat +3000. Maka total terkini, 17850 + 3000, jadi 20850. Nak kena cari lagi 9150.

Saya tengok self assessment yang 6 bulan sekali tu hari tu saya dah buat 18 Aug. So lagi 6 bulan adalah 16 Feb.  So kena masuk dalam calendar ni, nak kena buat assessment. Apa assessment nak kena buat?

a. Stay active, +750
b. Sleep well, +250
c. Eat well, +500
d. Check Health, +1000
e. Reduce Stress, +500

Maka kalau buat ni pada 16 Feb, akan dapat 3000. So 20850 + 3000, baru 23850. Masih tak cukup 6150.

Now, sebagai runner, kita mesti ada masuk racekan? Tapi malangnya musim covid19 ni tade yang organize race. Kalau masuk organised race, boleh dapat +1500. Banyak tu. Kalau setahun masuk 4, situ je dah 6000.

Walaubagaimanapun, walaupun tade race yang fizikal, ada race virtual dan ini adalah organised race. Yang tak pasti adakah kalau kita submit race result virtual ni AIA terima ke tidak.

Saya dah try submit 2 race VR saya sebelum ni yang saya lari hari tu under #siri7M. Setakat ni tade perubahan pada point lagi so tengoklah kalau ada update saya bagitau. Harap AIA terima la sebab ni pun race jugak walaupun VR. Bayar duit ni boh nak beli tiket. Kalau tak dapat 1500 point pun 750 (half) dah OK.

Now, masih tak cukup 6150. Next saya tengok rasa kena buat fitness test. Ni boleh dapat +3000. Masalahnya test ni memang free. Tapi nak buat kena jadi member Fitness First. Siut la ada kos tu.

Ok. Kalau buat fitness test ni, 23850 + 3000 = 26850. Tak cukup lagi 3150. Next kena masuk bab Eat Well. Ada satu consultation ni kalau buat dapat +1500.

So 26850 + 1500, – 28350. Balance 1650 lagi. Mana nak cari? Saya tengok dalam apps ni ada lagi bahagian eat well, atau declare brenti isap rokok, atau pergi check gigi. Tapi macam hari dah petang so tetiba macam dah malas nak tulis panjang ngan buat screen shorty, maka….

9. Boleh dapat tak PLATINUM tahun ni?

Macam BOLEH. Insya allah. Tapi kena buat la semua benda kat atas tadi…. LEGA LA…. ni estimate timeline dia. Harap berjaya.

10. Ni apsal beria nak mampus siap kira estimate bagai ni?

Dik, 20% dari sum insured dik. Bayangkan kalau policy abiang 50 M. 20% berapa? Tu kalau 50 M la cerita orang dah kenyang apa ko ingat abiang level Tg. Zafrul jaga MOF? Tg. Zafrul boleh la 50 M policy… abiangnye kecik je.

But, the point is, tak kisah berapa policy kita yang penting kalau ada peluang boleh increase profit, so kita buat. Sikit2 lama2 jadi bukit. Ni rezeki sikit free tuhan bagi pun kita tanak, macam mana tuhan nak bagi rezeki lagi banyak?

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *