Financial : Pt 1, Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan insurans

Semalam saya ada jumpa kawan lama. Kawan saya ini level religious dia memang tinggi. Well, this is a free country selagi kita tak langgar undang-undang kita boleh pilih untuk jadi apa yang kita nak. Ada perbezaan besar menjadi lebih religious berbanding menjadi lebih spiritual.

Sembang punya sembang ntah macam mana terkeluar cerita bab insurans. Kawan saya meluahkan perasaan kecewa dia terhadap insurans. Ini kerana seperti saya, dia juga seorang businessman. Baginya sekarang adalah insurans memang yahudi. Nama sahaja takaful tapi babi.

Masa zaman sedap, dia boleh bayar insurance tinggi. Dengan harapan menjadikan insurans sebagai satu penyelamat diwaktu malang kelak. Misal kata terkena Critical Ilness, atau TPD ( Total Permanent Disabilities contohnya lumpuh so takleh kerja) atau Death (Mati, balik kampung). So bila dah tak boleh kerja esok at least ada income untuk cover mana yang patut.

Saya juga pernah mengalami hal yang sama macam dia. Ada satu ketika dulu saya bayar insurans sebulan cecah RM2K. Dan sebenarnya, sama juga seperti dia, apabila saya terciduk duduk dalam zaman gelap, saya tak boleh bayar RM2K sebulan ni. So insurans saya lapse. Namun begitu, saya belum sampai tahap macam dia mengatakan yang insurans ini yahudi. Pendapat saya sikit berbeza.

Yang kawan saya katakan insurans adalah yahudi adalah kerana insurans dia ambil itu tak cover masa dia tade business. Dia kata patutnya insurans boleh cover sikit la untuk dia sementara nak build up balik business. Nama pun insurans. Lalu kerana insurans tidak boleh bagi balik duit, so dia decide insurans adalah yahudi. Saya lupa pulak nak tanya dia, biasanya insurans ada cash value. So cash value ni kita boleh keluarkan kalau terdesak. Tapi biasanya cash value ni tak banyaklah.

Now, saya rasa insurans bukan yahudi. Yang yahudi adalah agen yang tak define betul2 apa yang cover apa yang tak. Dan yang yahudi juga adalah kita bila ambil benda tak study. Eh tidak. Yahudi kalau ambil benda saya rasa depa study. Kita melayu. So biasa melayu ambil benda jarang nak study habis. Biasala tu. Saya tahu ni sebab saya melayu. 😀

Insurans ini ada banyak level. Kita mula dari bawah. Take note saya bukan agen insurans ya tapi saya ada kawan atau agen yang jaga saya. So sikit2 tau la. Banyak tak.

First, kita protect kita dari Accident. Ini nama dia PA

Bayar biasanya kecik puluh ringgit, contohnya RM37 sebulan tapi bila kita accident, dia bagi la RM30K, ke RM50 K ke one shot. Ada juga yang cover ambulance la, funeral la, transportation nak pindahkan mayat dari oversea balik Malaysia…. dan macam-macam lagilah. Gitu. Ini paling basic. PA ni maksud dia Personal Accident. Cover kalau kita accident. Biasanya duit yang kita bayar bulan-bulan tu hangus. Tade cash value.

Second, kita protect kita dari Sakit. Ini nama dia Medical Protection. 

Ini yang biasa bagi medical card. So masuk hospital tak pening kepala. Namun kena tahu berapa sikit atau banyak dia cover bilik kat hospital tu etc. Kos treatment dan recovery tu dia cover berapa.

Ada sekali tu masa bini saya balik kedah, anak saya EL ngan Nia demam. Bila pergi KMC, tengok2 demam sebab viral which is bukan demam biasa. Paru2 depa ada infection dengan virus apa kejadah ntah. So kena warded. Duduk kat KMC 5-6 hari last2 bil total RM11K. Nasib baik saya ada insurans untuk budak2 ni kalau tak lega.

Third, kita protect kita dari Critical Illness. Ini nama dia Critical Illness Protection. 

Ada 39 penyakit azab kalau kena memang lega la. Contohnya cancer etc. So penyakit ni menyebabkan kita takleh kerja ke atau kena buang kerja ke atau kita kena buat treatment sampai kita tak kerja ke….

Pengalaman saya tentang ni dulu masa muda saya ngan bini amik insurans takaful. Masa tu bodo lagi kena tipu dengan penunggang agama. Bila tersedar saya mula stop bayar insurans tu. Tapi silap saya, saya tak continue pulak dengan insurans lain. Last2 isteri saya kena sakit SLE. Sejak dari tu tade insurans nak cover dia kecuali insurans dari Allah Ta’ala.

So insurans ni yang cibai masa kita sihat semua boleh. Once kita sakit, semua tak boleh.

4th, adalah Life Protection. Paling besar antara semua.

So ini kalau kita mati. Dia bagi duit untuk family kita nak survive. Premium dia biasa tinggi. Contohnya amik Premium RM 1 M. Bayar RM24K setahun, tapi bayar dalam masa 10 tahun je. Basically bayar RM240K untuk cover kalau mati, anak bini ada RM1 M.

Bini ada RM 1 M, so boleh uruskan anak2 make sure semua dapat education yang elok, dan jadi manusia berguna. Tapi kalau bini kawin lagi, kita sebagai suami yang dah bayar dekat RM240 k tu tapi mati awal, try apply jadi hantu pastu kalau lulus bangun dari kubur pergi jumpa laki tu cekik kote dia.

Lain – lain, Saving & Investment

Yang ni biasa dia sembang alang-alang ko amik insurance tu ada benefit lain cash value which is duit ko simpan la so anak ko nanti nak masuk kolej ada la duit. Biasa Saving & Investment ni dia pair balik dengan Medical, atau Critical atau Life tadi.

Yang ni key dia adalah, kalau kita nak simpan fund untuk anak kita, kita kena simpan dekat tempat yang pulangkan maximum return. So kita kena kira sendiri adakah insurans bagi pulangan yang kita nak. Maksud saya, jangan kelabu mata alang-alang amik insurans pastu nak top up dengan fund anak. Last-last bila anak besar, tak cukup pun fund nak masuk kolej sebab portion saving fund anak tu kecik.

Nasihat saya, kira return tempat kita nak letak tu. Contoh kalau letak kat ASB maybe return 5%. Tapi tade la coverage medical atau life. Kalau letak kat FD, 3%, dah la sikit, coverage medical atau life pun tade. Atau, letak kat Unit Trust, return 18% – 20%. Okla tade coverage tapi return tinggi. Macam tu.

Lain – lain Insurance

Selain dari Insurans yang dia atas tadi ada juga Insurans macam Travel Insurance atau Motor Insurance. Travel ni bila pi travel terjadi sesuatu dia cover. Misalnya ada satu kes sekarang kat Pulau Tioman, couple mat salleh ni datang Tioman vacation, sekali covid, lockdown, takleh balik negara dia, so kos dia duduk kat Tioman dari MCO dulu sampai hari ni insurance cover.

Motor insurance lak kete ngan motor kita la, kalau accident so insurance cover. Takdela kita nak keluar duit nak cover kete rosak tu. Satu lagi contoh motor insurance ni, macam saya bawak motor besar. So dia ada extension nama Bike Warrior. Katalah saya pergi ride ke Nepal, sekali breakdown ke apa ke motor ada problem, so hotel saya, kos saya balik ke Malaysia, insurance cover.

Rumah pun ada insurance jugak. Katala kita. beli rumah RM 1 M. So kena tengok MRTA bank dia cover sampai bila. Bank sekarang babi dia cover cuma 15 tahun sahaja walhal loan 30 tahun. 15 tahun yang dia cover tu adalah cover bunga dia je nampak tak jilake tak jilake bank kalau kita tak tau. So balance lagi 15 tahun dia tak cover. Jadi apa2 misal kata kita mati, dia suh bini kita bayar balance 15 tahun tu on the spot. Babi tak sistem cam ni?

So kita pulak kena amik insurans nak cover 15 tahun balance tu. Instead of bayar rumah RM6 K sebulan, last sekali kita spend untuk rumah bayar RM9K sebulan sebab lebih RM3K tu untuk cover balance 15 tahun. So ada baiknya RM3K daripada bayar ke insurans, bayar ke bank terus so bulanan jadi besar dengan harapan dalam masa 15 tahun bayar tinggi so balance kurang. Kalau jadi apa2 ada duit lain standby untuk offset balance yang tak banyak.

Tapi ni pun kena check dgn bank sebab jangan ingat bayar rumah tinggi dah cover pokok tapi rupanya bayar bunga. Meaning, bayar tinggi untuk habiskan bunga awal, ke jadah. Untung la bank. Sesetengah bank kita kena jumpa, declared saya nak buat settlement awal tahun ni saya nak bayar one shot RM100 k terus so make sure tolak pokok bukan tolak bunga.

Insurance Larian

Yang ni tengok level penganjur. Kadang masa beli tiket tu dia ada offer. Kadang takde. Biasanya yang ni insurance level PA tadi, kut tengah lari kena langgar dengan basikal, so boleh claim.

Keyman Insurance

Ada satu lagi insurans dalam business iaitu Key Man. Key man ni maknanya dia protect company incase owner mati. Protect company juga bermaksud protect shareholder yang lain. Kata la partner kita mati, so kita (company) pulak dapat RM 1 m. Guna dia terpulang pada kita asalkan ada perjanjian antara shareholder. Misal kata, partner mati, so dapat RM 1 M, duit ni guna untuk beli share partner yang mati tu bagi ke bini dia. So win-win, semua orang move on masing2.

Adakah Insurans yahudi?

Setelah saya tulis panjang lebar di atas, maka terpulanglah kepada kita untuk decide sama ada insurans yahudi ke tidak. Sebenarnya kita kena tahu kita amik insurans tu untuk apa. Kalau kita nak amik insurans untuk cover masa kita tade keja, so jumpa agen dan tanya dia ko boleh cover tak camni. Kalau takde, ada tak insurans yang aku simpan duit tapi bila aku nak guna duit, aku boleh withdraw maksimum dalam masa yang sama kalau aku sakit ke apa still cover. Kalau boleh, carry on. Kalau tak boleh, simpan duit kat tempat lain yang bagi return tinggi so kalau tade biz, ada duit boleh guna sementara nak survive.

Kesimpulan dia adalah, jangan ingat dah amik satu insurans boleh cover seluruh hidup kita dan juga keluarga kita. So kena study apa yang anda sign up tu. Esok bila jadi something baru nak menyesal, memang lega. Jangan disebabkan kebodohan kita so kita decide orang lain yahudi.

Oh ya. Tadi saya ada kata yang saya amik insurans RM2K sebulan lepas tu biz teruk tade job, saya tak leh bayar. Adakah hangus duit saya tu? Jawapannya nasib saya masa tu sedikit baik. Saya amik insurans ni nama dia X. Bayar RM2K sebulan last2 value sampai RM70K. Bila sakit takleh bayar. Lapse. Ditakdirkan Allah Ta’ala, insurans X ni bungkus kat Malaysia so agen tu tukar jadi insurans Y. Disebabkan X bungkus dan bank negara ada protect etc, so duit dalam insurans X boleh bawa keluar dan kemudian transfer ke insurans Y. Kira sambung kat tempat lain la.

Bila dah boleh bawak keluar, saya pun tak la bodo sangat masukkan balik ke insurans Y. Biz kita tengah sakit ni bai…. so saya pun PER agen insurans saya, duit RM70 K saya tu saya bagi ke staff saya sebagai VSS gaji 3 bulan setiap sorang. Saya bagitau saya ada ini je duit, lepas ni aku tatau boleh bayar gaji korang ke tidak, so sapa nak 3 bulan gaji, minta sign surat resign, volunteer. Last2 semua staff saya resign. Agen insurans saya lega kena PER.

Saya fikir takpelah saya tak ada RM70K tu at least kalau saya tak boleh makan, saya boleh balik kampung jadi driver mak mertua saya. Dapat makan nasi jadilah. Budak2 yang kerja dengan saya dah bertahun, at least, ada modal 3 bulan gaji pandai2 la korang cari kerja lain. Nak buat macam mana, journey kita sampai sini je. Ada rezeki lain masa kita jumpa balik.

Sometimes membuat keputusan memang sulit dan sukar, esp. bila kita ada banyak mulut yang nak kita tanggung. Tapi alhamdulillah, 7 tahun lepas 2013 tu hari ini semua hidup elok je. Staff saya ada yang buat biz sendiri dan ada yang dah kerja lagi elok dari kerja dengan saya. Basically, namalah insurans apa pun, penyerahan kita kepada Allah ta’ala itulah insurans yang paling power dari semua insurans yang ada di muka bumi.

Tapi bukan bermaksud kita tak yah amik insurans ya………

Last sekali

Saya ingat nak tulis pasal macam mana lari boleh maksimumkan pulangan insurans, sekali mukadimah bapak panjang anjing. Esoklah sambung.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *