Financial : Insurans PA apa paling sesuai untuk runner?

Banyak sangat tulis pasal insurans last week, saya terfikir, sebenarnya insurans PA apa paling sesuai untuk runner?

PA ni adalah Personal Accident.

Now sebelum tu, masih ingat tak lagi sad news on marathoner Evelyn Ang? Boleh google atau tgk screenshot dibawah. R.I.P buat Evelyn.

OK.

So mempunyai insurans PA sebenarnya agak kritikal kepada runner. Ini adalah kerana, most of the time kita berlari, sama ada atas treadmill atau di luar jalan raya. So bila kita lari kat atas jalan raya, yang lain dari kita adalah semua speed dia lebih dari kita iaitu basikal, motor, kereta, van, lori, treler, bas, etc etc.

Dan paling bahaya bagi saya (personally) adalah grab / food panda rider sebab bukan nak cakap apa, benda ni cikgu motor saya sendiri bagitau. Kata beliau, “nowadays one more things u need to be careful (extra) is when there is a grab / foodpanda rider”. Ni bukan saya cakap tapi cikgu motor saya. Cikgu motor saya ni bukan level sekolah memandu tetapi level defensive riding which is class riding expert. Kalau cikgu yang expert pun bagitau benda ni, so kita yang tak berapa nak expert ni kena take note la. Bukan nak cakap apa la biasa kalau saya tengok rider grab / foodpanda ni tangan dia satu je pegang handle motor. Satu lagi tangan dia pegang phone. Patutnya company grab ngan foodpanda bagi rider dia earphone bluetooth so rider tak yah nak tgk phone. Nak harap rider beli? Kalau dia boleh beli earphone bluetooth tu dia tak jadi rider la.

Now, harap kita semua dijauhkan dari xcident bagai.

Sambung balik.

So kesimpulan dia, bila kita lari kat luar sana, kita basically terdedah kepada bahaya yang tidak kita jangka. Kalau lari kita boleh lari opposite direction jalan which is kita lari nampak kat depan apa yang nak datang. Malang tak berbau, ada sela masa boleh responds misal kata kita lompat masuk dalam longkang ke bila nampak motor hilang kawalan menuju ke kita. Itu kalau lari la.

Tapi kalau kita lari pastu dah mula bawak basikal, mana boleh kita nak opposite jalan. So kita mesti ikut jalan yang betul macam orang lain bawak motor. Masalah bawak motor ngan bawak basikal (which is dua-dua ni saya buat sekarang) adalah basikal tade side mirror. Motor ada. Motor pulak, kalau rasa cam seram benda ada kat belakang, kita boleh speed lagi laju tinggalkan benda seram tu, manakala, basikal tak berapa nak speed kita sebab biasa benda yang seram kat belakang kita tu confirm lagi laju dari kita.

Makanya disini, sebenarnya insurans PA, level dia adalah wajib kepada kita yang kuat berlari atau main beskal kat luar sana.

Kalau jadi apa2, at least ada la nak cover apa yang patut.

So ini adalah posting untuk kesedaran betapa insurans PA itu sangat perlu bagi kita. Kalau kita malang tak berbau kena langgar mati on the spot, at least, keluarga yang kita tinggalkan tu ada something paling tidak pun kos nak menguruskan jenazah kita. Tade la mati pun menyusahkan orang… dah la hidup pun menyusahkan orang….

Ok. Personally saya tade PA insurans pun yang saya ada medical, life. So saya akan kaji apa insurans yang paling baik untuk saya subscribe. Dah habis kaji nanti saya update.

Akhir kata, sebelum tutup tulisan ni, marilah sama2 kita berdoa agar kita semua dijauhkan dari kemalangan jalanraya, tak kira tengah bawak keta ke, ride motor ke, lari ke, naik basikal ke, apa ke. Semoga kita semua dilindungi dan dipelihara sentiasa. AMIN

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *