iPhone masuk air, jadi red screen

11193039_1597156310568699_184724899_n

1. Ok, so iPhone saya masuk air sungai masa larian haritu. Dia padam terus. Bila saya cuba restart, dia keluar logo apple, then dia jadi red screen. Then dia shut down sendiri, dan dia restart sendiri balik. Dia loop macam ni sampai magrib.

2. Saya off, saya on balik, hal yang sama berlaku.

3. Saya baca kat internet maka ini yang saya buat hingga iPhone saya hidup balik.

4. Pertama, saya rendam iPhone dalam guni beras agar semua air dan wap air dalam iPhone kering sekeringnya. Didapati guni beras ini agak “panas”.

5. Setelah 3 hari, saya cuba on balik namun apa yang berlaku adalah masih lagi on, apple logo, red screen, loop.

6. So saya cucuk cable ke Macbook, then buka iTunes, restore factory setting.

7. Bila dah selesai, saya nak buat backup balik dari yang lama, tapi malangnya saya tak pernah buat backup lagi rupanya dan saya pun dah pakai Macbook baru sebab Macbook Air saya rosak dan tak hantar2 lagi ke Mac Centre kat Midvalley tu. Alah, kat sebelah Midvaley tu.

8. So, kiranya iPhone saya macam baru lepas keluar kedai walhal baru lepas keluar sungai.

MORAL OF THE DAY

1. Buat backup.

2. Bila lari ada nak kena masuk sungai, make sure balut iPhone dengan plastik.

maxresdefault
Gambar dari internet





_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_