Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 2

Ok. Ini update tentang projek nak beli jam baru saya dengan teknik masa vs crypto currency. Seperti yang dah baca posting sebelum ini, ini adalah update terkini.

Pada 23 May yang lalu, saya telah membeli 1.42 ETH bersamaan dengan USD232.45. Kalau tukar pada MYR, nilai dia adalah RM999.53 ( x 4.3 ). Ini screenshot dari wallet saya. Kira modal saya adalah RM1000 la untuk project ni. Ini screenshot dia.

Screen Shot 2017-06-01 at 9.33.35 PM

Masa saya beli ni, harga Ethereum di pasaran adalah USD169.49 atau bersamaan dengan RM728.80. ( x 4.3 )

Screen Shot 2017-06-01 at 9.18.40 PM
So dari 23 May hingga ke hari ini, 1 June 2017, saya dapati harga Ether melonjak luak, kalau ikut harga semasa, hari ini 1 ETH = USD228.64

Screen Shot 2017-06-01 at 9.22.09 PM
Basically ada kenaikan sebanyak USD59.15 dalam masa errr 7 hari? Dem!!!

Masa saya tulis artikel yang pertama hari itu, kami (saya dan John Zulazri, schoolmate shahpekan cum roomate mmu cum biz partner) meramalkan yang 1 Ether akan pergi USD 100 pada Jan 2018. Manakala USD 200 pada Jan 2019. Masa saya tulis artikel tersebut,1 ETH = USD85.

Nampaknya ramalan kami benar-benar meleset gila babeng tak hingat dunia punya. 2 tahun punya ramalan, berlaku dalam masa 7 hari. Jauh tersasar. Nampak sangat bomoh yang kami pakai ni sama ada rabun, atau buse (buta sebelah).

Tapi yang bagusnya pula adalah, modal nak beli jam Suunto baru saya tu dulu cuma RM1000. Hari ini, modal ini dah bertambah jadi RM 1403.34. ( lepas x 4.3 ). Nilai 1.42 ETH saya hari ini adalah USD326.36.

Sekarang saya tengah berdebar. Kalau macam ni punya laju Ether pergi, silap haribulan hujung tahun ni Suunto Ambit 2 Sapphire saya masuk muzium larian negara. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa……………

Anyway please take note that crypto currency ada risk tersendiri. So sebelum nak menceburkan diri, sila study dengan teliti. Saya pernah hilang BTC sebab main cuba ikut suka tak study betul2.

Anyway, ini ada video pasal Suunto Spartan Wrist HR. Buat motivasi.

 


Langkah seterusnya

Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 2
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 3
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 4

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *