Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 3

Sebab bulan puasa tak ada aktiviti larian, so blog pun macam lemau nak update. Tapi hari ni macam ada benda nak share dan tulis.

Projek beli jam saya nampaknya telah berjaya. Sebelum apa-apa, ini screenshot dari wallet saya untuk value 1.42 Ethereum yang saya beli 23 May dahulu. Rujuk bahagian NOW untuk lihat value semasa 1.42 Eth.

Screen Shot 2017-06-18 at 1.45.06 AM

Masa beli, USD232.45 (RM994.07) dimana 1 ETH = USD169.49, sekarang, dah naik sampai USD532.58 (RM2277.58) dimana 1 ETH = USD373.36. Kenaikan Ethereum dalam masa 25 hari adalah sebanyak USD203.87 atau 129%.

Harga jam Suunto Spartan Sport Wrist HR yang saya target itu adalah USD499. So kalau malam ni saya withdraw USD532.58 ni besok mana nak pergi beli baju raya, ada orang dapat jam raya larian sekali. #mukaadasinyum.

Kiranya, menggunakan teknik ini, saya boleh beli jam Suunto tu dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM1000 sahaja dan selebihnya, dibayar oleh kenaikan harga Ethereum.

Tiba-tiba saya rasa tamak. Dan rasa nak untung besar. Walaupun bulan puasa ustadz cakap syaitan kena ikat, tapi sifat tamak dalam diri nampaknya tak boleh dikikis dengan hanya menahan lapar dan dahaga.

Saya tanak beli jam ni lagi sebab jam saya sekarang masih elok lagi. Walaupun tamak, tidak bermakna saya mahu bersahabat dengan syaitan. Saya nak tunggu Ethereum naik lagi dan saya nak tengok instead of beli dengan modal RM1000, saya nak beli jam ni dengan percuma. Yelah. Nak dapat sponsor Suunto tak tau bila… 😀

Teori dia :

1. Modal 1.42 Eth = USD232.45
2. Tunggu Ethereum naik sampai 1 Eth = USD516,
3. Maka USD516 x 1.42 = USD732.72
4. Agar USD732.72 – USD232.45 (modal)  = USD500.27
5. Lalu, USD500.27 – USD499 = USD1.27 = Dapat beli jam.

So projek beli jam dengan harga yang lebih murah bersambung…… cumanya kali ni, tukar nama sikit. Projek beli jam dengan harga percuma.

***

Seperti biasa, ini video inspirasi En. Kilian Jornet mendaki Everest dari Base Camp 20 May hari tu. Semoga terinspirassssied.

.


Langkah seterusnya

Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 2
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 3
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 4

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *