Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 4

Kalau anda biasa men investment anda akan tahu bahawa langit tak semestinya sentiasa cerah untuk kita keluar pergi jogging. Adakalanya hujan turun yang nampak macam rahmat, tapi sebenarnya membasahi pipi.

Posting sebelum ni saya ada tulis dimana projek beli jam saya dah berjaya dah pun. Maksudnya, bermodalkan RM1000, saya dah boleh beli jam Suunto yang harga dia USD499. Tapi sebabkan saya tamak haloba, saya nak beli dengan cara percuma, so saya tunggu.

Kesan dia, ha ni saya nak cerita. Bagus juga hal ni berlaku maka ia akan beri kita idea bagaimana cryptocurrency ni berjalan.

Baru-baru ni almost semua cryptocurrency harga dia turun. Ada banyak faktor. Tapi melalui pembacaan saya, sebenarnya harga dia tak turun. Tapi harga dia menjadi stabil. Kira, waktu dia naik dulu tu, sebab dia tengah gila. La ni dia stabil balik dan akan tunggu masa sikit untuk naik ke aras baru pulak.

Kalau anda baca posting sebelum ni Pt3, anda akan dapati yang nilai 1.42 ETH saya dah naik sampai USD532.58. Manakala hari ini saya check, nilai dia turun kepada USD380.44. Last time tu 1 ETH = USD373.36, manakala hari ni,  1 ETH = USD266.61. Berikut ni comparison untuk lebih jelas. Mula-mula beli dulu :

Screen Shot 2017-06-01 at 9.33.35 PM

Then masa senyum harga ETH naik, :

Screen Shot 2017-06-18 at 1.45.06 AM

Hari ni turun balik :

Screen Shot 2017-07-05 at 5.50.03 PM

Basically, ada perubahan harga naik turun so sekarang saya kena tunggu balik ETH naik dan decide sama ada nak beli masa dia naik sampai USD499 atau tunggu lagi sampai saya boleh beli free.

Dibawah ini saya rumuskan stages nak beli jam cara murah ni dengan ETH ikut stage supaya kita faham kita dah kat stage mana.

Stage 1 : Beli ETH dengan modal / capital kecil dan nilai ETH kurang dari harga jam
Stage 2 : Tunggu harga ETH naik sampai semua nilai ETH yang kita beli = harga jam
Stage 3 : Tunggu harga ETH naik lagi, sampai semua nilai ETH yang kita beli = harga jam + modal
Stage 4 : Tunggu harga ETH naik lagi tinggi, sampai semua nilai ETH yang kita beli = harga jam x 2 + modal

So sekarang saya dah sampai stage 2 hari tu tapi dah turun balik stage 1. Eksperimen ini masih berjalan dan target saya sebenarnya nak pergi stage 4 sementara jam saya tak rosak lagi.

39a09e3fb76fe7f7ca2a9eb73f86d089--quotes-about-risk-taking-quotes-about-losing

 


Langkah seterusnya

Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 2
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 3
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 4

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *