Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah

Tak kira Suunto atau Garmin atau apa jua jam larian idaman kita semua, certain level of jam tu harga dia memang rasa nak terberak. Lebih-lebih lagi zaman ekonomi macam syaitan. Saya terfikir, adatak cara yang paling menjimatkan untuk beli jam baru yang harga dia gila itu?

Ini semua dapat ilham semalam bila Suunto saya mula buat hal tanak sync dengan Strava dengan cara yang cepat. Lari 5 KM tapi masuk hanya 3.8 KM. Memang betul, setelah saya siasat, ia adalah berpunca dari saya tak update firmware Suunto saya itu. My mistake.

Tapi ada satu lagi masalah dengan Suunto saya sebenarnya. Jam yang dah nak masuk 4 tahun ini mula ada masalah masa nak sync dengan Movecount. Dia semakin manja, sebab tiap kali nak sync, nak kena pegang kabel dia picit sikit.

Bila saya perati kat belakang Suunto Ambit 2 Sapphire saya ni, saya dapati bulat-bulat besi yang menjadi connector kepada cable yang menghantar data, dah tak sama tinggi. Ibarat orang tua yang gigi dia dah tak sama, itulah feel dia yang saya rasa bila saya sentuh bulat-bulat besi connector ini.

IMG_4068_thumb
Gambar internet, rujuk pada besi bulat yang 4 tu

Bukan setakat besi bulat ini sahaja, tapi, bulat pada cable USB jam saya juga dah agak rongak. Dibawah ini adalah gambar cable USB Suunto yang saya ambil dari internet. Tengok gigi kuning dia yang bulat tu. Lama-lama kalau tak jaga dia akan pendek, tercucuk ke dalam.

suunto-ambit2-sapphire-cable-500x500
Now. Alhamdulillah, Suunto saya masih lagi OK dan masih lagi berjasa dan berfungsi dengan baik. So far saya pakai 4 tahun ni ada masalah langsung dan hanya sekali sahaja mengecewakan saya masa di Tokyo hari tu dia gila, tak boleh detect speed larian saya. Tapi saya maafkan sebab bukan jam Suunto saya sahaja, sebab saya dengar yang pakai jam lain pun ada masalah yang sama which is masih misteri dan tak tahu kenapa. Ramai pulak tu.

Anyway, berbalik kepada posting ini. Macam mana nak beli jam dengan harga yang murah. Ok. Ini adalah step-step dia. Sebelum tu, please take note that cara ini memakan masa yang lama dan panjang, which is saya sendiri tak tahu bila. Mungkin 6 bulan. Mungkin 1 tahun. Mungkin 2 tahun. So cara ini bermain dengan nasib which is anda kena ambil risiko.

Pertama. Decide jam apa yang anda nak beli.

Macam saya, memang dalam hati dah lama teringin nak sambar itu Suunto Spartan. Tapi bila fikir yang Suunto Spartan ni masih lagi kena pakai HR Belt dekat buah dada, so saya macam rilek tunggu dulu. Sekali tiba-tiba, Suunto announce yang dia dah keluarkan model Suunto Spartan HR Wrist. Heart rate dia di tangan. Ini gambar dia. Meleleh kan?

ss022662000-suunto-spartan-sport-wrist-hr-all-black-perspective_view_tr_running_basic_g_hr-01-1 ss022662000-suunto-spartan-sport-wrist-hr-all-black-rear_perspective_view-01-1
Kedua, berapa harga jam tersebut?

Now, dah tau nak beli jam apa, sekarang mari tengok berapa harga dia. Saya rasa mau RM3999 ni. Tapi takpe. Kita tengok berapa harga sebenar dia.

Harga dari web official Suunto adalah USD499. Convert ke Malaysia, jadi RM2164.96. Ini direct convert. Tak ada cukai apa. Meh tengok pulak kat Malaysia berapa harga dia. Ini harga dari Adtime. RM2249.

Screen Shot 2017-05-14 at 12.26.53 AM
Jap. Hari tu saya ingat harga dia dekat 4 ribu. Baik saya check balik. Ohhh. Patutlah. Itu Suunto Spartan Ultra. Patutlah muka dia lain sikit. Spartan Ultra lagi minimalist. Muka dia flat tak ada lekuk. Manakala Spartan Sport ada lengkuk sikit.

Saya ingat harga dia beza dekat seribu lebih ni satu sebab yang ni ada HR Belt. Maybe.

Screen Shot 2017-05-14 at 12.28.05 AM

Ok, tak kisah la mana-mana. Kita target letak harga paling maksimum la. Esok time nak beli kalau nak beli yang murah sikit pun ok sebab duit dah ada. So bajet nak kena ada adalah RM3500.

Ketiga, pilih instrument investment untuk beli jam ini.

Saya ada duit sikit dalam RM1000. Duit ni saya amik dari travel fund saya yang saya baru simpan balik. So, kalau guna ASB, akan dapat 7% la katakan (based on performance last year). Kalau simpan sekarang, roughly,

Jan 2018 : RM1000 + 7% = RM1070.00
Jan 2019 : RM1070 + 7% = RM1144.90
Jan 2020 : RM1144.90 + 7% = RM1225
Jan 2021 ,

Ah… kalau macam gini sampai bila nak cukup RM3500 kalau modal RM1000 guna ASB. Silap hari bulan tahun 2021 dah keluar Suunto Spartan Ultraman.

OK. Saja je cite pasal ASB. Dah tau pun. Method yang saya nak guna ini adalah menggunakan crytocurrency dan selepas saya kaji-kaji, saya nak guna Ethereum untuk beli jam ni.

Keempat, kenapa pilih Ethereum?

Bitcoin hari ini dah dekat RM7000 lebih untuk 1 BTC. Ini screenshot harga Bitcoin dari google.

Screen Shot 2017-05-14 at 12.39.09 AM

Manakala Ethereum pula, 1 Ethereum bersamaan dengan RM385.63.

Screen Shot 2017-05-14 at 12.42.44 AM

Kenapa pilih Ethereum tapi bukan BTC? Melalui diskusi saya dengan kawan saya, kami merasakan yang harga Ethereum akan mendadak dangdut dalam masa setahun dua ini.

Sekarang harga Ethereum dengan USD adalah 1 Ethereum = USD85. Kami predict yang harga Ethereum adalah seperti berikut :

Jan 2018 : 1 Ethereum = USD 100
Jan 2019 : 1 Ethereum = USD 200
Jan 2020 : 1 Ethereum = USD 400

Take note that ini adalah ramalan semata berdasarkan sembang kedai kopi. Jangan percaya bulat-bulat, sila kaji sendiri.

Kelima, kiraan matematik Ethereum

Kalau sekarang beli Ether dengan modal RM1000, kita akan dapat berapa? So ini kiraan dia.

RM1000, beli Bitcoin dulu, sebab tak ada cara lagi saya jumpa di Malaysia beli Ethereum straight forward. RM1000, dapat lebih kurang 0.13 BTC.

Daripada BTC ni, beli pulak Ethereum. Basically boleh dapat, 2.563 Ether.

So. kalau ikut prediction :

Jan 2018 : 1 Ethereum = USD 100 > dengan 2.563 Ether, value dia adalah USD256 / RM1,127
Jan 2019 : 1 Ethereum = USD 200 > dengan 2.563 Ether, value dia adalah USD512 / RM2,255
Jan 2020 : 1 Ethereum = USD 400 > dengan 2.563 Ether, value dia adalah USD1025 / RM4,510

Basically kalau ikut ramalan ni, hanya boleh beli jam baru pada tahun 2020. Lagi 3 tahun saya rasa akan keluar Suunto Spartan lain pulak yang lagi update.

Kesimpulan

1. Kalau nak beli dengan cepat, tanak tunggu 3 tahun, so modal dia tak boleh RM1000. Modal dia kena, RM200. Sebab,

RM2000 akan dapat 0.27 BTC akan dapat 5.351 Ether dimana, value Ether ini akan mencecah :

Jan 2018 : 1 Ethereum = USD 100 > dengan 5.351 Ether, value dia adalah USD535 / RM2354
June 2018 :  1 Ethereum = USD 150 > dengan 5.351 Ether, value dia adalah USD802 / RM3531

So dalam masa lagi satu tahun, boleh beli jam yang harga dia RM3500. Modal RM2000, dapat RM1500 free.

2. Namun kalau harga Ethereum naik lagi menggila, ada kemungkinan lagi cepat boleh beli jam ini. Untuk pedoman, ini graph harga Ether, 

Screen Shot 2017-05-14 at 1.06.09 AM

3. Tapi saya hanya ada RM1000 sahaja? Takpe. Saya tukar dulu RM1000 ni jadi Ether, then bila saya ada lagi RM1000, saya tambah Ether saya. Cumanya, risiko dia adalah sama ada masa tu akan dapat Ether lagi sikit (kalau harga Ether makin naik) atau akan dapat Ether lagi banyak (kalau harga Ether makin turun).

ON SECOND THOUGHT

Saja, kasi puas hati. Kenapa tanak beli Bitcoin dan tunggu Bitcoin makin naik, instead of beli Ether?

Bitcoin harga dia sekarang memang tengah mencanak-canak. 1 BTC dah dekat RM7000 lebih. Dulu masa saya mula-mula main cryptocurrency ni, harga 1 BTC = RM1800.

Kalau ikut prediction, harga Bitcoin akan lagi gila naik sampai 1 BTC = USD2000. Sekarang 1 BTC = USD1731.

So anda boleh buat kira-kira yang sama konsep dia macam yang saya dah tunjukkan.

LEVERAGE CONCEPT

Orang kata bila main dengan masayang panjang ni kalau kita bet pada kuda yang salah, kita rugi. Means, dalam cara saya ni, saya bet pada Ether sahaja. So kalau nak leverage, bermodalkan RM1000, beli RM500 Bitcoin dan RM500 Ether.

Kalau dua-dua naik, muka ada sinyum. Kalau salah satu jatuh teruk, at least ada satu lagi yang makin naik.

Apapun, ini hanyalah sharing sahaja. RISIKO SILA TANGGUNG SENDIRI. KALAU TAK PERNAH TAHU PASAL CRYPTO CURRENCY, SILA BUAT KAJIAN SENDIRI.

Sekadar perkongsian kerana anda adalah runner, dan saya juga runner, dimana kita sama-sama pernah terfikir, macam mana aku nak jadi runner fulltime tak payah kerja? Ini MUNGKIN salah satu jalan.

Pada tahun 2009, first Bitcoin transaction berlaku. Setahun selepas itu pada Aug 2010, harga 1 Bitcoin = USD0.074 atau RM0.32. Untuk makluman anda, ada orang Malaysia yang membeli 2000 BTC dulu dan hari ini orang itu sudah financial freedom sebab dengan harga BTC hari ini, dia dah ada RM14 juta.

Ether, adalah peluang kedua bagi yang terlepas.

***

Basically ini adalah bukan posting untuk beli jam sangat sebenarnya. Buat yang dah tanak kerja dan mahu meneruskan hidup dengan passion, mengambil risiko ada stagesnya. Crypto Currency mungkin stages seterusnya.

 


Langkah seterusnya

Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 2
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 3
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 4

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *