Jam : Ciri-ciri Jam Larian Pt 1

Ada banyak jam larian di luar sana. Terus terang saya katakan, saya cuma ada 1 jam larian iaitu Suunto Ambit 2 Saphire + Heart Rate Belt. Saya pernah tengok Suunto Ambit 3 adik ipar saya, dan isteri saya pakai Suunto M5. Lain dari brand ini, saya tak pernah tengok secara betul, kecuali di Youtube.

Walaubagaimana pun, jika di tanya kepada saya, apakah ciri-ciri jam larian yang perlu diketahui, ini adalah pendapat saya.

1. Ketahanan Bateri
Saya rasa ini yang paling penting. Sebab dia, kita beli jam sebab nak rekod larian. So kalau bateri tak tahan lama, macam mana nak rekod? Jam canggih gila pun tak guna. So mengetahui berapa lama sesebuah jam larian itu dapat bertahan adalah sangat kritikal.

Dan, jangan pula estimate bateri itu cuma tahan untuk race 10 K atau 21 K. Sebaliknya, bolehkah jam itu bertahan untuk race 100K? Sebab kita tak tahu maybe kita satu hari nanti akan ada peluang untuk lari 100K. So kalau invest dari sekarang untuk ketahanan sampai 100K, lagi bagus.

So berapa maximum time untuk finish race 100 K? 36 jam.

Tapi kalau memang tak pernah nak terfikir untuk lari 100 K, dan cuma mahu lari paling jauh 42K, maka kena cari jam yang ketahanan dia sekurang-kurangnya paling bongok 10 jam. Kenapa sampai 10 jam?

Pertama, kita bukan elite runners. Kita juga bukan professional runners. Kita runner by heart. Katakan kita habis FM tu 8 jam. Ini berdasarkan masa maksimum untuk finishing Bali Marathon hari tu. Tambahkan lagi 2 jam untuk sebelum sampai ke race. Walaupun tak guna GPS, manalah tahu tiba-tiba nak dijadikan cerita tak best, jam habis bateri?

Ambil kira juga ketahanan bateri itu untuk tempoh kalau GPS sentiasa on sebab biasanya kalau tak on GPS, jam tahan lagi lama.

Contoh :
Suunto Ambit 3 Peak Sapphire >30h battery with 5 sec-GPS accuracy (1 min-accuracy: 200h)
Suunto Spartan Ultra > Battery life of 26h with Power Save 1sec GPS fix rate delivering good GPS accuracy
Garmin Fenix 3 HR > 40 hours in UltraTrac™ battery saver mode, 16 hours in GPS mode
Garmin Forerunner® 735XT > Up to 24 hours in UltraTrac mode without optical HR; up to 14 hours in activity mode with GPS and optical HR

Tengok juga jam tu kadang-kadang ada tak setting untuk interval GPS. Kalau interval dia 1 saat memang la makan bateri gila-gila. So boleh set maybe 5 saat ke, 10 saat ke…. 30 saat ke.

2. Saiz Jam
Biasanya jam larian memang size dia agak besar berbanding jam kahwin. Dah la besar, tebal pulak tu. Ada sebab. Sebabnya ada kaitan dengan yang atas tadi. Bateri. So bateri dia memang besar. Selagi tak ada teknologi jam larian auto charge sambil lari ( which is Seiko dah ada dah Seiko Kinetic tapi bukan untuk lari) makanya jam-jam larian memang saiz bagak.

Maksudnya disini, kalau anda nak cari jam larian size kecik, lupakan. Kalau size dia tu kecik, mesti bateri dia tak berapa nak fighter.

So jangan risau atau pelik bila pakai jam larian terasa macam pakai jam dinding kat tangan.

3. GUI / Graphical User Interface > Content Data
Masa nak lari, bagi saya ada 5 benda yang paling penting saya nak tengok.

a. Current Pace – Nak tau sekarang tengah lari laju ke slow
b. Distance dah lari – Nak tau berapa jauh lagi nak sampai finishing
c. Average Pace – Nak tau adakah berada dalam target pace larian atau tak atau dah lambat
d. Berapa minit / jam dah lari – Nak tengok timing larian
e. Average Heart Rate – Nak agak supaya jantung tak meletup. Mmmm tak. Nak tengok jangan sampai lari level anaerobic iaitu lebih 80% dari heart rate

So, kena check kat jam tu sama ada GUI atau interface dia boleh customise ikut yang kita nak, means, kita boleh susun mana jadi highlight mana nak duduk bawah ke atas. Sebabnya kadang-kadang kita masa race nak tengok average pace yang besar dan maybe distance lari tu dah nak jadi kecik.

Atau kalau tak boleh customise pun adakah semua ini ada dalam satu screen. Kalau suka serabut mata boleh letak dalam satu screen. Kalau takde dalam satu screen pun, at least ada mode dia boleh next page and next page.

So masa nak beli tu kena test dan tanya. Sebabnya jangan terpedaya dengan gambar sebab kadang-kadang tu mungkin setting customise orang lain.

4. GUI / Graphical User Interface > Content Appearance
Ini adalah macam mana susunan data tadi duduk dalam jam. Pakai font apa. Besar ke, kecik ke. Font terlampau kurus sampai susah nak baca ke. Banyak sangat color pada font ke. Susunan font dalam screen. Serabut ke. Minimalist ke.

Kalau ikut rules interface, dalam satu karya tu, dia tak boleh ada banyak font sangat. Maximum pun 2 je. Masuk 3 dah selamat hari raya maaf zahir batin. Atau, assalamualaikum selamat pagi saya doakan awak sejahtera etc.

Semua ni penting sebab anda sedang lari. So kalau tengah lari biasa kita tak ada masa sangat nak tengok beria. Kita tengok sekali imbas je. Bagi saya yang penting susunan data tu kemas. Tak serabut. Saya rela tekan next page untuk tengok benda lain kalau perlu. Kalau semua nak duduk dalam satu screen, pening tu.

Terlalu banyak warna pun macam tension jugak. Saya tengok Suunto Spartan tu dah macam ada kuih raya dalam jam. Harap ada mode hitam putih. Tapi kadang tengok gambar dengan tengok real ni lain.

Oh ya. Ambil kira juga rupa bentuk keliling jam. Ini ikut personal preference la. Kalau suka fancy ok la. Suka cam ada roda impian kat border jam tu takpe. Kalau tak suka fancy, cari yang slim je line tepi dia. Sleek.

5. Tali Jam
Yang ni nampak cam tak penting tapi penting sebenarnya. Nak-nak bila berpeluh. Kalau tak berpeluh tahan lagi. So tengok sama ada strap dia lembut ke, keras ke, feel getah murah ke.

Kadang-kadang tali jam keras sangat memang tahan lama bertahun tak putus tapi bila pakai gatal tangan. Kadang-kadang tali jam lembut sangat best pakai tak tahan lama pulak. 2 – 3 tahun dah kena beli tali baru.

Well, adat la…. kalau semua perfect nanti kita panggil tuhan jam pulak.

Suunto : Tali jam putus

6. Ketepatan GPS
Yang ni pun kena tau jugak. Ada jam GPS plotting dia tak berapa nak tepat. Dia macam sway jauh ntah kemana bila dalam peta. Cam tiba-tiba jadi garis straight pergi ntah kemana then datang balik. Cam gila.

Ada yang cantik gila so ngam-ngam plotting atas route yang kita lari.

Ada pulak masalah dimana plotting dia cam terkeluar dari jalan sikit sampai kita tengok tu pelik. Aku ada lari dalam longkang ke tadi?

fenix3

Based on Suunto Ambit 2 yang saya pakai, lepas saya setting balik ikut setting tertentu baru line dia OK. Kalau tak macam pembaris. Rupanya saya salah setting.

Jam : Kenapa line larian Suunto straight macam lari pakai pembaris
Jam : Kenapa line larian Suunto straight macam lari pakai pembaris Pt 2

7. Heart Rate Belt
Ok. Ini kalau nak beli jam yang siap boleh detect kadar degupan jantung. Tengok jenis. Ada yang strap kat dada macam Suunto punya. Keburukan dia bila lari rasa macam pakai bra. Bila dah bertahun pakai strap yang sama, rasa macam lari pakai bra londeh.

suunto-dual-comfort-heart-rate-belt-ev169903-9999-1

Ada pulak jam yang tak ada Heart Rate Belt tapi dia terus kat belakang jam, means detect nadi kat tangan. So kebaikkan dia lari tak ada rasa macam pakai bra. Tapi keburukkan dia orang cakap tak berapa tepat sebab dia amik nadi kat tangan. Masalahnya tangan kita berhayun masa lari. So itu yang kadang kala macam tak tepat. Of courselah, mestilah yang kat dada lagi tepat sebab situ main engine kita.

f4pvowevh8yukdrcfyxf

So kalau perfectionist sangat pasal jantung cari yang strap dada. Kalau boleh compromise, yang kat tangan pun ok.

Saya sambung lagi nanti sebab saya nak tengok Hulu. Bye

7827-46cf33adccaff7dad97eca23a9aeae4a-1449505274-9vsp-column-width-inline

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *