Semalam sembang nak lari pagi. Last sekali pagi tadi dah bangun dah tapinya mak aiiii … air cond sejuk. Hari macam hujan-hujan ayam. Comforter tebal. Tilam pun memang empuk siap matress pad. Bantal pulak bulu itik punya lembut… last-last .. HARAM.
So saya ambil keputusan untuk lari malam ni untuk testing jam Suunto lepas saya reset GPS setting pada jam dan pada Movescount semalam. Ini hasilnya.
Zoom sikit.
Compare dengan yang hari tu, memang banyak improvement line GPS dia. Takde la straight line macam pembaris. Line lebih halus dan lengkuknya mengiurkan berbanding sebelum ini yang lurus takde seni :
Satu lagi saya perasan, bila GPS mapping dia tepat, KM yang dia track pun lebih tepat. Of courselah, kalau kita ambil benang dan ukur atas route yang dia rekod tu mestilah yang lebih tepat lebih panjang.
Selain daripada itu, saya ada juga test nak tengok GPS dia dapat detect tak kalau kita masuk bangunan. So masa lari tu saya ada singgah 7-11 beli rokok. So ini zoom map dia. Nampak macam GPS dia gila kejap jadi balik straight line.
Saya rasa saya masuk 7-11 tu tak lah jauh mana sampai kaunter je kut dan saya tak buat pusingan pun dalam 7-11 tu. So kesimpulannya Suunto bila masuk dalam bangunan dia cam tak berapa tepat dan detect route.
Anyway, bila sync dengan Strava, ini hasilnya. Ohh indah sungguh garismu.
So kesimpulannya, masalah ini settle. Baru cam nak pergi kedai usha Ambit 3. Eh jangan. Simpan duit simpan duit…