Jam : Kenapa line larian Suunto straight macam lari pakai pembaris

Ya. Ini adalah masalah yang saya sedang cuba cari penyelesaiannya. Saya dapati yang tracking GPS daripada Suunto Ambit 2 HR Sapphire saya melukiskan garis-garis mudah simplified, lurus macam lari pakai pembaris.

Adakah ini faktor #sirijalanlurus dalam hidup saya?

Ini screenshot larian yang baru-baru ini diambil terus dari Movescount :
Screen Shot 2016-01-17 at 11.32.31 PM
Bila saya eksport masuk dalam Strava, sama je jadinya.
Screen Shot 2016-01-17 at 11.34.20 PM

So saya ada buat google sikit, ini yang saya jumpa.

Screen Shot 2016-01-17 at 11.38.28 PM

Ini langkah dia.

1. Amik jam Suunto
2. Picit butang atas kiri dan kanan serentak
3. Screen akan keluar radius bulatan dan tunggu sampai radius ni penuh satu bulatan
4. Sekarang dah masuk dalam mode baru, select Action > GPS Reset
5. Enter, kemudian tunggu jam reset sendiri.

Saya juga ada jumpa video ini di Youtube.

Ini yang nak kena dibetulkan. Sebelum ni setting GPS saya OK.

Screen Shot 2016-01-17 at 11.47.53 PM

OK, saya dah buat dua-dua. Jam dah reset, apps pun dah check the best. Esok saya pagi saya test pergi lari tengok settle ke tidak. Esok pagi? Hmmm ye la tuh.

Kongsi di :