Jam : Kenapa nak pakai jam larian

Semalam lepas post posting Suunto Spartan vs Fenix Garmin tu saya macam tak boleh tidur. Hati saya bising suruh buat satu lagi posting yang lebih elok, iaitu posting tentang ciri-ciri jam larian. Hati saya kata, bukan semua orang nak pakai Suunto Spartan mahupun Fenix Garmin 3. So instead of focus pada 2 jenis jam, lebih baik fokus pada apa ciri-ciri jam larian yang perlu runner tahu. So bila dah tahu ciri-ciri tu, tak kisahlah jam jenis apa nak beli asalkan runner tahu ciri-ciri yang dia perlu dan tak perlu.

OK. First sekali, anda kena tanya diri anda. KENAPA anda nak beli jam larian? Kalau anda tak tahu kenapa, dibawah ini saya senaraikan sebab musabab kemungkinan anda nak beli jam larian.

1. Mungkin kita dah mula malas lari bawak handphone
Handphone ada apps larian macam Runkeeper atau Strava. Ada banyak lagi yang lain. 2 ini je yang saya pernah guna dan sekarang saya hanya fokus Strava. Itu pun dari jam, bukan dari apps sebab sekarang saya lari jarang bawa phone.

Apps : Running Apps

So nak lari bawak phone ni masalahnya kena ada strap lengan tu. Kalau pakai strap lengan tu kalau tak berpeluh sangat takpe. Tapi bila dah berpeluh bagai, agak tak selesa ada strap lengan tu. Kalau tak ada strap lengan, dah nak kena pegang phone. Bila nak pegang phone, mesti tak boleh lari jauh sebab lenguh kut lari pegang phone.

Kalau nak letak phone dalam poket seluar lagilah pulak. Dia punya goncangan tu, wow. Pernah dengar tak pepatah tangan yang mengayun buai boleh menggoncang dunia? Dulu saya tak paham sangat tapi sekarang bila dah paham saya respect sapa yang cipta pepatah tu. Mau tak bergoncang dunia kalau dunia digoncang tangan yang mengayun…………..

Anyway, lari dengan phone ni cam banyak hal nak kena fikir selain strap lengan. Strap lengan tu pulak nak kena basuh at least seminggu sekali. Banyak kuman kut.

2. Mungkin kita takut risiko handphone terbang
Ni jarang-jarang berlaku bukan sebab handphone takde sayap. Tapi kadang-kadang boleh berlaku dimana handphone tercampak dari kita sewaktu lari. Boleh jadi masa tu kita tiba-tiba semangat nak speed sebab nampak awek atau sebab kena kejar anjing, so kita memang biasa aware jangan bagi handphone tercampak ke apa tapi dalam keadaan stress, kita boleh lupa yang kita lari bawa handphone.

So elok-elok phone tak terbang, ada risiko phone terbang dan kalau tak sempat nak tangkap balik, dibuatnya pecah, lega.

3. Mungkin kita susah nak fokus
And then bila phone ada dengan kita ni biasa jadi tak fokus. Nak amik gambar la. Nak kena jawab phone la. Main whastapps la. Apa la.

So kita kena tanya diri kita. Kita nak berkomunikasi ke atau nak training larian?

Kalau kita jenis yang mudah terpedaya dengan unsur-unsur syaitan dalam handphone atau kita jenis yang tak berapa reti nak fokus pada satu benda at one time, maka disarankan tinggalkan handphone dan mula pakai jam larian.

4. Mungkin kita pernah cancel lari sebab handphone habis battery
Bila bergantung pada handphone ni satu lagi masalahnya adalah kita siap cancel training larian kita disebabkan handphone kita habis batteri. So macam dah tak betul. Training larian lebih penting dari handphone yang habis battery sebenarnya tapi sebabkan kita bergantung pada handphone untuk track larian kita, so walaupun dah pakai outfit larian bagai disebabkan battery kong so kita punya training pun kong.

So untuk avoid masalah ni berlaku, kita mula beli power bank. Dah jadi satu hal pulak nak lari bawak phone dengan power bank. Kalau power bank kecik takpe ini power bank besar bagak. Dengan cablenya. Uishhh…

FYI, selama saya lari ni saya memang ada jumpa orang lari bawa phone dan power bank. Cuma saya tak pernah lagi jumpa orang lari pakai strap phone dan pakai strap power bank.

So kalau anda menghadapi masalah ini lebih dari 3 kali, anda harus consider untuk beli jam larian. Dan kalau anda menghadapi masalah ini lebih dari 10 kali, anda wajib beli jam larian.

5. Mungkin kita tak pernah tengok pelari professional lari
Pelari professional tak bawa handphone. Tak caya? Tengok gambar bawah ni.

mofarah

OK tu mungkin gambar dia tengah race. Ce check gambar dia training pulak.

xxl

Takde phone beb. Tengok runner lain pulak. Yang ni yang menang gold untuk Marathon Olympic baru-baru ni.

2015 Berlin Marathon Berlin, Germany September 27, 2015 Photo: Victah Sailer@PhotoRun Victah1111@aol.com 631-291-3409 www.photorun.NET
Ini gambar training pulak.

eliudkchib2

Ok so mungkin kita fikir, depa tu professional lain la. Kita amatur. Atau citizen runner. Ok betul. Tapi hang nak lari laju kan? Hang dah mula macam nak seriouskan pasal lari? Kalau hang tak serious len cita. Hang bukan setakat boleh bawak phone, hang boleh bawak tv sekali pun takpa.

6. Mungkin terasa bila lari bawak handphone, tambah berat
Berapa berat handphone? 3 kilo? 18 kilo? Tak la berat mana. Agak-agak la. iPhone 6 yang saya punya ni berat dia 129 gram. Ok. Berapa berat kasut? Nike Pegasus 31, berat dia 286 gram. Maksudnya kasut lagi berat dari handphone. Ok tu kasut lari. Berapa berat boot timberland? Yang biasa yang kuning tu berat dia 2041 gram.

Kenapa kasut lari depa tak buat berat macam kasut boot timberland?

Mesti la sebab nak ringan. Ringan, sebab nak laju.

So basically, bila lari dengan handphone, kita tak tambah unnecessary weight. Kalau lari fun run 5K oklah. Kalau lari 42K? 21K pun dah sengal bawak handphone. Lagi 42K.

7. Mungkin pernah kena perli dengan runner lain
Ini kisah benar dan terjadi pada saya. Waktu tu saya masih baru lagi dalam larian tak silap saya lari di Cyberjaya untuk race NM Galaxy. Masa tu saya tengah struggle nak buat SUB 1 untuk 10K.

Saya tak faham kenapa dalam dunia ni setengah manusia (acah je sebenarnya saya faham) suka nak sibuk hal orang. Hal sendiri tak boleh nak settle, beria nak tolong settlekan hal orang lain. Lantak aku la aku nak buat apa kau sibuk apa hal. So cam tu la.

So nak dijadikan cerita, masa tu dekat starting line. Masa tu saya cam baru-baru lari lagi so kalau boleh nak rekod larian pakai runkeeper dari phone dan jugak nak rekod jugak larian dengan jam Suunto. So saya pakai strap lengan untuk letak iPhone.

Sekali belakang saya ni ada cam awek 2 orang la. 2 ekor ni memang betul-betul belakang saya. Maka saya terdengar depa dua berbual dan saya tahu dia memang berbual pasal saya.

“Eh… u… apsal ek… orang lari siap nak pakai handphone”
“Haah la… siap letak dekat lengan”
“I ingat sebab nubis ni so semua nak rekod dalam apps ni”
“Tu la… nubis biasa memang pakai handphone. Cam kita ni dah lama kita pakai jam. Lagi accurate”

Saya kat depan dia macam Eh – eh. What the fuck korang dua ni. Kalau korang betul-betul runner, korang tak sibuk hal orang lain nak pakai handphone ke nak pakai spender kat tangan ke. Paling busuk pun kau cakap dalam hati je tak luahkan tau tak.

So saya cam panas, saya toleh tengok muka 2 orang awek ni pas tu saya tengok jam dia. Jam apa ntah macam hello kitty strap warna pink. Saya pun, angkat tangan, buat-buat check jam saya, tekan lampu kasi terang sikit. Aku pakai Suunto ok. Handphone ni aku letak kat tangan sebab aku tanak aku lari laju sangat. OK yang last tu saya tipu je tu cakap dalam hati.

So awek 2 orang ni pun senyap. Mungkin jam hello kitty dia tak berapa nak up berbanding jam saya.

Basically jangan salah faham saya bukan nak menunjuk jam Suunto ke apa. Berlambak lagi orang pakai jam lebih baik dari saya dan lebih mahal pun. Cumanya kadang-kadang sesetengah orang ni keja dia nak up je dari orang lain.

Apa sangat nak up up ni FYI semua yang ada dengan kita ni bukan kekal pun. Semuanya sementara dan kalau tuhan nak tarik, bila-bila pun tuhan boleh tarik.

So, kalau anda kena perli dengan runner lain sebab anda tak pakai jam larian dan hanya pakai handphone, tak yah cara sangat sebenarnya. Lantaklah apa orang nak kata. Sebaliknya, ambil positif di mana anda memilih untuk akan pakai jam larian sebab ia banyak membantu menyenangkan larian anda berbanding handphone.

So last sekali sebelum start race, saya tarik nafas dalam-dalam, saya instruct kasi kentut sikit. Kau ingat mulut kau busuk, ni ha, kentut aku lagi busuk. Tapi tak berapa nak menjadi sangat sebab hikmat kentut ni kawan kat sekolah saya lagi terror sebenarnya. Punya la legend, hikmat terakhir dia sebelum SPM adalah “kentut tanpa filter” dimana dia kentut di muka budak junior tanpa seurat benang.

8. Mungkin dah nak start track route larian dengan lebih tepat
Tracking GPS handphone tak berapa tepat berbanding jam. Relate dengan cerita kat atas tadi sebenarnya walaupun 2 orang awek ni mulut busuk, tapi ada kebenarannya. Tracking GPS guna handphone tak berapa nak tepat berbanding dengan jam. Sebab yang paling basic adalah telefon dicipta untuk bercakap, bukan untuk guna dalam larian dan track GPS. Jam larian yang ada GPS dicipta untuk tujuan tersebut.

Seingat saya, bila lari dengan Runkeeper dalam iPhone, jarak dia lebih jauh berbanding dengan GPS yang Suunto rekod dalam movescount. Mula-mula saya macam suka la sebab nampak lari jauh. Tapi bila dah lama-lama, aku lari ni sebab apa? Nak kumpul KM ke, nak lari untuk improve?

9. Mungkin dah stop Runkeeper dan mula Strava
Runkeeper consider basic untuk yang nak mula lari. Tengok pada GUI atau interface apps dia pun dah tahu. Semua bulat-bulat comel-comel. Bila anda dah move on ke Strava, anda ada options untuk guna apps Strava untuk rekod larian anda. Tapi bila anda dah mula guna Strava, anda sebenarnya dah boleh guna jam larian untuk rekod data larian anda dan sync dengan Strava apps tanpa perlu bawa phone.

10. Mungkin susah nak tengok Pace pada handphone
Salah satu sebab lagi dulu masa saya pakai Runkeeper dekat iPhone, agak susah nak keep up dan maintain pace larian. Sebabnya bila Runkeeper tu duduk dalam strap lengan, nak toleh kepala nak tengok pace agak sengal-sengal ayam. So end up tak tengok pace dan bila tak tengok pace larian barai.

Hal ni berlaku pada saya masa race BSN 10 K tahun 2014. Boleh baca sini.

Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 3 – Post Morterm

Kira cita dia, banyak pergerakan tambahan perlu bila pakai handphone berbanding jam larian.

11. Mungkin kita ada duit terlebih
Tiba-tiba ntah macam mana ada duit terlebih. Pulak tu bukan ratus tapi ribu-ribu. So nak beli handphone baru cam dah tak ada thrill. Nak beli TV HD pun mmm tengok TV dah jarang sebab banyak tengok laptop. So tak tau nak beli apa, tengok orang lain lari pakai jam, kita pun nak pakai jamlah. Ikut trend la katanya.

12. LAST
Ini adalah sebab terakhir kenapa kita perlu berubah dari handphone kepada jam larian. Bila anda dah mula nak lari 21K atau seterusnya. Biasanya kalau anda race 10K anda bawa phone 1 jam lebih je. Tapi bila 21K anda akan bawa phone dalam 2, 3, 4 jam.

Bila anda dah start nak masuk 21K, training anda pun dah bertambah. Seminggu jarak larian anda  dah berapa KM. So kalau anda masih lagi nak bawa handphone untuk lari, saya respect anda. Sebab bukan senang nak bawa handphone masa lari ni dan perlukan hati yang cekal dan tabah untuk lari bersama handphone.

Kalau runner perempuan, malas nak pegang atau tade strap lengan, boleh selit kat celah tudung.

KESIMPULAN
Walaupun kita beli jam larian, tak semestinya larian kita makin laju. Sebab kalau training tak betul sama je. Kalau tak reti baca data larian pun tidak ada gunanya.

Ada je runner yang saya kenal level Kenyan Artist elok je pakai handphone buat lari. 10K Sub 1, 21K Sub 2, 42K hampir Sub 4. Rilek je. Senyum je muka dia. Tapi dia pun dah nak beli jam larian dah so bayangkan lepas ni dia punya 42K macam mana. Bakal Sub 3 tu….

So kenapa anda nak beli jam larian?

Anda sendiri ada jawapan itu sebab semua yang saya tulis diatas cuma sekadar kemungkinan. Anda yang lebih tahu apa yang pasti buat diri anda.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *