Jam : RIP Suunto Ambit 2

AL FATIHAH. Semoga Suunto Ambit 2 kesayangan ini berehat tenang di alam arwah.

 

View this post on Instagram

 

Nampaknya wiken ni lari race pakai fitbit ngan gendong iphone la. Dah tade jam canne?#lariansebuahkitab #suuntoambit2 #suunto

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

OK. Jam ni saya beli kalau tak silap tahun 2013. Atau pun 2014. Masa tu saya beli jam ni sebab utama dia saya nak melarikan diri ke Nepal. Saya nak pergi sana, saya nak panjat gunung, saya nak bertapa sampai lemau. Tujuan beli jam ni sebab jam Suunto Ambit 2 ni ada peta boleh load dalam dia so ada route la. Ye la kalau sesat kat gunung nanti padan muka tak boleh balik. So at least ada jam boleh jugak balik bila dan teringat jalan pulang.

But anyway, masa tu saya memang down gila. Level down dia memang cibai. Kira dalam hidup saya ada few moment yang saya rasa cam gelap masa depan, so ini salah satu daripada dia. Effect dia memang dasyat, habis terkesan kepada semua bisnes2 saya. End up bisnes saya makin teruk dan ada few yang saya withdraw dari partnership ngan kawan2 sebab dah tak boleh pegi. Bila down, kita memang tade mood nak buat apa. Nak bangun dari katil tu bukan setakat malas tapi memang tak bermaya. Klimaks dia, saya ada terfikir nak jual semua harta benda kat KL ni dan balik duduk kampung di Jitra rumah mak mertua. Jadi driver mama saya pergi masjid pun jadilah. Gaji pakai beras. Ye la kalau duduk kat rumah mak sendiri mau kena pelangkung tapi kalau duduk kat rumah mak mertua mungkin selamat sikit dalam kes saya. Tapi nasib baik la saya ada seorang kawan yang nasihatkan saya, slow talk elok2…. then dia siap berenti kerja dari DHL International, join saya untuk sama-sama steer balik bisnes sampai pulih. Jasa dia memang takkan saya lupakan. TQ BRO walaupun lu tak baca blog gua kan, tapi gua memang ingat jasa lu sampai mati. Andai kata lu mati dulu gua akan jaga anak2 lu sampai depa umur 18 tahun.

Satu lagi akak la (bini saya). Sabar je dia dengan perangai saya. Dia tak banyak cakap la tapi sekali dia cakap makan dalam……

OK.

Berbalik pada jam Suunto Ambit 2. Since kawan saya pun dah join buat bisnes, saya pun cuba recover balik semangat saya dan try move on lupakan kisah silam, last-last ntah macam mana saya terjebak dalam kerjaya larian ni. So jam Suunto Ambit 2 yang saya kononnya nak guna bawak pergi Nepal tapi tak jadi sebab tak cukup duit nak beli tiket flight, akhirnya saya guna untuk panjat gunung kat Malaysia ni. Ada jugak pergi air terjun. Boleh rujuk #siriairterjun dan #siriatasgunung di IG saya. Tak banyak tempat la tapi sempat la bawak bini saya jalan2 dalam hutan.

Model Suunto atas gunung muka ada sinyum kena getah.


Model kedua, hat ni pakai Suunto gak tapi Suunto mende ntah. Bukan Ambit la, bawah dia sebab Akak bukan nak laghi sangat. Akak stay… (tenang).

Ini pulak data masa saya pergi Mekah mengadu nasib. Yang ni masa pergi buat umrah. Gila jam ni mesti esok masuk syurga sebab pernah pergi Mekah.

Yang ni pulak, 27 May 2014, trekking naik Gua Hira’ dengan harapan dapat enlightenment panduan untuk meneruskan hidup.

Tapi itulah dia. Bila kita mengadu pada Tuhan sungguh2 hati, memang Tuhan jawab. Saya tak tipu sebab dalam quran dah cakap pasal ni (lupa ayat mana). Dan kedua sebab saya mengalaminya sendiri. Kat Mekah waktu tu baru saya betul-betul recover. Macam selama ni kita berjalan ke apa ke ada batu berat duduk atas bahu kita, tapi bila Tuhan angkat batu beban tu, kita macam terlepas….. ringan, bernafas rasa puas…. lancar….. baru kita nampak apa next move kita dalam hidup ni. Kalau tak macam duduk dalam ikan paus…. gelap gelita bak hang.

“Hanya melalui Kau Ya Allah, Aku bebas”

Sebab panjat gunung ngan camping air terjun ni kita takleh buat tiap2 hari, so last sekali entah macam mana saya terjebak dalam dunia larian. Bila lari tu saya mula reti pasal movescount kejadah semua ni so ini screenshot first data yang saya sync dengan Movescount untuk jam ni. Ini masa first sync dengan movescount. Jalan 4 km dekat nak sejam. Bapak lama.

Slow-slow saya trening, dari jalan kaki ke 5K run, then 10K, sampai ke HM. Ini salah satu HM saya yang saya buat dia Great Ocean Road punya HM.

Seminggu lepas HM, saya lari 10K di Melbourne. Yang ini PB 10K saya all time, rasa macam dah tak boleh pecah dah rekod ni sampai bebila.

Manakala ini adalah data first FM saya di Bali. Masih lagi setia dengan Suunto Ambit 2.

Dan ultimate dia jam ni bawa saya ke Tokyo Jepun untuk 2nd FM saya.

Balik dari Jepun momentum larian saya terus slow sebab dah tak ada challenge lain saya nak buat sampai la last sekali saya lari terakhir tahun 2018 dengan jam ni dekat area rumah.

Tapi rasa macam ada satu lagi yang betul2 last saya lari 1.6 km cuma tu mungkin saya dah tak sync dengan movescount. Tu tahun 2019, sekali tu je la. 2020 ni baru mula balik pelan-pelan.

Now.

Berapa KM saya dah lari dengan jam ni?

2244 KM.

Berapa jumlah hours lari dengan jam ni?

270 jam 21 minit 04 saat.

Puas hati tak pakai jam Suunto Ambit 2 ni?

Alhamdulillah, terima kasih pada pencipta Suunto,Tuomas Vohlonen kerana melahirkan Suunto ke dunia. Semoga anda masuk ke syurga bersama orang-orang yang beriman pada tuhan yang satu.

Apa yang paling saya suka pasal jam Suunto Ambit 2 ni?

Pertama design. Kedua interface jam minimal. Ketiga jam ni memang serve saya tanpa saya pernah marah pun kat jam ni.

Berapa lama jam ni bertahan?

Kalau beli tahun 2013, sampai ke 2019, dalam 6 tahun gitu. Kalau beli 2014, sampai 2019, 5 tahun gitu.

Apa masalah jam Suunto Ambit 2 ni?

Pertama cable dia yang gigi-gigi tu. So lama-lama cable dia tertanam sendiri so tak leh nak charge. Kedua, strap getah dia putus, sepanjang dengan jam ni, sekali tukar strap. Lain, tade masalah.

Kenapa decide nak RIP kan jam ni?

Tahun 2020 ni saya decide nak start lari balik. Bila saya charge jam ni dekat nak seminggu, dia tak hidup-hidup juga. Maka saya rasa jam ni dah letih dan tua, sampai umur untuk berehat. Ada kawan bagitau cuba beli cable baru atau pun hantar jam ni ke centre dia tapi saya rasa cukuplah khidmat jam ni kepada saya. Suunto pun dah macam2 teknologi baru so tiba masanya untuk saya rehatkan Ambit 2 ni.

Apa pengajaran jam ni bagi?

Dalam hidup ni kita merancang macam-macam. Tapi akhir sekali ketentuan itu adalah dari Tuhan. Kita ingat kita nak pergi ke satu arah, tapi sebaliknya Tuhan hantar kita ke arah yang berbeza. Arah yang kita nak tuju tu kononnya kita ingat bagus untuk kita. Tapi arah yang tuhan tunjukkan itu lebih baik dari arah yang kita nak pergi, malah lebih “menghidupkan” kita. Jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Tuhan bila kita kena uji, kerana ending plot twist yang Tuhan bagi kepada kita, memang padu dan dasyat buat kita tersedar, alangkah indahnya perancangan Tuhan.

Hidup ini jangan pernah ada penyesalan, sebab kita dah cuba macam-macam cara atau fight untuk dapatkan apa yang kita nak. Tapi bila kita akur kita tewas dengan takdir Tuhan, waktu itu Tuhan akan angkat kita yang jatuh dalam lubang gaung naik ke atas dan terbang.

Satu benda yang saya rasa saya kena bagitau, lagi dalam kita jauh dalam gaung, lagi tinggi kita akan melantun terbang. Itupun kalau kita jumpa titik pulang yang terdalam, tersembunyi dalam diri kita ini.

RIP Suunto Ambit 2. Terima kasih atas segala kenangan. Kamu bukan sekadar jam yang menentukan masa, tapi juga menentukan ARAH. It’s time to conquer another new, territory….

*Suunto, atau pronounce dia Suunta, bermaksud arah atau Path, atau Heading di dalam bahasa Finland. 

Lagu dalam iklan ni kalau nak layan pi sini.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *