Jam : Suunto 9 HR tak tepat?

Jam ni first time saya guna adalah sehari sebelum race 10K MOTS tu. Sebab nak bagi familiar. Interface dia basically memang lain sikit compare dengan Ambit 2 saya yang dulu. Bila dah lebih kurang tengok tu, so saya pun pakai untuk race.

Siri Milestones #01 : Part 5 – 10 K Race Day

Lepas race saya dapati HR dia agak pelik. Macam bacaan dia tak betul. Saya compare dengan Fitibit saya memang kelaut. Saya macam dah mula menyesal……. babi tul, beli jam paling endurance kononnya tapi kejadah HR bangang.

Saya mula google untuk menyiasat. Basically saya jumpa macam-macam, antaranya adalah komen pasal jam ni adalah jam HR yang paling tepat sepanjang dia pakai. Kat mana ntah saya baca. Tapi ada juga yang komen.

Last sekali bila baca punya baca, rupanya cara saya pakai tu salah.

1. Cara pakai masa bersenam, beza dengan masa tak bersenam.

Kalau masa bersenam, kena pakai jam ni jauh sikit berbanding tak bersenam. Since saya pakai hanya untuk bersenam, so saya boleh lupakan yang bab cara pakai masa tak bersenam. So masa bersenam, kena pakai dua jari atas sikit dari tulang tangan.

2. Pakai kena ketat tapi comfort, bukan loose longgar

Kena pakai tu jangan ketat sangat, tapi ketat boleh terima. Kalau longgar, gps memang tak tepat.

3. Sensor GPS baca pembuluh darah

Sensor GPS jam ni baca pembuluh darah pada tangan kita. Lagi banyak ruang yang dia kena tu ada pembuluh darah, lagi bagus. So jam ni sensor dia akan baca blood flow kita. Masa rilek, blood flow tenang so HR tenang. Masa nampak awek cun, blood flow laju, so HR mula nak naik. Masa kantoi dengan bini sebab usha awek cun, blood flow lagi laju gila, HR naik max HR rate.

4. Tapi pulak, jangan pakai ketat gila

Kalau pakai ketat gila pulak, ini akan buat blood flow tersekat. Bila ini berlaku, langsung reading HR tak betul. Lepas tu pulak tangan sakit.

5. Warm up kasi badan panas sebelum bersenam, so blood flow kasi effect pada sensor

Adalah dinasihatkan kepada pengguna jam ini untuk warm up kasi badan panas dulu sebelum terus pakai jam dan terus nak beraktiviti. Ini kerana bila warm up, blood flow cam activate so kasi jam tu time untuk read HR kita.

6. Apa benda yang buat HR sensor dia baca tak tepat?

a. Pertama, kalau tangan kita ada tatoo.
b. Kalau kita dekat tempat sejuk misalnya kutub utara.
c. Masa berenang sebab maybe air lalu bawah sensor.
d. Aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan to the max. Vibration ini boleh ganggu HR reading so kalau orang pompuan pakai jam ni lepas tu guna tangan dia laju-laju untuk something pada laki dia supaya laki dia senyum, HR masa tu tak tepat.

7. Antara HR sensor tangan dengan HR sensor bra suunto, mana lagi tepat sebenarnya?

Yang macam bra tu lagi tepat sebab tu dekat dengan jantung. Masalahnya yang tu menyusahkan pakai sebab saya dah guna dulu. So…. gitulah adanya.

KESIMPULAN

Saya akan pakai jam ni macam yang disyorkan. Harap berbaloi.

BACAAN LANJUT

Baca di Suunto sendiri

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *