Jam : Suunto Kailash Pt 2 – Gunung Daik bercabang 3

En. Remin dah bagitau saya dah hari tu yang Kilian Jornet mai Malaysia, tapi saya degil. Dan kedegilan memang merugikan. Orang dah cakap dah tapi degil.

Suunto Kailah dah pun di launch di Malaysia, tak jauh pun dari rumah saya. Dekat Midvalley je. Tapi kenapa eh hari tu saya tak pergi? Demmit.

smeb_joylmy_211215_emysuu3_joylmy
Abam Kilian dengan boss kedai jam En. YY Kwan mukanya senyum

Screen Shot 2016-01-30 at 12.15.39 PM
Ni pun… suka dia ya suka….

Boleh baca detail lagi di The Star.

Walaubagaimanapornnnnn, kalau hangpa dah jatuh cinta dengan Kailash ni dan ada plan nak beli, harga dia RM3999. Tak mahal sangat la, 3, 9 x 3… macam 1, 2, …. 3. Bukan 1,2,3,4,5,6, 7…. 😛

RM3999 untuk sebuah jam adventure make sense la. iPhone pun dah berapa harga dia hari ni. Kan? Kan? Ingatkan 7 ribu jam macam ni.

Anyway, sebelum hangpa pi kedai petang ni nak pi usha, ada baiknya hangpa tau dulu apa origin Kailash tu.

Kailash, adalah sebuah gunung. Ini gambaq dia.

Screen Shot 2016-01-30 at 12.34.08 PM

Gunung Kailash ( atau Mount Kailas; Kangrinboqê ) ni adalah antara gunung paling holy di dunia dan terletak di Tibet dengan ketinggian 22,027 kaki atau 6714m. Bagi pengikut agama buddha, hindu, jainism, bon, Kailash adalah centre of the universe. Kailash adalah “the seat of all spiritual power”. Kailash adalah “the residence of Shiva” (Shiva duduk disini bermeditasi) dan “the home to the supreme bliss Buddha”.

Hindukailash
Intepretasi Kailash alam Hinduism

Apa yang saya rasa menarik adalah, bagi mereka (pengikut agama), gunung adalah bukan sesuatu yang untuk ditakluk (conquer) tetapi lebih kepada simbol pencapaian kerohanian (transcendence) bagi seseorang.

Kailash adalah bahasa sanskrit kēlāsa (केलास) yang bermaksud “cystal”.

Screen Shot 2016-01-30 at 12.48.07 PM

Gunung kan tinggi. Tapi lagi tinggi dari gunung, adalah langit. Kalau baca quran, gunung ni simbolik dia dada manakala langit adalah alam pemikiran.

So kat mana lokasi tepat Gunung Kailash? Klik sini untuk detail.

Screen Shot 2016-01-30 at 12.52.23 PM
ss

Kalau nak google street, ini address dia.
Screen Shot 2016-01-30 at 12.49.49 PM

So apa yang boleh dibuat di gunung ini?

1. Tawaf
Kalau orang islam tawaf Kaabah, tapi agama Hinduism & Buddhism core tawaf Kailash ni jalan kaki mengikut arah jam dan pengikut agama Jain dan agama Bon, lawan jam. Diameter tawaf adalah 52KM dan kalau nak habiskan satu hari jalan kaki, mungkin makan masa 15 jam dan ini yang paling afdal. Hampir separuh ultra run. Jika anda tawaf 108 kali anda mencapai Nirvana.

Dikatakan juga sesiapa yang mati semasa melakukan kerja tawaf ini akan menaiki tangga ke syurga. Hmmmm… macam sama je.

Satu lagi point, Kailash ini terkenal dengan gunung 4 muka atau “famous for its unique four-faced shape like that of a handle of a millstone”. So ada 4 penjuru. Hmmmmm… sekali lagi, macam sama je.

Kailash juga berdekatan dengan 4 sungai atau punca air…….

kailash map

2. Panjat Gunung
Pada tahun 2001 dikatakan kerajaan China hampir bagi kebenaran kepada team ekspedisi Spanish untuk panjat puncak Kailash ni. Tapi last – last cancel. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang lebih spiritual mungkin. Sebab bila ada orang yang dapat conquer puncak dia akan bagi idea bahawa ia bukan setakat conquer fizikal puncak itu malah telah menakluk jiwa orang-orang yang mengagungkan Kailash ni. Lagi pulak orang spanish. Politically dan religiously tak boleh la.

Tapi saya tak pasti pulak sekarang boleh atau tidak. Cuma memang ada gambar yang hampir dengan puncak gunung tu. Boleh tgk sini.

Screen Shot 2016-01-30 at 1.26.53 PM

3. Trekking
Since nak panjat puncak tu haram, tapi tak haram bagi yang nak pergi trekking keliling. Saya ada baca a few travel guide and tips untuk ke sana, dan yang saya jumpa ni paling simplified dan paling senang nak faham.

Aktiviti dia bukan setakat ke Kailash, tapi ke sekitar yang berhampiran.

  • Trek the holy Mt. Kailash
  • See the Sacred Lake Mansarovar
  • Marvel the Jokhang Temple
  • Enjoy the Barkhor Market
  • See Potala Palace
  • Tashilumpo, Rombuk & Sakya Monasteries
  • Experience astonishing mountain views

Masuk ikut Kathmandhu
19 hari journey
Harga USD 4,965

Boleh baca sendiri sini.

Langkah seterusnya
Wiki Kailash
Pegi kedai Sunnto
Pergi Mt. Kailash

Kongsi di :