Jam : Suunto Kailash

Hari tu saya pergi kedai Suunto aleh-aleh ada Suunto baru. Nama dia, Suunto Kairul… eh. Silap. Suunto Kailash. Sebelum apa-apa, meh layan video dia dulu.

Haaa… stim dak? So Suunto Kailash adalah yang paling latest dalam kroni Suunto. Falsafah di sebalik jam ini adalah tentang EXPLORE THE UNKNOWN. So ini tema atau prinsip kejadian Suunto Kailash. Apa ke-jadah yang unknown tu? Kenapa nak kena explore benda yang tak tahu?

Mengikut kata pekedai depa, setiap daripada kita ini dilahirkan berbeza dan unik. Namun, dikalangan 7 billion manusia di dunia ini, ada persamaan diantara semua ini iaitu keinginan terpalung dalam yang dahagakan ketidaktahuan. Golongan ini, untuk mencapai ketidaktahuan demi untuk “mengetahui”, akan terus cuba dan cuba, explore setiap simpang dalam hidup atau setiap section dalam minda, untuk mencari the unknown itu.

So, untuk memendekkan cerita agar tak pening kepala, golongan ini berkongsi gene yang sama. Dan gene ini dinamakan, 7R.

Screen Shot 2016-01-30 at 11.17.29 AM

Ok. Cerita banyak tak guna, ini detail jam tu. Boleh joget sekali sambil dengar lagu dia.

Ini gambar detail dia.

CRw3E4CWsAA7Nr8

Ini belakang dia. Made in Finland ( dulu masa saya tak tau Suunto ni apa saya ingat jam jepun )

zegarek-suunto-kailash-copper-ss021815000-3

Ini packaging dia.

suunto-kailash-unpacked-gallery-1

Ini zoom in, button 7R dia. Bukan sekadar fashion statement tetapi sebagai lambang pegangan hidup yang termanifestasi sebagai button pada jam : What’s next?

world-collection-kailash-carbon-gallery-1

Seperti biasa, jam sekarang bukan setakat bercakap dengan tuan dia tapi juga bercakap dengan telefon tuan dia. Ini demo salah satu skill Suunto Kailash. Adventure trail record…. kalau dalam Suunto yang saya pakai sekarang trail dia bentuk line bodo benang je tapi data tu transfer jadi movie 3D mapping dan bukan mapping real time on demand. Kailash punya real time ikut kita scroll plus selang seli dengan gambar yang kita capture. (gi kat web dia untuk tengok video apps ni lagi detail).

Selain dari trail, ada FYI berapa negara uolls dah pergi in case banyak sangat travel dan lupa.

7r-app

SS021815000_Suunto_Kailash_Copper_CountriesVisited-1

 

Untuk color pulak kalau tak suka goldy goldy boleh pilih warna lain. Yang ni kena pergi kedai betul-betul dan tengok material dia kena tak dengan warna dia. Dari kiri, Copper, Slate, Carbon dan Silver. Carbon tu ok gak untuk yang low-profile. Yang bold akan suka Copper.
suunto-kailash-watch-1

Last : Duta untuk Kailash ni adalah En. Kilian Jornet. Seorang long-distance trail runner (the best in the wrold) dan juga ski-man berbangsa Spanish. 28 tahun.

10505140_10152210002225178_3354763841434438923_o

Kesimpulan akhir
Basically jam ni bukan untuk larian sangat sebab kalau untuk larian, boleh pilih kroni Suunto Ambit. Tapi jam ini dicipta untuk yang gemar nak #siriekplorasi dan bagi yang mahukan sesuatu yang deep, ia bukan setakat #siriekplorasi alam yang besar ini tapi sebaliknya #siriekplorasi alam kecil diri ini.

Alam besar, alam kecil………………………………………

So. Do you belong?

Langkah seterusnya
http://www.suunto.com/Watch-Collection/Suunto-Kailash-Collection/

Kongsi di :