Jam : Suunto masuk air, The first contact

Sebenarnya hari ni saya nak bawak El Lukh main air yang lebihnya. Sambil tu nak test setting berenang yang saya dah buat kat jam saya. So barulah sambil menyelam, minum air.

Saya berenang dalam 400 meter (sekali lap dalam 25┬ámeter kemudian rehat 8 jam baru sambung… dan seterusnya). Namun bila saya dah balik dan sync dengan Movescount dan auto sync ke Strava, saya dapati :

1. Trail berenang takde dalam Movescount
Saya tak pasti sebelum masuk air tu saya sempat tunggu GPS ready atau terus terjun je, tapi yang pasti, takde trail 400 meter pun dalam Movescount. Adakah 400 m terlalu pendek untuk direkod?

Screen Shot 2016-02-27 at 10.45.21 PM

2. Graph sangat artistik macam painter conteng sketches sebelum painting
Mungkin sebab saya berenang then berenti then sambung then berenti then banyak berenti, so graph dia rekod macam sangat artistik. Cam painter main conteng-conteng dinding saya tengok

Screen Shot 2016-02-27 at 10.48.10 PM

3. Data tak ada dalam Strava walaupun auto sync
Satu lagi bila saya tengok kat Strava, activity ada masuk tapi data semua telur ayam. Ini lagilah pelik. Penat tu berenang 400 m. Nak muntah.

Screen Shot 2016-02-27 at 10.51.11 PM

Nanti saya siasat sebab apa. Tapi rasanya berenang lagi letih dari lari. Lari 15K tak berenti takpe tapi baru berenang 50 meter dah nak tercabut nafas. Fuh…. anyway ini gegambar El Lukh first contact dengan air. Memula cam nak nangis. Tapi bila dah masuk air….. lupa dah kat bapak ngan ibu dia………..

12749874_1171880242852622_1365706656_n
Memula tu asal letak kat air merengek. Asal letak, merengek

12446086_565243690319203_624829409_n
Pujuk punya pujuk okla berjaya jugak masuk dalam pelampung…. tapi muka cam AWAS je….

12750105_1207637129265843_1576914343_n
Lepas 3 minit, Sayalah Raja.

Kongsi di :