Jam : Suunto Peak Training Effect + Recovery

2 parameter yang saya perasan pada Suunto sejak meninggalkan Runkeeper adalah PTE atau Peak Training Effect dan Recovery Time.

PTE adalah parameter untuk menunjukkan sama ada larian yang dibuat itu jatuh dalam kategori hardcore mana. Kalau tinggi maksudnya larian kita banyak usahanya dan kalau rendah, larian kita tak berapa nak banyak usahanya (atau effort). PTE diukur dari jumlah oksigen yang masuk dalam badan berbanding Heart Rate.

Dalam bahasa yang lebih teknikal (dari web Suunto) PTE adalah impak larian kepada maximum aerobic performance / intensity larian. Lebih fit seseorang, lebih banyak effort kena buat dalam larian untuk mencapai PTE yang tinggi.

Screen Shot 2016-02-15 at 10.17.00 PM

Manakala recovery time pula adalah tempoh yang diperlukan oleh badan untuk fully recovery sepenuhnya. So biasanya lepas lari akan keluar kat jam berapa jam recovery yang diperlukan. Kalau lari teruk sangat dan sangat letih, hours yang diperlukan untuk recovery lebih tinggi.

25052711-IMG_0012

Screen Shot 2016-02-15 at 10.20.02 PM

Selain daripada tengok dalam jam, bila dah upload data ke Movescount, boleh tengok kat Dashboard dia. Sebagai contoh screenshot bawah ni, PTE adalah 3.1 dan Recovery Time adalah 13 jam.

Screen Shot 2016-02-15 at 10.28.40 PM
Ini ada video tambahan untuk lebih memahamkan bagaimana PTE dan recovery time dalam Suunto.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_