Jam : Suunto Spartan Series

Oleh sebab lately asyik tengok jam, so ada baiknya saya share sikit pasal Suunto Spartan series. Untuk rekod, sekarang saya pakai Suunto Ambit 2 Sapphire HR yang agak makan tahun juga. Masih elok, cuma kadangkala ada masalah sikit.

Bila saya research untuk Suunto Spartan, saya dapati dia ada 3 siri. Memula dulu bila Suunto announce nak keluar jam bagi menggantikan Ambit 3, feel masa dia keluar tu macam inzal, tapi macam tak berapa nak seronok sangat macam guna kaedah azal. Jam dia dah minimalist habis, tapi dia masih ada guna chest strap. In term of warna, mula-mula hitam dengan stealth tak lama lepas tu keluar gold dan cooper. Siri ini nama dia SUUNTO SPARTAN ULTRA.

Screen Shot 2017-06-07 at 2.07.56 PM

So itu siri yang pertama. Siri kedua pula, dia update. Namun, malangnya kali ini masa dia keluar feel dia masih sama. Macam inzal, tapi macam pakai kondom pulak. Instead of guna chest strap, dia keluar pulak dengan wrist HR. Dah best dah. Tapi muka jam dia cam ganas sikit. Tak minimalist macam sebelum ni. In term of colors, memula dia keluar 3 warna tak silap saya, biru, pink dan hitam then tambah lagi warna lain which is special edition copper, gold dan forest. Siri ini nama dia SUUNTO SPARTAN, SPORT WRIST HR.

Screen Shot 2017-06-07 at 2.10.32 PM

Itu siri kedua, dan siri ketiga pula adalah SUUNTO SPARTAN SPORT. Yang ini takde Wrist HR, tapi guna chest strap.

Screen Shot 2017-06-07 at 2.13.05 PM

So, apa yang takde ? Mana yang missing?

Sekarang untuk Spartan, dia masih tidak ada SUUNTO SPARTAN ULTRA, WRIST HR. Jam yang muka dia minimalist tak ganas tak ada lekuk macam siri kedua, tapi HR dia Wrist macam yang kedua.

Basically saya dah pergi kedai jam yang ada Suunto ni agak 3-4 kali. Dari pengamatan saya, memang yang siri pertama tu muka dia lagi cantik dari yang siri kedua. Tak tahu kenapa, lekuk-lekuk ni feel dia macam kena gigit, ataupun masa kita lari tu, tangan kita terlanggar dengan dinding besi.

Dia macam karipap la. Dah elok-elok straight bucu dia, kita kelip kasi penyek. Pulak tu repetition sampai habis.

So, sementara menunggu Ethereum makin naik, saya ada email pada Suunto dan tanya, adakah dalam masa akan datang, depa akan buat Suunto siri pertama tu yang HR Wrist. Saya bagitau yang saya suka design yang first tu tapi tak suka nak pakai bra masa lari. Maka dibawah ini adalah jawapan dia. Tak pasti sama ada macam ada harapan atau tidak, tapi yang pasti, apa yang boleh kita buat adalah berusaha.

Screen Shot 2017-06-07 at 2.18.20 PM

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *