Jam : Suunto Spartan Trainer

Pada yang tengah usha nak beli jam lari, tapi tengah decide macam nak beli Suunto Spartan, bawak bersabar dulu. Ada adik paling bongsu untuk keluarga Spartan, baru muncul. Memperkenalkan, Suunto Spartan Trainer.

suunto-spartan-trainer-steel-gold-ocean-870x250px-01

Dulu saya ada email Suunto tanya ada tak nak keluarkan Spartan yang ada HR Wrist tapi muka dia kacak macam Spartan, tanak lekuk lekuk macam Spartan Sport. Nampaknya sama ada email saya tak sia-sia, atau sebenarnya depa dah ada pun line up Spartan paling baru cuma tak keluar lagi. Boleh baca posting pasal tu disini.

Jam : Suunto Spartan Series

Anyway, siri Spartan terbaru dah keluar. Paling latest, nama dia Spartan Trainer. Kalau jarang tengok jam Suunto mesti cam confuse. Apa ni. Kejap Spartan la kejap sport la, la ni trainer pulak. Cam na ni?

OK. Pada saya semua sama je mungkin function dia – + lain sikit ke. Tapi kalau nak mengenal, dulu saya dah tulis namun ini ulangkaji dia.

Ulangkaji wajah ahli keluarga Spartan

First sekali Suunto Spartan Ultra. Kak long dia. Kelemahan dia adalah HR masih lagi tali bra. Muka dah paling elegant awek bandar, paling minimalist. Harga USD749 – USD 849 – USD970 berdasarkan warna etc.

ss022654000-suunto-spartan-ultra-all-black-titanium-hr-01ss022658000-suunto-spartan-ultra-black-hr-01

Kemudian datang kak ngah dia. Kak ngah dia dah liberal tanak pakai tali bra, so HR dia dah dekat tangan. Kak ngah biasala, adik nombor dua besa memang ganas sikit so Kak ngah muka dia ganas. Lekuk-lekuk. Harga USD499 – USD549.

ss023310000-suunto-spartan-sport-wrist-hr-copper-front-view-copy-ins-activity-hr-daily-01ss022662000-suunto-spartan-sport-wrist-hr-all-black-front_view_tr_cycling_basic_d7-01
Sekarang paling latest, adik no 3. Saya tak tengok lagi kat kedai sebab rasanya takde lagi, tapi daripada gambar, yang ni bak kata En. Remin memang boleh bagi jiwa kacau. Muka dia mengingatkan Suunto Ambit 2 saya sekarang ni. Muka cam redup-redup mata macam nak nangis. Yang ni tak pakai bra juga. HR kat tangan. Harga USD279 – USD329. Setakat ini, line Spartan yang maskahwin dia paling murah, inilah dia.

ss023425000-suunto-spartan-trainer-wrist-hr-steel-front-view-ins-activity-steps-7day-01ss022668000-suunto-spartan-trainer-wrist-hr-black-front-view-nav-poi-direction-imp-01

Makanya kesimpulan dia, Kak Long old school tali bra fundamentalist, Kak Ngah liberal tapi sado manakala adik bongsu, liberal tapi ayu. Boleh layan video dia sebelum kita checkidaud lebih lanjut.

Usha’an detail Spartan Trainer

Daripada pembacaan saya, adik bongsu spartan ni adalah yang paling slim antara semua. Paling kurus la. Lemak kurang. That’s why dinamakan trainer. Walaupun begitu, tidak ada halangan untuk dibawa ke dalam race sebab function rekod race tu ada cam biasa.

Nak rekod sukan apa, macam almost sama sahaja. Lari, berenang, naik basikal, angkat awek… semua ada. Ada GPS. Dan Ada HR Rate, kat tangan.

Batteri tahan 10 jam. Kalau tak pakai untuk aktiviti, bateri tahan 14 hari. Nak navigate semua kena picit. Tak ada touchscreen macam Kak Long dan Kak Ngah.

Ghupa dah comey dah tapi personally yang saya menyampah adalah icon kat dalam dia. Tatau sama ada boleh tukar ke tidak. Dan rasanya icon ni semua sama je kut adik beradik.

Screen Shot 2017-08-30 at 1.37.32 AM

Features lain boleh bercakap dengan telefon dimana, ada notification terbit dalam jam bila ada orang call, sms atau calendar notification.

Ini yang saya tengok sekali imbas la. Sekali imbas ni…. adik bongsu dia ni level entry dan sangat basic. Amik few comparison.

Kalau nak menyelam, dengan Kak long Kak Ngah boleh pergi 100 M. Dengan adik bongsu 50 M je. Kalau GPS mode, Kak Long boleh bertahan 65 jam. Kak Ngah 30 jam. Adik bongsu 25 jam. Nak dating ultra 100K dengan adik bongsu kena hati-hati sikit. Pastu kalau sesat dalam hutan dengan adik bongsu pakat jadi tarzan la sebab tak ada kompas. Satu lagi lepas dating ngan adik bongsu tak leh nak buat suunto movie cam Kak Long & Kak Ngah.

Kalau nak compare detail, leh pergi sini. Kalau nak baca review detail, boleh pergi sini.

ss023425000-suunto-spartan-trainer-wrist-hr-steel-front-view-ins-activity-calories-today-01

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *