Jam : Suunto Spartan vs Garmin Fenix 3

Di IG saya ada pembaca (IG kira pembaca ke penonton?) tanya apakah beza antara Suunto dan Garmin. Berbulan saya fikir macam mana nak jawab soalan ini. Ini adalah kerana saya adalah pengguna Suunto, dan saya sendiri tak pernah tengok atau pegang jam Garmin.

screen-shot-2016-09-15-at-1-34-28-am

Masa saya buat kajian dulu dah agak lama dan barai. Dan masa saya consider untuk beli Suunto atau Garmin waktu itu adalah kerana saya tiba-tiba macam berhasrat nak pergi mengembara panjat gunung ke Nepal dan takut sesat tak boleh balik. Bukan sebab saya nak guna untuk lari pun.

Namun setelah beberapa tahun pakai Suunto, nyata ia menggembirakan saya. Jika orang tanya saya kenapa pakai Suunto berbanding Garmin, ini jawapan saya.

1. Jawapan saya sebagai seorang Designer
Suunto menang award design, khas, sebagai JAM. Garmin punya jam tak menang award design apa pun. So kalau saya komen lebih-lebih pasal design pun rasanya macam tak ada gunanya sangat. Baca sini. Lain-lain award pasal jam Suunto boleh baca sini.

2. Jawapan saya sebagai seorang Ahli Falsampah
Suunto mempunyai campaign ad, kebanyakkannya ada spiritual motive. Contohnya Suunto Kailash adalah tentang gunung Kailash yang dulunya dijadikan tempat tawaf. Juga datang dengan konsep 7R dimana dikatakan seseorang yang tulen explorasinya mempunyai “adventure gen” iaitu 7R atau DRD4-7R. Boleh lihat web suunto atau tulisan saya tentang Kailash.

Untuk Suunto Spartan pula Suunto bermain dengan konsep “Progress Beyond Logic” dimana di dalam dunia ini sebenarnya tiada yang mustahil, atau kemajuan seseorang, gila ohsem dan hebat.

Garmin pun ada campaign ad tapi secara peribadi, saya rasa campaign Ad Garmin tak deep macam Suunto. Salah satu contoh, ini adalah beza video Spartan punya campaign dan Fenix 3 punya campaign. Yang first adalah Garmin, idea dia adalah “a man of adventure” manakala Suunto, “Progress beyond logic”. Yang mana anda rasa lebih power?

Yang satu cuma bagitau anda seorang yang pelbagai / cross discipline dan lebih mementingkan sukan dari awek atau macam-macam anda boleh buat dalam dunia ini.

Dan yang satu lagi adalah anda, seorang yang luarbiasa dan mencapai tahap tak logik dan gila, melawan akal dan melawan mainstream.

Level padayyapa Suunto agak tinggi la kalau anda penyokong Garmin. 😀

3. Jawapan saya sebagai seorang Pengumpul Jam
Sebenarnya saya adalah pengumpul jam. Mula-mula kesedaran minat terhadap jam saya timbul masa saya darjah satu. Waktu tu abah saya belikan saya jam transformer Optimus Prime. Jam tu boleh buka dan transform jadi Optimus Prime.

Dah besar tua bangka ni salah satu hobi saya kumpul jam. Tapi sebab tak berapa nak kaya lagi so line up jam saya brand dia tak berapa nak Wak Doyok sangat. Antara jenis jam saya yang saya ada (mengikut tahun beli) G-Shock Tomato, Seiko (Jam hantaran kahwin), Fossil (2 ketul), Suunto dan Victorinox (2 Ketul).

Semua jam yang saya beli adalah kerana design. Dan Suunto, memang design dia saya rasa superblah. Yang Ambit 2 saya pakai la.

Kailash saya tengok macam mari tapi tengah berangan tengok Kailash sekali Spartan keluar pulak…. haram.

4. Jawapan saya sebagai rakyat Malaysia (sempena hari Malaysia)
Saya tak pasti Malaysia ada brand jam sendiri atau tak. Tapi kalau ikut negara, Suunto berasal dari Finland. Garmin dari USA. Suunto wujud dalam dunia ni sejak 1933 zaman Kapten Amerika naik motorsikal lawan orang jahat. Garmin wujud dalam dunia pada tahun 1989 masa saya darjah 4. Malaysia merdeka tahun 1957 dan jadi Malaysia tahun 1963. So basically Garmin wujud lepas Malaysia merdeka manakala Suunto sebelum Jepun datang ke tanah melayu.

5. Jawapan saya sebagai ahli Usulluname (Ahli pengkaji asal-usul nama)
Maksud Suunto adalah “bearing”, “heading” or “direction”. Maksudnya “Arah” atau “Kiblat”. Tagline Suunto adalah “Conquer New Territory” (sila ambil perhatian en. Udiey Pengurus Kelab).

Maksud Garmin adalah gabungan nama 2 orang foundernya, Gary Burrell and Min H. Kao. Tagline Garmin adalah mmmmmm tak jumpa pulak lah.

Kira cam kalau korang bukak syarikat, seorang nama Abu, sorang nama Arip, korang boleh letak company nama ABURIP. Ok, sekarang cuba sebut nama company ni laju-laju.

6. Jawapan saya sebagai ahli perniagaan
Suunto hanya fokus buat satu benda. Iaitu Jam. Benda-benda lain yang sangat minor adalah alat dive dan kompas.

Manakala Garmin buat macam-macam bukan setakat jam sahaja. Punya la banyak sampai nak start kat mana pun saya tak tahu. So boleh pi web Garmin dan check sendiri produk dia apa.

Dulu saya buat macam-macam business sampai at one time saya ada 4 company. Tapi tak berapa nak menjadi sangat. Sekarang saya fokus 2 je iaitu Multimedia IT dan Payment Gateway. Saya ingat nak poligami sampai 4 tak larat so at the end saya fokus 2 sahaja.

So, Suunto sangat fokus, manakala Garmin, ada banyak benda nak buat. Baik ke buruk? Ntah. Banyak duit dan team ramai ok. Tade hal. Team 3 orang nak buat semua benda jadi arnab la semua. Boss lu pegi mati la.

7. Jawapan saya sebagai Pelawak Muslim yang terpaksa menonton program Imam Muda Da’i what soever sebab mak mertua saya suka tengok
Suunto hokikatnya orang pakai kat tangan kena air mutlak dibawa bersama dalam sembahyang. Garmin orang letak kat dashboard kereta. (lawak ini saya bagitau kat en. Udiey Pengurus Kelab di Bali sebab dia nak beli Garmin Fenix 3 katanya)

8. Jawapan saya sebagai Runner
Ok. Ini sebenarnya yang paling penting sebab anda nak beli jam untuk kegunaan larian. Bagi saya masa lagi untuk kaji sama ada Suunto atau Garmin. Saya akan kaji khas Suunto Spartan vs Garmin Fenix 3.

Ada makna tu ada makna tu…..

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *