Jam : Suunto yang mana satu nak beli ni?

Kawan saya mesej saya tanya jam apa bagus. Hmmm… susah nak jawab ni.

Now, saya ada tulis pasal ni di sini. Boleh baca tulisan lama masa tak berapa nak matang atau level brand attachment kuat gila.

Jam : Suunto Spartan vs Garmin Fenix 3

Dah tua-tua ni attachment kita pada brand tu dah makin berkurang skit sebab attachment kita dah pada benda lain yang lebih signifikan. Tapi sebab dah tua, so nak explore brand baru tu pun ada satu hal lagi maka kalau tanya saya, saya decide untuk maintain dengan brand yang saya familiar.

Jam-jam Suunto saya

To date sekarang saya memang tengah nak cari next jam saya sebab jam saya pakai untuk lari adalah Suunto Ambit 2. Jam ni dah makan tahun rasa macam dah 7 tahun…. dah tapi masih elok cuma cable nak charge dah rosak, gigi dia tertanam so at the end of the day, untuk training saya tak pakai jam. Jam ni ada hr belt macam bra tu tapi memang menyusahkan bila nak kena pakai. Rasanya dah ilang ntah kemana dah bra satu tetek ni. Jam ni saya pakai dari saya lari 1 km sampai ke 42 k di Tokyo. Bagus jam ni. Taat, setia dan tak curang. Serve the only purpose : RUN.

Saya ada tengok nak beli Suunto Spartan masa tu tapi zaman tu takde Spartan yang HR wrist… so saya KIV sampai ke hari ini.

Selain Ambit 2, saya ada Suunto jenis lain. Bila pergi kerja hari yang tak ada meeting, saya pakai Suunto Essential. Tak payah nak charge, pakai batteri, design pun lawa. Tali dia best. Muka dia minimalist, aura tenang gitu. Kalau ada meeting nak jumpa orang saya pakai jam lain.

Bila saya pergi ride naik motor, saya pakai Suunto Kailash. Lama saya aim jam ni. Akhirnya dapat jugak. Tu pun masa saya beli tahun 2017, dah tade stock kat kedai. Sampai ke Penang cari baru jumpa. Alhamdulilah.

Ni tulisan saya pasal Kailash.

Jam : Suunto Kailash
Jam : Suunto Kailash Pt 2 – Gunung Daik bercabang 3
Jam : Suunto Kailash Pt 3 – Barang baik mesti menang award

OK. Basically saya memang minat gila la kat Suunto ni tapi tak semua Suunto adalah untuk semua. Maksud saya, setiap Suunto tu ada sebab dia design macam tu. so next, bagi menjawab persoalan kawan saya ni, ni saya tulis skit berdasarkan yang saya tahu. Tapi sebelum tu, kita layan iklan dia dulu. Nak beli barang mesti tengok iklan.

Iklan ni bagi idea apa behind philosophy sesuatu brand tu. Kira pegangan hidup brand tu la. Tapi cite dia iklan ni nak bagi kita terpengaruh kalau tengok dari sisi lain, so mesti la dia cite yang best-best takkan nak cite yang barai lak kan? Namun begitu, kalau iklan pun dah tak berapa nak best dan tak berapa nak makan dalam, apa tah lagi produk dia?

Tapikan, bila tengok iklan ni…. teringat pada satu iklan ni dulu….

Suunto paling baru, Suunto 7

Ni Suunto paling baru. Jam ni OS baru, OS google. Level dia adalah apple watch dengan sport mode. Kira boleh guna untuk lari, tapi saya mahu lebih lagi untuk kehidupan saya. Maksud dia, bukan specific utk larian tapi ada features lain yang fancy mancy. Sebabkan Suunto buat jam ni tak berapa nak focus, kalau nak beli jugak, kena make sure yang sport mode dia yang dikatakan advance tu betul2 meet requirement kita atau tak. Takut nak beli jam untuk lari, tapi terbeli jam casual yang boleh digunakan utk macam-macam tapi bila bab nak guna untuk lari cam babi.

Apa yang paling cool pasal Suunto 7? Dia ada heat map. Cool gila. Heat map ni untuk menda? Kita leh tengok kat mana activity sukan paling panas. Maksud dia, paling frekuensi tinggi. Contoh kat mana tempat paling ramai orang lari. Heat map ni strava pun ada tapi untuk subscriber level, tapi Strava hanya tengok heat map sendiri manakala yang ni heat map berjemaah. Data heat map ni saya rasa dia amik dari Movescount. So maksud dia, heat map untuk yang pakai Suunto je la.

Lain2, sebab jam ni OS dia dah google, so nak install apps dari google store boleh contohnya nak install strava dalam jam ni. Atau nak dengar lagu terus dari jam ni pun boleh.

So bila Suunto allow apps lain duduk dalam jam dia ni sebenarnya pada saya cam tak berapa bestlah. Macam melacurkan diri sendiri. Yela ko dah buat jam dengan apps ko sendiri last2 ko pakai apps orang lain dalam jam ko. Kemon Suunto….. i kecewa tau tak.

Kalau tanya saya adakah saya nak beli tak Suunto 7 ni, saya kata tq carry on.

Sekarang kita tengok jam Suunto yang betul-betul didesign untuk runner.

Adik beradik Suunto yang lain, 3, 5, 9

Beza antara 3 jam ni gini. Suunto 3 untuk training senyum2 gelak ketawa tanya eh awek tu sapa nama? Esok u datang gym tak? Ini Suunto entry level dimana saya nak bersenam dan pergi gym, saya rasa macam nak try lari, tapi saya nak pakai Suunnto. Take note kalau tak silap saya, Suunto 3 takda GPS.

Suunto 5 pulak adalah untuk yang dem saya dah terjebak dalam larian. Matlamat saya nak pi FM. Saya sangat serious dan komited. Saya hari-hari tengok kes covid bila nak turun sebab saya tak sabar nak register race. Tapi kadang-kadang saya ada nak naik basikal gak. So ini adalah Suunto mid level yang boleh kasi kita puas dan senyum setiap kali bersama. Suunto 5 lahir nak ganti Suunto Spartan Trainer. Suunto 5 boleh pegi 20 jam gps mode, maksimum kalau kemut 40 jam (reduce mode). Take note ini bukan jam touch screen. Yang tak best pasal Suunto 5 dengo cite takleh connect movescount. Tak sure ni betul ke tidak kena check balik sebab kalau tak boleh mmg bodo aah.

Manakala Suunto 9 adalah untuk hard core. Saya nak tengok speed angin masa saya lari ni, lepas tu suhu berapa, kelembapan cuaca berapa sebab saya nak make sure saya lari ni paling efektiflah. Saya tanak juga saya tengah lari tiba-tiba kena sambar petir sebab diri saya sangat berharga. Dalam otak saya nak break PB kaw-kaw punya. Target nak lari kat gunung everest pulak lepas ni tak pun saya dah menyampah lari saya nak masuk ironman pulak.  Ini adalah Suunto paling up antara semua. Batteri dia paling tahan lama. Boleh pegi 120 jam gps mode.

Kira kesimpulan dia, Suunto 3 kaki treadmill. Suunto 5 untuk avid runner. Suunto 9 untuk yang dah gila tak cukup tanah nak cuba air ngan angin lak.

Suunto zaman dulu level atok ngan pak sedara, Spartan dan Ambit

Suunto Spartan ni adalah siri Suunto yang sebelum siri 3,5,9. Maknanya one step backward. Suunto Spartan lebih kurang macam Suunto 9. First dia lahir dulu, then Suunto 9 lahir untuk replace dia. Sebab Suunto 9 ada, maka Spartan turun harga sikit. Sama macam Suunto Spartan Trainer, yang ni ganti dia Suunto 5.

Suunto : Spartan
Jam : Suunto Spartan Series

Manakala Ambit lagi 2 step backward. Ini zaman baru2 nak lari dulu. Masa ni zaman kedai oranng tanya Suunto tu apa? Suntut ke?

Gila dah tua saya level pakai ambit 2. Nampak sangat kena upgrade jam (alasan).

Selain Suunto jam apa abiang syorkan?

Ini masalah skit dik sebab abiang tak pernah pakai jam lari brand lain. So kena tanya orang lain. Tapi sebab abiang tak suka nak hampakan perasaan orang esp. perasaan adik, so abiang ada call kawan abiang yang pakar Garmin.

Dia kata, boleh cuba Garmin Forruner 245 atau kalau nak pegi otai Garmin Fenix 6. Manakala ada satu lagi kalau nak cuba brand Coros. Paling up kata dia Vertix. Middle range Apex, starter Pace. Kawan abiang ni sekarang pakai Garmin tapi macam nak cuba Apex kalau jam dia yang sekarang rosak satu hari nanti.

Nak tau pasal jam ni lebih detail adik kena keluar lari nanti masa lari tu tengok orang yang ada pakai jam ni. Agak2 dah tenang tanya depa ok ke jam tu. Kalau tanya kat abiang haram abiang tak tau.

So itulah dia cite pasal jam Suunto. Kalau minat beli la, tak minat takpe. Banyak lagi brand lain yang penting kita beli kita puas hati. Jangan ikut orang sangat sebab kita tak sama dik. Lain orang lain minat dia. Bak kata pepatah, rambut sama hitam… hati lain2… (kalau kat Malaysia la sebab oversea ada yang blondie).

 


Sumber Rujukan & Bacaan Lanjut

https://www.sport-passion.fr/en/testing/comparison-suunto-3-5-7-9.php

https://www.sport-passion.fr/en/testing/suunto-9-vs-spartan-ultra-comparison.php#:~:text=Suunto%20Spartan%20Ultra%20already%20offered,improved%20in%20power%20saving%20modes.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *