Jarak bumi dengan matahari

Semalam saya ada tulis pasal lari ke matahari. Jangan ingat saya buat kelakar. Ini adalah finding yang lebih mendalam. Jarak bumi dengan matahari adalah 149.6 juta KM atau 92.96 juta batu. Screen Shot 2015-12-07 at 6.30.32 PM Screen Shot 2015-12-07 at 6.30.11 PM

Ini pula adalah gambarajah rujukan sistem solar kita. Bumi adalah no 3 dari matahari.

solarsys_poster

Thus, berapa average KM sehari seseorang itu berjalan? Mengikut kajian jepun, seseorang yang aktif akan berjalan sejauh 8 KM sehari atau 5 batu, menyamai 10,000 tapak. Maka, dalam setahun, seorang yang aktif akan berjalan sejauh :

8KM x 365 hari = 2,920 KM

Berapa jauh seseorang itu akan berjalan seumur hidup dia? Untuk itu kita kena tahu berapa average umur orang zaman ini hidup. Didapati, average umur seorang lelaki hidup zaman ini adalah 85 tahun.
Screen Shot 2015-12-07 at 6.42.15 PM

So, berapa jumlah jarak seorang lelaki akan berjalan sepanjang hidupnya? Ambil kira pukul rata-lah, 85 tahun tu amik tiap2 tahun berjalan (walaupun bayi belum berjalan), maka :

85 tahun x 2,920 KM = 248,200 KM

Maka, berapa orang yang diperlukan untuk lari sejauh jarak ke matahari?

Jarak bumi ke matahari / 248,200
= 149.6 juta km / 248,200 km
= 602 orang

OLEH ITU,

Kalau saya nak suruh keturunan saya lari berganti-ganti, hingga jumlah jarak semua ahli keluarga ini sama dengan jarak ke matahari, makanya paling minimum, 602 ahli keluarga kena lari baru jarak dia sampai ke matahari.

602 orang, berapa generasi?

Kalau satu bapak lahir satu anak dan seterus-seterusnya, makan ia memerlukan 602 keturunan untuk complete challenge ini. Kalau start sekarang, kemungkinan challenge completed by year ….. ahhh. Saya kena adakan satu sessi dengan kawan saya yang genius matematik untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi kalau saya congak bangang mengambil kira setiap 35 tahun akan ada satu kelahiran baru dari keturunan saya, boleh jadi, pada tahun 22910 kelak baru challenge ini akan complete. FEH.

lukejedi-star-wars-episode-7-what-is-luke-skywalker-planning-gif-240120

Apapun, nasib baik kita duduk kat bumi. Kalau kita duduk kat Pluto, ntah berapa generasi nak kena lari baru sampai.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_