Trunvelogue, siritokyomarason : Jeket Michelin Baby

Semalam kebetulan saya pergi hantar servis Mat Tigu. Service makan masa dalam 3-4 jam. Appointment jam 9 pagi so siap mesti tengahari. So saya ingat lepas servis tu nak ponteng kerja pergi kedai Pre Loved Japan atas cadangan isteri saya. Sekali entah macam mana instead of tunggu keta siap, elok lepas hantar kete terus kami ke kedai Pre Loved Japan itu. So basically kami ke service centre tu naik dua kereta la. Tinggal satu, then chow chin chow dengan yang satu lagi.

Sebenarnya tujuan utama nak ke kedai Pre Loved Japan ini adalah untuk mencari jeket michelin untuk EL Lukh. Ini adalah disebabkan berdasarkan pengalaman yang lepas masa di Melbourne, nak jalan pun susah sebab bila kat luar je EL Lukh mengaruk (meragam). Masuk dalam mall, senyap. Keluar mall, mengaruk. Hari-hari akhir tu baru faham rupanya dia sejuk. Walhal kami dah pakaikan baju 4 lapis siap balut selimut untuk dia so sebenarnya masih lagi sejuk membuatkan dia mengamuk tak tentu hala, sekaligus merosakkan program kembara Melbourne kami semua.

So kali ini saya decide untuk cari Jeket Michelin Baby untuk dia dengan harapan agar pisang tak berbuah 2 kali. Masa kat Melbourne hari tu suhu dalam 14 celcius siang. Ni kat Tokyo lagi sejuk. Maybe 10 celcius. So apakah jeket Michelin?

1a7cf865596e7a1239722aafb03cb747

So Michelin adalah makhluk tayar yang bebelang bulat di seluruh badan dia. Manakala, jeket Michelin, adalah jeket winter (bukan winter soldier) yang gemuk-gemuk ala Michelin juga. Ini semua isteri saya la bagi nama.

100-130cm-Warm-font-b-Winter-b-font-Parka-Boys-Cotton-font-b-Jacket-b-font

Masalah jeket Michelin ni untuk cari size EL Lukh bapak payah. Kami dah pergi ke Universal Traveller dan Winter Time Sunway. Tidak ada size untuk infant. Kemudian kami ke OU untuk tengok di cawangan yang sama. Juga tidak ada. Kami masuk Mothercare situ. Pun tak ada. Lepas tu kami tengok di Uniqlo. Pun tak ada. Agak dah 6 kedai satu hari, saya kata kepada isteri saya, lain hari pulak kita cari.

Dan hari lain itu adalah hari semalam.

So memula kami ke One City. Dalam 5 minit dari tempat saya service Mat Tigu. Kami kira antara yang paling awal sampai situ sebab 9:45 pagi dah terpacak. Kedai pun tak buka lagi. Kami naik tingkat atas sebab isteri saya kata kedai Pre Loved Jepun tu belah atas. Saya dok fikir cam saya pun macam ada pernah tengok video kedai Preloved Jepun ni tapi kenapa macam tak sama feel dia.

IMG_4015

So bila masuk kat dalam tu, agak besar juga kedai Pre Loved Jepun ni. Majoriti adalah baju-bajuan. Kemudian ada mainan sikit. Ada komik sikit. Tingkat dua ada stroller banyak selain daripada alat musik, alat senam, kasut dan beg.

Saya ada amik pic, ni adalah gegambar yang boleh bagi anda idea.

IMG_4016IMG_4011 IMG_4010 IMG_4008 IMG_4007 IMG_4006 IMG_4005

Bila dah listkan gambar ni rupanya baru saya perasan yang saya tak amik pun gegambar baju-bajuan dia yang paling majoriti ada disini. Anyway, saya bagitau isteri saya yang masuk kedai ni feeling dia macam pergi melawat pusat bantuan kampung jepun yang kena serangan raksasa. Orang kampung semua lari dan satu Jepun bagi bantuan barangan untuk mangsa serangan raksasa. Isteri saya cuma tersenyum yelah tu.

Bila dah pusing-pusing tu nampak macam tak ada yang berkenan, saya pun kata kat isteri saya yang video Pre Loved saya tengok tu bukan kedai ni. So untuk kepastian, saya google balik video tu di Youtube dan akhirnya nasib baik jumpa. Ini video dia. Ada Amy Search.

So kami pun gerak ke Bandoru pulak. Kalau ikut waze dalam 17 minit. Jalan punya jalan last sekali sampai. Lokasi Bandoru ni tepi highway federal sebelum masuk tol. Kedai dia sebelah AL-Ikhsan yang dah tutup tu.

IMG_4018

Dekat pintu nak masuk tulis Cash Only. Saya macam mula la nak marah. Sebab lately saya dah mula pakai debit card. Malas nak draw duit sebab lagi senang. But anyway, sebabkan dah sampai, saya masuk jugalah.

Basically saya ingat cameraman yang shoot video ni memang genius. Store dia taklah besar gila macam dalam video tu tapi taklah kecik gila macam kedai runcit. Boleh tahan la. In term of barang, saya ingat banyak barang dah habis sebab Bandoru ni baru buka 15 atau 16 november hari tu. So masa saya datang ni mungkin banyak yang dah habis.

So matlamat nak cari Jeket Michelin EL, agak gagal juga sebab tak banyak options dan tak banyak size. Last-last saya belikan jeket jeans untuk isteri saya. Agak cantik dan memang macam baru. Harga cuma RM30.

IMG_4019

So kami pun dah macam mati kutu nak cari kat mana. Sekali isteri saya bagi cadangan, apa kata terus ke Shah Alam. Ada satu kedai winter dalam Kompleks SACC Mall. Saya tengok waze dalam 12 minit je so kami pun ke sana. Kedai ni nama dia Goin’ Places.

 

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Sesampai kat sana, kami makan tengahhari dulu sebab lapar gila. Then baru naik atas. Saya macam ingat-ingat lupa rasa macam pernah datang sini dulu.

Anyway, masuk kedai tu kat tingkat 1 rasanya, belakang MPH. Cari punya cari last sekali ada 2 Jeket Michelin. Satu size dia memang ngam-ngam dengan EL. Tebal, gemuk, bulat. Rega RM 139. Ada satu lagi, tak tebal sangat, nipis, tapi masih michelin. Rega RM199.

Saya tanya akak kedai tu apa beza. Rupanya yang tebal tu dalam dia polyster. Yang nipis tu dalam dia feather. Yang mana lagi tahan sejuk? Dia kata yang feather.

Saya pakaikan kat EL, macam agak besar sikit. Tapi acceptable. Fikir punya fikir saya amik yang biru tu. Sebabnya, walaupun besar sikit, nanti boleh pakai lama. Budak kan cepat besar. Satu lagi sebab dia lebih panas berbanding yang tebal tu.

Akhirnya misi mencari jeket Michelin EL berjaya juga. Kedai ke 9 baru nampak hasil. Ok EL. Harap kau tak menangis lagi macam masa kat Melbourne. Kalau ko menangis jugak, Abah balut ko dengan selimut toto.

IMG_4024

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *