Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan, Takziah kepada keluarga

Screen Shot 2014-11-06 at 12.27.19 PM

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelajar SM Sains Sultan Mahmud, yang hilang ketika menyertai Marathon di Sekayu Waterfalls / Hutan Lipur Sekayu, Terengganu. Pelajar tingkatan 4 ini, Ahmad Rafikin Azman, walaubagaimanapun, jenazahnya telah ditemui setelah hilang 4 hari, dan telah selamat dikebumikan pagi tadi.

Ahmad Rafikin telah menyertai Gunung Gajah Terom marathon bagi kategori Junior 12KM dan hanya melepasi checkpoint pertama sebelum hilang. Acara maratahon ini anjuran Tourism Terengganu dan National Adventure Association. Acara ini disertai seramai 540 runner lain dari pelbagai kategori.

Screen Shot 2014-11-06 at 12.11.26 PM

Takziah kepada keluarga dan semoga kejadian malang sebegini tidak lagi berulang. Pelbagai spekulasi timbul tentang kehilangan pelajar ini namun realitinya, race ini dijalankan pada musim tengkujuh dan boleh jadi faktor keselamatan dan faktor keadaan hutan yang licin antara punca lain yang harus difikiran.

Dalam erti kata lain, tak payahlah nak salahkan makhluk ghaib sebab di Malaysia ni asal ada orang hilang semua orang tunding jari kepada makhluk ghaib. Bagi saya ini cara mudah nak tutup kesilapan dan kelemahan yang kita telah lakukan.

Saya mendapat tahu yang rupanya Ahmad Rafikin ini anak kepada sepupu budak ofis saya. So saya dah interview budak ofis saya ni cerita sebenar disebalik media. Apapun seperti yang saya katakan tadi, faktor keselamatan sangat penting lebih-lebih lagi bila masuk trail running.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_