Trunvelogue, siritokyomarason : JTB Pt 1

Semalam saya ke KLCC untuk lari awal tahun bersama orang rumah dan EL. Dari rumah kami dah bersiap bagai, dan target tahun ini adalah untul lari 10 meter bersama EL (kerana EL baru dapat kaki) dan kemudiannya meletakkan dia dalam stroller sambil kami suami isteri sambung lari.

Malangnya masa otw ke KLCC, hari mulai hujan. Saya yang sedang memandu, memandang orang rumah dan dia berkata, “Lega”.

*STB = Selamat Tahun Baru

Oleh kerana hujan turun semasa kami melintasi highway MEX, maka, kami teruskan juga dengan berfikiran positif, hujan akan berhenti.

Sesudah parking bagai dan naik lif (sebab ada stroller), maka kami pun keluar ke taman KLCC itu melalui pintu depan mall. Hujan ketika itu kejap rintik kejap berhenti. Agak 10 minit tunggu akhirnya saya decide yang better saya seorang sahaja yang pergi lari sementara orang rumah saya boleh shopping apa yang patut dengan EL.

EL muka kecewa macam faham je hari ni father dia nak buat apa

Sebenarnya saya ada bawa jacket hujan larian (in fact saya ada 3). Namun nak pakai jacket hujan larian macam malas betul. So saya terus sahaja lari dengan apa yang sedia ada. Jacket hujan itu saya biarkan sahaja dalam stroller.

Target larian saya hari ini adalah 10K easy. Mula-mula lari hujan biasa sahaja. Rintik-rintik lemah romantikal kurang sejuk. Runners pun tak berapa ramai, apa lagi pengunjung yang ramai sudah melarikan diri dari taman ke dalam shopping mall.

Taman KLCC ini satu pusingan boleh dapat 1K lebih sikit. Route : Taman KLCC / KLCC Park. So kalau nak lari 10K, kena pusing 10 kali. Masa pusingan kali kedua, hujan mulai lebat. Dan saya mulai menyesal kerana kalaulah saya pakai jacket hujan larian tadi, takdalah basah lencun sangat.

Ada runner yang sudah mula berteduh bawah pondok-pondok kecil. Tapi ada juga runner yang teruskan larian. Oleh kerana nak achieve training target, saya teruskan larian juga.

img_3863
Sebelum Thor sampai

Apabila masuk pusingan ketiga saya dapati hujan semakin lebat. Ketika itu saya terfikir, kalaulah buff yang saya pakai di kepala ini ada lapisan nano yang boleh menghalang air daripada kena kepala, maka kemungkinan kepala saya lencun mesti kurang. Saya terfikir, kalau tidak ada lapisan nano pada buff ini, ada tak orang jual spray nano yang kita boleh spray supaya kain jadi kalis air?

Idea lapisan nano ini adalah apabila saya tengok dalam running magazine. Ada satu iklan kasut asics dimana ada lapisan nano pada kasut itu yang membuatkan ia tidak basah kalau kena air. Depa namakan technology ini PlasmaGuard.

asics-plasmaguard-laufschuh-gt-2000-sport-schuster-markenshop-m
Boleh lari masa banjir

Saya ada sepasang kasut boot Timberland yang mempunyai technology yang lebih kurang sama. yang saya pakai bila camping. Namun dia tak panggil nano. Tak silap saya nama dia Gore Tex Membrane apa kemenatang ntah. Tapi memang betul. Kalau kita jalan dalam air, air tak masuk dalam kaki dan kaki tak basah. Saya dah test masa #misibanjiro 2 tahun lepas dimana saya ke Kelantan untuk misi banjir. Memang tak ada masalah. Tapi tak lah saya harung banjir pakai kasut tu. Sayang kut. Untuk air takat-takat geli, memang kalis air.

Now, berbalik pada larian dalam hujan, bila masuk lap keempat, hujan semakin lebat dan kilat mula sabung menyabung. Bila Thor dah mula nak turun ke bumi, saya pun ambil keputusan untuk berhenti lari dan pulang ke shopping mall mencari isteri.

So basically, larian saya hanya sampai 4 KM lebih sahaja, dan saya masuk shopping mall dalam keadaan lencun kesejukkan. Kalau saya pakai jacket larian hujan tadi mungkin saya boleh pulun lagi at least 7K ke sebelum kena panah petir. Hujan ni bukan apa. Takut demam sebab sejuk. Badan dah tua. Tak kuat macam dulu.

Ini adalah minggu ke 3 Training Tokyo marathon saya. Rasa sejuk kena hujan mula ditambah dengan rasa seram. Patutlah orang kata, Seram-Sejuk. Ini rupanya feeling dia.

screen-shot-2017-01-04-at-11-53-05-pm

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *