Trunvelogue, siritokyomarason : JTB Pt 2

Saya kemudian masuk ke KLCC dengan basah kuyup. Ke basah lencun? Bolehlah. Memana. Ramai orang berteduh depan pintu mall. Ada yang sedang hisap rokok. Ada yang tengok air hujan. Ada yang berdiri sahaja macam menunggu hari kiamat.

sambungan dari  JTB Pt 1

Perubahan suhu dari luar ke dalam nyata lebih menyejukkan. Mungkin faktor aircond yang kuat meniupkan angin sejuk ke badan saya yang basah kuyup. Nasib baik baju saya serba hitam. Tak obvious sangat kebasahannya.

Saya call isteri saya dan kami jumpa di tingkat foodcourt. Dia dah siap-siap beli air boost untuk saya sementara saya tengok EL tak sabar nak peluk saya. Saya katakan pada EL tak boleh, abah busuk. EL seperti biasa tak paham satu patah benda pun dan terus sahaja merengek minta didukung.

Dulu masa EL kecik dia tak rapat sangat dengan saya. Tapi lately dia lebih manja dengan saya berbanding dengan ibu dia. Ada petua nak buat macam mana anak lebih manja dengan kita. Masa dulu adik ketiga saya O pajeli duduk dengan Uwan dan Aki di Kampung Budu Kuala Lipis sejak lahir. Dia membesar di sana sampai umur 4 atau 5 tahun saya pun lupa. Setiap kali abah dan mak balik kampung dan cuba membawa O pajeli balik duduk dengan kami, O pajeli akan menangis dan memberontak kerana pada fikiran dia abah dan mak dia adalah aki dan uwan.

Makanya abah ngan mak saya puas pergi cari air untuk tawar dan jampi agar O pajeli lupakan aki dan uwan dan duduk dengan kami. Malangnya semua tak berjaya. Relationship O pajeli dengan aki dan uwan memang ketat. Hinggalah satu hari dimana uwan dan aki nak ke mekah, so tidak ada pilihan lain melainkan kena bawa O pajeli balik duduk dengan kami juga walau macam manapun.

Satu hari abah ada jumpa dengan seorang pakcik ini. Pakcik ini duduk dekat sahaja dengan rumah kami di Bandar Baru Uda JB masa tu. Sebelum ini puas cari orang yang ada “kebolehan” dan rata-rata jauh dari rumah. Pakcik ini tak jampi air apa pun sebaliknya bagi petua begini. Bawa semua anak mandi sekali, dan pastikan air mandi dari abah jatuh ke anak ini, iaitu O pajeli. So ayah saya buat dan alhamdulillah. Mental O pajeli dibetulkan dan dia akhirnya ikut dan duduk dengan kami di JB. Sementara itu, Aki dan Uwan sangat bersedih hati kerana cucu kesayangan dia dah pergi.

Zaman dulu tidak ada sistem maid bagai. So anak kecik memang biasa dihantar pulang untuk duduk dengan uwan dan aki. Masalahnya bila terlalu lama, bonding mereka lebih kuat dan padat.

So sejak EL masuk umur dekat nak setahun dan bila boleh berdiri sendiri, saya mandi dengan EL bawah shower sebab saya malas nak tadah air dalam bath tub. Saya bukan setakat pastikan air badan saya jatuh kena dia, malah air ketiak saya pun saya sapu ke muka dia. Kah kah kah. Sejak itu saya perasan yang dia memang manja dengan saya walaupun kadang-kadang saya buat-buat naik angin dan marah bila dia buat benda mengarut.

***

img_3870
Desk Officer yang sangat ramah

Kami kemudiannya singgah JTB atau Japan Travel Bureau. Pejabat ini terletak di dalam iSetan tingkat mana ntah lupa. Tujuan dia adalah untuk collect data dan tanya pasal Jepun. Antara benda penting adalah berapa kos untuk tiket keretapi bagai.

Oleh kerana EL buas nak kesana kesini bila nampak space luas dan besar, hanya isteri saya yang pergi menyiasat tentang info-info yang berkaitan sementara saya menjaga EL.

Lantak la EL. Asal bahagia.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Ini adalah alamat detail dia dan boleh call kalau nak tau apa-apa.

Kuala Lumpur (Express Outlet – KLCC)
Address: 
Event Hall 2nd Floor, Isetan KLCC, Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Operating hour: 10:30am-08:30pm (daily)
TEL: (EN) +60 3-2181 7626/27
EMAIL: info_kul.my@jtbap.com
Access Info: Approx 3-minute walk from KLCC station

Ini pula web dia untuk study lanjut :

http://jtbmalaysia.com

***

Lepas saya update IG saya gambar EL depan JTB, esoknya En. Remin message saya pergi JTB ke? Saya macam blur kejap. Puas saya fikir JTB tu apa ingatkan JTB = Jogging Tahun Baru. Rupanya Japan Travel Bureau. Nampak sangat tak register dalam kepala.

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *