Dulu masa kecik, kan ada lagu. Jula juli diberi nama, saudara saudari, cikebom-cikebom… dan seterusnya. Tak tau, tanya kengkawan.
Bila saya dengar ahli kumpulan Conquer sorang je dah nak masuk 18 race tahun ini, tiba-tiba saya rasa seram pulak dan cepat-cepat tengok berapa race saya dah masuk tahun ni. Bila saya check, rupanya saya dah masuk 3 race. Tapi dari 3 ni, 1 je yang saya pergi. 2 lagi barai.
Untuk kipidap dengan ahli kumpulan Conquer, so saya dah sign up 2 race untuk bulan Julai ni. Race itu adalah :
1. 12K Smart Tunnel Run
2. 21K PJ Half Marathon
Eh… lupa. Hari ni hari jumaat. Nak kena pegi masjid. Sat lagilah sambung. Bye.