Ada satu lagu oleh Roxette. Tajuk dia June Afternoon. Lagu ni masa saya form 4 atau form 5 saya pun tak berapa ingat. Yang saya ingat adalah kawan saya, John Zulazri tulis lirik lagu ni dekat muka depan buku rujukan Preston. Tulisan dia kecik-kecik, tak mengambarkan langsung orangnya yang tinggi lampai.
Saya tanya dia masa tu kau hafal ke lirik lagu ni atau kau salin? Dia kata dia hafal. No wonder John Zulazri berada di dalam kelas english Set A. Berbanding saya yang duduk dalam Set B. Satu-satunya waktu yang kita campur dengan budak kelas lain waktu class, adalah masa time english. Yang english dia level British Council duduk Set lain dan yang English dia barai, duduk Set lain. 3 kelas akan dipecah jadi 5 set dari yang paling pandai sampai yang paling barai.
Oleh kerana John Zulazri hafal, maka saya pun cuba nak hafal lagu Roxette ni. Punyalah susah, akhirnya saya berjaya hafal juga. Namun waktu saya baru habis hafal lagu June Afternoon, John Zulazri dah one step ahead dengan menulis lirik lagu How do you do atas meja seorang budak perempuan dalam kelas kami ini.
Kesan dari penulisan lirik itu, John Zulazri (dan lagi 2 orang budak lelaki) dikenakan hukuman ikrar berjanji tidak buat lagi depan semua budak di dalam kelas, bila budak perempuan ni mengadu kat cikgu yang meja dan buku sekolah dia kena conteng. Biasa orang ikrar dekat perhimpunan tapi John Zulazri dan 2 orang lagi kawan saya ikrar dia lebih dari orang lain.
***
Sekarang, pejam celik, pejam celik dah pun masuk tengah tahun. 6 bulan telah berlalu dan ada lagi 6 bulan untuk pergi ke tahun baru. Saya ingat pejam celik pejam celik, kita akan celebrate New Year 2018.
Dalam 6 bulan ni saya baru masuk 2 race rupanya. Tokyo dan SCKLM. Nampaknya tahun ni macam tak banyak race berbanding tahun lepas. In term of KM, kalau ikut Strava saya, baru 317 KM berbanding 999 KM target asal yang tak pernah tercapai tu. Kalau congak baru 1/3.
Saya rasa saya ada tulis dalam blog ni kalau saya gagal achieve 999 KM saya akan stop lari. Sebabnya kalau tak silap saya ini dah masuk tahun ketiga untuk cubaan nak achieve 999KM setahun. Tetiba cam mula menyesal janji kat diri sendiri macam ni. Mula la rasa nak mencurangi :D.
Anyway, lately saya tengah study dan merangka training plan untuk SUB 2 HM 21K. Bila siap, nanti saya update. Jika anda sedang giat dan cuba untuk SUB 2 HM, boleh turut serta dalam training plan ini walaupun secara jauh. Target race untuk SUB 2 adalah race 2XU which is akan berlangsung dalam bulan September. Kita ada almost 4 bulan lagi nak ke race tu so, at least ada dalam 16 minggu untuk training.
Anda bagaimana? Adakah planning larian anda selari dengan yang anda telah rancang atau macam saya masih ada yang rongak-rongak? Saya harap apa jua planning anda, berjaya atau tidak, yang penting ada pengajaran yang kita boleh belajar dari setiap kegagalan atau kejayaan yang kita telah lakukan.
Dan yang penting lagi, kita semua ada 6 bulan lagi untuk full fill apa-apa yang masih belum tercapai. Berjaya atau tidak, letakkan itu nombor 3. Nombor satu NIAT, nombor dua USAHA. Niat jangan lupa manakala usaha jangan barai.
Bak kata Roxette dalam June Afternoon, “Everything is possible in this deja vu”. Tengah hari June takkan menjadi gelap. 21 tahun hafal lagu ni, hari ni bila tengok video clip dia, baru faham satu benda lagi.