Kajian : Apa benda carbon fiber ni sebenarnya?

Setelah Nike memperkenalkan carbon fiber dalam kasut dia, nampak gaya brand terkemuka lain juga dah mula meng-carbon fiberkan kasut-kasut larian. Tapi sebelum kita pi kedai kasut dan order, “Mamak, kasi saya carbon fiber satu!”, apa benda sebenarnya carbon fiber ni? Asal depa tak letak emas instead of carbon fiber? Takpun letak la plate kryptonite ke apa ke.

1. Carbon Fiber, berasal dari bumi

Ia bukan diimport dari planet lain tapi basically, ia berasal dari bumi. Namun begitu, dia bukanlah sesuatu material yang kita boleh gali belakang rumah dan jumpa macam emas. Ia adalah material yang telah diproses.

Manakala Carbon yang ada kat mana-mana. Contohnya kita bakar kayu, dia jadi arang. Arang adalah pure carbon.

2. Adakah manusia mempunyai elemen carbon dalam diri?

Ya. 18% dari badan kita adalah carbon, tapi bukan carbon fiber.

3. Apakah bahan yang menghasilkan Carbon Fiber ini?

Resepi carbon fiber adalah polimer organik yang dicampur dengan atom carbon, melalui proses-proses chemical yang melibatkan resin, prophene, ammonia dan bla bla bla…. kalau orang kampung tanya senang cerita, plastik + carbon.

4. Kenapa dia panggil Carbon Fiber?

Sebab dia adalah helaian – helaian yang lebih kecil dari rambut, dicantum, itu pasal nama fiber.

5. Apa yang best sangat pasal Carbon Fiber ni?

Dia 2 x lagi keras dari besi, 5 x lagi kuat dari besi. Chemically resistant, dan high temperature tolerance.

6. Boleh saya melawat kilang yang buat Carbon Fiber tak?

Boleh. Ko layan youtube ni.

7. Saya nak cuba paham ni. Basically, Carbon Fiber ni material baru la kan?

Ya. Penggunaan material berubah dari zaman ke zaman. Mula-mula zaman besi, lepas tu zaman kami suka tin alumunium buang buang, then silikon lalu terkini, carbon fiber.

8. Kat mana Carbon Fiber ni digunakan?

Banyak. Contoh kereta.

Lain-lain cam roket atau spaceship Elon Musk, blade wind turbine, vest bullet proof bla bla bla.

Kalau sukan dia mula dengan golf, depa buat kayu golf. Kendian tennis, buat reket, then kereta lumba dan basikal. Last sekali sekarang masuk dalam kasut lari.

9. Saya cam dah penat dan rasa too much pasal Carbon Fiber ni. Last la soalan saya. Agak-agak, kalau kat masjid, kat mana kita nak letak Carbon Fiber ni?

Soalan ko dik memang paling la. Tapi abiang cuba jawab gak sebab ko rajin bertanya. Kalau dalam architecture carbon fiber boleh replace batu bata atau simen konkrit. So ko boleh buat masjid pakai carbon fiber tapi setakat hari ni tak pernah lagi abiang dengar masjid made of carbon fibre. Kat oversea depa tengah kaji lagi benda ni so boleh baca kat sini.

No dua abiang bersyukur sebab Carbon Fiber ni masa zaman abiang sekolah menengah kat asrama dulu takde lagi. Kalau ada, mungkin ustadz abiang guna rotan carbon fiber libas belakang kitorang sebab lambat bangun subuh tak pergi surau. Mau birat dik… birat. Birat kekal.

Nak lintas titian siratulmustakim esok jembatan dia ustadz kabo sehelai rambut dibelah tujuh. Ko bayangkan kalau jembatan tu carbon fiber, lagi masak kita. Betapa tuhan sayang kat kita, hmmmmmmmmmm kita je yang selalu lupa kat dia.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *