Kajian : Seluar Burung Pt 2 – 2XU Compression Tight

Nampaknya ramai yang berminat tentang seluar burung. So, saya sambung cerita pasal seluar burung yang saya beli hari tu. Saya cuba buat dalam bentuk interview agar nampak menarik sikit daripada buat karangan biasa. Kat sekolah dulukan ada macam-macam jenis karangan. So ni nak deploy ilmu karanganlah sikit.

Berikut adalah sessi temubual isteri saya dengan saya.

1. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami tentang seluar burung. Apakah sebenarnya seluar burung ini?
Sama-sama. Actually seluar burung ni adalah compression tight. Saya namakan seluar burung sebab bila pakai seluar ini, kalau tak kena gaya boleh nampak burung. (ketawa kecil)

2. Kenapa saudara memilih untuk beli dan pakai seluar burung?
Semasa saya masuk half marathon Bukit Jalil pada bulan march hari tu, pada kilometer 18 tak silap saya, seluruh kaki saya mula cramp. Mungkin banyak faktor yang tu boleh baca di blog saya. Tapi, kesannya, saya menghabiskan larian 21K hari itu dalam keadaan sengsara. Saya nak berhenti kaki saya cramp. Saya nak sambung lari kaki saya semakin sakit. Masa habis lari tu ada runner bantu saya untuk hilangkan cramp dan beliau cadangkan saya beli compression sock. Tapi bila saya pergi kedai, saya terbeli seluar burung. (ketawa lagi)

3. Dimana saya boleh beli seluar burung ini?
Itu saya tak pasti tapi selama saya survey-survey, first time saya jumpa seluar burung ni di Marathon Shop Sunway. 2nd time saya jumpa di 2XU The Garden. Saya beli seluar burung saya disitu. Selain dari itu, kalau anda nak compare prize, alang-alang dah ada di Garden, boleh maju ke World of Sport di level yang sama. Ada brand lain juga disitu tak silap saya Reebok dan Mizuno.

4. Kenapa saudara beli brand 2XU?
Asalnya saya ada tengok di website seluar burung Under Armour. Tapi design dia saya tak berkenan sangat. Dan bila saya masuk butik 2XU di Garden tu, adik sado tu layan saya baik dan peramah pula. Banyak sungguh cerita seluar burung yang saya belajar dari dia. So saya beli satu tanda terima kasih saya pada adik sado ni. But anyway, most of runners saya tengok mereka pakai seluar burung 2XU. Mungkin brand dia agak elite. Dan mungkin juga kualiti dia baik.

5. Sudah berapa kali saudara pakai seluar burung untuk larian?
Setakat ni saya dah pakai dalam 3 kali. First time masa trail run Hulu Langat. Yang tu 12K dalam hutan. 2nd time 10K Melawati. 3rd time 10K Kuantan Half Marathon.

banner_kitabkeviktor3
Iklan : Larian May di tanah Australi – kitab bercampervan bersama famili. Selain larian untuk perlumbaan, ini adalah siri catatan pengembaraan 17 hari dari Melbourne ke Great Ocean, dan kembali Melbourne. Baca

6. So, saudara belum pakai untuk race half marathon lagi lagilah?
Untuk 21K belum.

7. Apa perbezaan yang saudara dapati sebelum pakai dan selepas pakai seluar burung ini?
Pertamanya memang betul, sejak pakai seluar burung, kaki saya tak pernah cramp. Masa trail Hulu Langat, memang hard core. Naik bukit, turun bukit, masuk sungai, memang gila. Tapi kaki saya tak cramp. Untuk Melawati 10K dan Kuantan 10K tu saya kira tak berapa hard corelah tapi sejak pakai seluar burung, catatan masa saya makin baik. Misalnya 10K Melawati, saya buat 54 minit. So apa yang saya boleh katakan setakat ini, seluar burung ini mengurangkan risiko cramp pada kaki saya. Setakat nilah.

8. Bagaimana seluar burung ini berfungsi sebenarnya?
Detail dia u kena tanya kat kedai la sebab saya bukan salesman seluar burung. Tapi konsep dia yang saya faham macam nilah. Bila kita lari, otot kita bergegar sebab hentakan kaki kita ke surface jalan. So, bila otot bergegar banyak, lebih banyak darah yang diperlukan dalam badan untuk stabilkan otot ni. Untuk darah yang banyak, lebih banyak udara atau oksigen kita kena sedut. Kesan dia, jantung kita akan pam lagi banyak dan lagi laju sebab nak amik banyak oksigen, maka pernafasan kita semakin laju dan ia akan menyebabkan kita cepat letih. So fungsi seluar burung adalah memegang otot ini supaya tak bergegar banyak. Otot kita duduk pada position yang tepat. Result jangka panjang dia, kita kurang letih. Dan kurang cramp. So mengurangkan risiko injured.

9. Oh begitu… baru saya faham. Anyway, susah tak nak pakai seluar burung ni? Saya tengok saudara pakai kat rumah macam ketat je muka.
Setiap kali saya pakai seluar burung ni saya terfikir patutlah Spiderman pakai suit dia siap-siap sebelum pergi kerja. Superman pun sama. Memang nak pakai dia agak leceh sebab dia betul-betul compress. Even pada seluar burung ni, ada contour ikut otot kaki. Yang ini yang pegang otot kaki kita. Satu lagi grip pada pergelangan kaki itu sangat kecik. So memang kena tarik kuat sikit bila nak pakai.

Screen Shot 2015-06-09 at 10.57.45 PM

10. Macam mana dengan size seluar burung ini? Boleh main pakai beli je ke size S ke M ke ikut kita?
Actually kita tak boleh beli sebarang-sebarang seluar burung ini. Adik sado butik 2XU tu siap bawak keluar pita pengukur dan ukur kaki saya untuk tengok size apa yang sesuai dengan kaki saya. Disebabkan kaki saya kecik, saya kena pakai seluar burung size XXS. Kalau salah size, nanti compression dia tak berapa betul so defeat the purpose. Oh ya satu lagi, sebelum beli tak boleh test seluar ni, ya lah. Faktor Hygien. Takkan kita nak pakai seluar burung yang burung orang lain dah rasmi. (ketawa kecil)

11141937_954344017933439_1043440452_n

11. Bila saudara pakai untuk lari of course akan berpeluh. So macam mana tu? Dah la seluar panjang?
Ok. Kain seluar burung 2XU ni dia bukan macam kain cotton. Dia kain macam jersey tak jersey. Macam getah pun ada. Kain biasa dia anyam silang-silang tapi yang 2XU ni dia anyam bulat-bulat. Depa claim melalui anyaman bulatan ni kain ini lebih elastik. And then seluar ni antibacteria, so kuman-kuman semua tak melekat pada kaki, then bau busuk peluh pun tak da sangat. Peluh-peluh mudah terbebas keluar dan cepat kering. Masa saya lari trail Hulu Langat masuk sungai tu, kejap je dah kering balik. Satu lagi, seluar ni depa claim sun protection. Yang ni saya tak pasti sangat untuk apa tapi saya rasa dia ada kena mengena dengan haba. So pakai tak panas. Tak berlenjer la peluh dalam seluar dan pada burung kita. (ketawa kecil lagi)

Screen Shot 2015-06-09 at 11.07.18 PM

12. Berapa harga seluar burung yang saudara beli?
Saya beli seluar burung yang paling latest 2XU. Nama dia Mens Elite MCS Compression tight. Saya beli yang all black. Dia ada yang lining gold. Harga dia agak sentap jugala dalam RM644. Kira beli satu pakai sampai tualah. (ketawa kecil)

Screen Shot 2015-06-09 at 10.56.22 PM

12. Bapak mahal seluar RM644????? Saudara ni nak jadi atlit negara ke pakai seluar sampai RM644?
Bukan macam tu. Tuhan bagi kita nafas dan tuhan bagi kita kesihatan, so kita kena jaga badan kita ni betul-betul. Sebab kita bukan atlitlah kita kena pakai seluar burung untuk protection otot kita. Kalau kita atlit, latihan kita lain dan memang focus untuk larian seumur hidup. Binaan otot atlit lebih tough sebab tu depa tak payah pakai seluar burung pun.

13. Ada waranty ke seluar mahal-mahal ni?
Mengikut adik sado 2XU tu, warranty dia lifetime pada jahitan… atau defect semulajadi seluar tu. Kalau koyak sebab jatuh tak cover la.

14. Macam mana dengan penjagaan seluar burung ni? Senang tak?
Ok, nak basuh dia jangan pakai washing machine. Nak keringkan dia jangan pakai dryer. Basuh tangan celup-celup manja, gosok-gosok sikit sabun jangan banyak. Jangan berus pulak seluar tu nanti stretch menyesal pulak. Bila jemur jangan jemur tengah panas, jemur tepat teduh. Eh, bukan saudari ke yang basuhkan seluar burung saya?

15. Serius please. Interview ni. Ok. Next question. Kita masuk bab fashion. Macam mana fashion terbaik untuk pakai seluar burung ni?
Saya ada kawan jugak yang pakai compression tight. Depa ni confidence tinggi so depa pakai seluar burung je tak pakai seluar lain dah. Saya respect kat depa sebab saya tak sampai lagi tahap tu. Macam saya, sebab kaki saya kecik dan tak berapa nak ada isi. Bila saya pakai saya tengok saya macam orang cacat. So saya decide selagi muscle Batman saya tak keluar, saya pakai seluar pendek kat luar untuk cover burung. Ada runner yang saya tengok diorang cover burung dia dengan BIB larian. Saya rasa macam lagi nak letak attention pada burung dia la pulak. Tapi apa pun terpulang pada masing-masing. Cuma saya cadangkan beli yang warna hitam sebab bila hitam ni tak nampak sangat burung kita tu. And then bila tangkap gambar dalam instagram, biasanya yang warna hitam dia akan nampak flat. Kita tahu body kita macam mana, so kita decidelah yang paling terbaik agar nampak appropriate. Tapi saya memang suka tengok awek yang body fit pakai seluar burung. Tapi seluar depa bukan seluar burung la, mungkin nama seluar.. ADOI (kena cubit)

31gyRkM48eL

16. Adakah satu kewajipan memiliki seluar burung? Atau trend?
Depends pada kita nak pakai sebab apa. Kalau rasa perlu, then silakan. Kalau takde bajet, simpan duit sikit-sikit. Kalau lari sekali sekala, lebih baik lupakan saja. Tapi kalau dah setahun ada 5 – 6 race, saya rasa memang patut ada. Jangan ikut orang sebab lain orang lain kemampuan. Macam larian juga. Kita lari ikut pace kita. Kita tak lari ikut pace Usain Bolt. Tapi satu hal lagi saya nak kongsi. Seluar burung bukan setakat membuatkan larian kita lebih baik, tapi recovery pada otot kita juga cepat. So kalau kita lari jauh, lebih cepat otot kita pulih. Dan bila kita boleh lari lagi jauh, maksudnya, kita boleh training lebih lama.

17. Katakanlah bajet kita tak cukup lagi untuk seluar burung. Ada suggestion lain tak kalau nak pakai compression tight ni jugak?
Boleh cari brand yang lain mungkin lebih murah. Tapi kalau minat gila 2XU, tak semestinya beli seluar burung panjang. Ada seluar burung pendek. Ada stokin compression. Ada yang untuk betis saja. Boleh pergi check kat butik dia, macam-macam ada. Tapi kalau memang nak solve masalah cramp pada kaki, boleh cuba option lain seperti pakai K-Tape tu. Yang plaster-plaster pada kaki peha bagai. Tujuan dia sama, cuma kos dia lebih murah dalam jangka masa pendek.

18. Ok. Saya ingat sampai sini sahaja interview kita. Terima kasih pada saudara atas perkongsian seluar burung. Ada pesanan terakhir sebelum kita menutup tirai?
Saya rasa sebagai penutup, jika anda berminat nak beli seluar burung, anda boleh buat research yang banyak lagi dan ambil masa untuk compare info dia sebab investment untuk seluar burung pada saya agak tinggi. Macam saya sebab tak sempat sangat nak buat research sebab tu saya terpaksa bayar mahal dan decide untuk ambil brand yang paling famous. Saya cuma sempat baca review seluar burung itu disini. Saya pasti ada brand lain yang lebih kurang sama kualiti dia dan mungkin lebih murah. Namun apapun, demi keselamatan burung kita, apalah sangat RM644…. (ketawa kecil buat kali terakhir)

Kongsi di :