Kajian UTMB : Live Trail

Semalam saya ada pergi trail clinic anjuran Conquer Running Team, menjemput Bro Am dari Team Inov Malaysia. Saya akan update hal ini kemudian sebab pagi ini saya nak ke Hat yai bersama keluarga (itu pun kalau isteri saya lepas di border sebab ptptn level marabahaya).

Basically 2-3 hari ini saya ada ikut perkembangan saudara Deo yang saat sini sedang berlari di UTMB sejak hari Jumaat lepas. UTMB, atau Ultra-Trail du Mont-Blanc adalah race untuk trail di pergunungan Alps, yang routenya melalui 3 buah negara : France, Italy dan Switzerland. Deo masuk 171 KM tak silap saya. Bagi trail runner, ini adalah Mecca atau “life goal”.

Saya tidak boleh menulis panjang sebab adik ipar saya dah sampai dan sikit lagi kami akan bertolak. Namun buat yang mahu mengikuti perkembangan Deo secara live, anda boleh pergi ke

http://utmbmontblanc.com/en/live/runner/2033

Kalau profile Deo tak keluar, masukkan bib number beliau 2033. Di situ anda boleh lihat video di Checkpoint, selain daripada kedudukan Deo sudah di puncak mana.

Ini screenshot pada hari Jumaat lepas. Masa ni video tak ada lagi. Tapi kalau yang sekarang dah ada video.

Screen Shot 2017-09-02 at 3.08.02 PM

Ketika saya menulis ini, UTMB telah bermula sejak 33 jam yang lepas. Seramai 2537 runners yang masuk dan 254 daripadanya sudah habis dan 820 telah DNF. Good luck kepada saudara Deo. Kita baru sahaja habis Sukan SEA tapi untuk komuniti trail runner, Olympic sedang berlangsung pada waktu ini. Para pahlawan olahraga negara sedang berjuang separuh nyawa di sana! All the best untuk Deo dan trail runner Malaysian yang lain!!!

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *