Kaki : Pronation

Apakah  maksud Pronation?
Pronation adalah respons badan kepada daya permukaan lantai yang dipijak akibat hentakan semasa berlari atau berjalan. Bila kaki kena pada lantai, arch memanjang dan menjadi flat, dan ini menyebabkan kaki berpusing kedalam. Keadaan ini membantu badan untuk menyerap hentakan.

Apakah arch ? 
Sila rujuk gambar.

flatfeet-1024x601

archtypes

Tolong jelaskan Pronation dalam bahasa kampung.
Bila hang jalan atau lari, hang pijak tanah. Hang tengok tapak kaki hang tu melekap habis ke melekap separuh ke lantai. Masa dia melekap tu kaki hang pusin sikit ke dalam. Dalam erti kata lain, kaki hang adjust dengan surface yang hang pijak tu supaya otak hang tak gegaq gila-gila punya.

Ada berapa jenis Pronation?
Ada 3.

Pertama, OVER Pronation – Kaki melengkuk keluar, flat arch
Kedua, NORMAL Pronation – Kaki straight, arch normal.
Ketiga UNDER Pronation ( Supinator) – Kaki melengkuk kedalam, high arch

Ada gambar tak?
pronation8

Banyak betul gambar tapak kaki. Macam kedai refleksologi pulak. :P. Ada tips senang tak nak detect?
Normal tu kira normal la. Kalau macam terkangkang je kaki maksudnya over pronation. Kalau jalan kepit  tu maksudnya supination.

Kangkang – Over Pronation
Kepit – Supination  (s – supination, s – sepit )

pronation7

Dalam semua semua ni ada ratio tak in term of bilangan orang yang kategori tertentu?
Majority Neutral. Sikit Pronation dan daripada populasi dunia, 5% Supination.

Ada video tak nak layan?

Kesimpulan
1. Kena tahu kaki jenis apa.
2. Baru beli kasut depends on jenis kaki.
3. Bukan semua orang boleh pakai kasut yang sama.

Kongsi di :