Kasut : Asics Gel Kenun Pt 2 – Majlis Pelancaran

unnamed

Minggu lepas, telah berlangsung acara pelancaran kasut Asics Gel Kenun, siri terbaru dari Asics. Saya telah dijemput ke Asics Concept Store di One Utama untuk majlis ini. Majlis ini ada 2 session. Pertama, adalah session pelancaran kasut dan kedua adalah session test kasut.

IMG_1147

Untuk bab pertama tu majlis bermula sekitar pukul 4:30 petang. Bila saya sampai tu ramai juga pengamal media yang lain. Rata-rata kebanyakkannya adalah dari newspaper dan majalah. Yang runner saya rasa mungkin ada 3-4 orang sahaja berdasarkan outfit yang dipakai.

Mula sampai tu biasalah, pendaftaran. Habis daftar kemudian kami diberikan goodies pack. Dalam goodies pack ini ada t-shirt Asics, kasut Asics, press kit dan sebiji botol air Asics yang tag harganya dalam bahasa jepun. Bila tengok botol air ini saya teringat dua benda. Kenangan di Jepun bulan 2 hari tu dan catatan trunvelogue di blog ini pasal Tokyo Marathon yang tak siap lagi #maafkansaya. By the way, botol ini 500 yen harga dia.

IMG_1143
Yang tudung hitam tu nama dia Maisarah. Orangnya berbudi bahasa dan baik hati.

Saya kemudiannya menukar baju dan menukar kasut untuk tengok sama ada betul-betul ngam atau terbesar terkecil.

IMG_1140
Datang dengan Gel Nimbus 19

IMG_1141
Pulang dengan Gel Kenun…. yay!

JNRZ9568
Nak selfie camera iPhone buruk, so nasib baik ada cermin

Setelah semua jemputan senyum dan muka bahagia dengan baju dan kasut baru, maka bermulah acara secara rasmi. En. Amirul dari Asics, memperkenalkan Kasut Gel Kenun dan juga satu lagi kasut baru iaitu Asics RoadHawk FF. Apa yang saya faham secara awal adalah Gel Kenun ini diinspirasikan dari awan sirus, dimana “kenun” adalah perkataan jepun bagi awan sirus. Kasut ini mempunyai kusyen yang baik, dan target dia adalah untuk fitness explorer. Basically kasut ini bukan setakat untuk dibawa lari sahaja.

En. Amirul ada terangkan juga detail pasal Gel Kenun ni tapi nantilah saya cerita detail kendian.

IMG_1154
En. Amirul dengan Asics Gel Kenun

Kasut kedua pula ada Asics RoadHawk FF. Ini pula adalah kasut larian yang lebih serius berbanding Asics Gel Kenun. Antara kami, ada yang dapat Gel Kenun dan ada yang dapat RoadHawk FF. Saya dapat Gel Kenun.

IMG_1159
En. Amirul dengan Asics RoadHawk FF warna biru

En. Amirul juga ada mengatakan bahawa tak lama lagi akan ada Asics Running Club di Malaysia dimana semua runner boleh participate dan join club ini. So harap club ni available dalam Strava so runner boleh terus join daripada dalam tu.

Sessi seterusnya adalah prakata dari Saudara Edan Syah. Masa ni saya cam terlupa lak nak salin apa dia cakap sebab saya macam first time tengok Edan Syah depan mata so aura pace laju marathon dia tu agak kuat sampai saya pun cam sesak nafas. Saya terasa macam komik Pedang Setiawan versi marathon pulak masa ni. Aura dia tu memang kuat bagi yang boleh merasai kehadiran aura. 😀

Seterusnya ada sessi photo, dan kemudian kami semua turun ke taman depan OU tu untuk sessi test kasut.

Processed with VSCO with a8 preset

***

Dibawah ini adalah detail press release untuk kasut ini. Boleh baca dulu, tapi nanti saya akan explain detail dalam posting lain lepas saya lari dengan kasut ini. Nak tulis semua dalam satu post panjang lak. Lek lu….

Screen Shot 2017-08-24 at 6.17.27 PM

Screen Shot 2017-08-24 at 6.17.40 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *